Sunday, May 17, 2009

Satu Solution @ Work : Survey rumah & pecah rumah

Balik dari auction.. cargass buat kerja. Job makin banyak.. aku inspect rumah Fahim dan Saiful Izzuan yang grill dah siap pasang. Sekarang ni.. rasanya loan Fahim dah pun disburse. Cuma tunggu lawyer push Ambank untuk settlekan outstanding 7k++ untuk menanti kemasukan air. Begitu juga rumah Saiful Izzuan, sedang dalam process disburse, kemudian boleh push CIMB untuk settlekan outstanding 4k++.. Kadang2 bukan masalah duit yang kita kena keluarkan dahulu.. tapi masalah untuk dapatkan semula itu yang penting. Aku masih ada kes yang dah setahun setengah, tapi masih belum dapat refund dari pihak bank setelah aku guna duit aku dulu. Sebab tu la untuk client aku, terutama yang melibatkan outstanding amount yang tingggi2.. kita push untuk pihak bank selesaikan terus outstanding charges, tanpa menggunakan duit kita dahulu.




Kemudian survey rumah..



Kemudian aku ambil Bri.. nak ajak survey rumah area Kepong. Hampa.. bila tak jumpa rumah yang di cari.

Kemudian aku pergi pecah rumah.. bawak Bri dan anak murid sulungnya.. Abang. Rumah ni client Fara menang minggu lepas. Satu Solution tolong pecah rumah je.. Dengan sepenuh kepercayaan, aku follow je Bri bawak aku naik tingkat 23. Sesampai di tingkat 23, terus menuju ke pintu yang berkenaan. Rumah bergrill, tapi grill tak berkunci. Pintu berkunci.. menurut maklumat awal, rumah kosong. Ok.. aku check meter air.. masih ada. Rumah gelap, tapi ada langsir dan nampak macam ada barang. Aku tak puas hati.. aku ketuk pintu. Dalam masa yang sama.. aku hulur spanar pada Bri suruh bukak pintu. Bri pun dah goyang.. ketuk pintu lagi banyak2 kali. Dah hampir2 nak bukak pintu, tiba2 pintu terbuka.. ada orang. Terperanjat aku. Orang Melayu, penyewa. Dalam hati dah rasa lega, owner tak payah cari penyewa. Aku dan Bri tanya penyewa, rumah ni kena lelong kan? Dia cakap tak tahu pun.. Owner rumah ni Melayu kan? Dia jawab.. Cina. Bri hulur kontrak lelong.. untuk minta kepastian alamat. Penyewa kata.. betullah rumah ni. Aku ambil kontrak lelong dari Bri.. aku check address.. Tingkat 23A. Cheh..!!! Nasib baik tak pecah rumah tu tadi. Ehheemm.. 23A tu tingkat 24 eh. Jangan buat silap lagi. Memalukan la kau ni Bri.. hahahah..




Sampai ke unit sebenar.. meter air telah tiada. Rumah tiada grill pada pintu hadapan. Bri ajar anak murid sulungnya cara buka tombol. Berjaya. Masuk dalam rumah.. aahh.. ada masalah.. Masalah pada tiles. Aku pun ada satu unit di apt ini, jadi, aku tau apa punca masalahnya. Masalah berkaitan kualiti kerja pada tiles. Hampir 50% tiles pada unit ini terkeluar dari letaknya. Bila simen tidak rata dan mempunyai ruang udara, bila hari panas, udara panas akan cuba keluar. Macam proses luluhawa. Panas.. sejuk.. panas.. sejuk.. akhirnya udara panas berjaya keluar.. tiles retak, dan ada yang dah terkeluar dan pecah. Elektrik telah tiada, lampu kipas pun tiada. nampaknya unit ini tidak pernah diduduki. Ada kitchen cabinet, wow!! Nampaknya, owner kena spent untuk repair tiles, pasang grill, masukkan elektrik, pasang 10 buah lampu dan mungkin 2 kipas dan sambungkan air. Owner ada di Indonesia sekarang. Gambar dalam rumah tak dapat ambil.. gelap.



Last job for the day, aku hantar Bri dan Abang ke LP untuk bersihkan rumah client Satu Solution. Esok ada bakal tenant nak tengok rumah. Aku pulak jadi runner ke Kajang ambil stok kipas, esok ada job pasang kipas. Sambil ambil kipas, minum Coffee Roman di rumah member. kemudian ambil Bri dan Abang semula di LP. Aku tak sempat nak tengok apa yang Bri dan Abang bersihkan, tapi menurut cerita, penat jugala.. heheh.. akupun dah penat.. esok nak makan kambing panggang rumah Pie. mungkin aku sampai rumah Pie tengahari atau petang. Nak siapkan pasang kipas dan jumpa client dahulu pagi esok.


7 comments:

Azemi Ali said...

Salam ukhwah.

Blog yang cool. Banyak info yang berguna dan cerita yang menarik.

InsyaAllah mungkin satu hari nanti boleh join beli rumah lelong dengan Tuan Faridzaswadi and the geng. Keep up the good work.

Salam ukhwah.

faris said...

Salam ukhwah..
Terima kasih Tuan Azemi.. ini lebih kurang macam catatan peribadi Satu Solution dalam menyelesaikan kes2 rumah lelong rakan2 kita.. kadang2 ada cerita kelakar.. ada cerita tak kelakar.. cerita gembira.. cerita tak gembira..

treec00l said...

tima kasih sifu fariz :D

*menjelang 7 hari bekerja sebelum kene bayar denda* :p

wakif said...

survey2... dah byk kali survey tak sangkut2 lagi...:)

http:/investsinproperty.wordpress.com said...

Salam Mr Faris,

Lepas masuk rumah, 2 minggu kemudian tiles menngelembung dalam one of the bedroom. Yang rosak dalam separuh. Agak2 kau, lebih baik tukar semua tile dalam bilik tu ke, atau tukar yang rosak shj.

Thanks

faris said...

Salam..
Biasa aku tukar apa yang perlu sahaja. Tak perlu tukar semua asalkan kawasan yang tak rosak tu masih padat. Cuma, bila nak repair tiles yang pecah tu, kawasan sekitar akan ada yang terkena.

Hareez said...

Thanks bro. Contractor dah buat sehabis baik. Kena tukar satu bilik. Nasib baik bilik kecik je..

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com