Sunday, May 3, 2009

Satu Solution @ Work : Wiring job Penara




Rumah Penara yang client Satu Solution menang pada 30 April yang lepas telah pun siap kerja pada hari ini. Iklan sewa telah di mulakan, kita tengok nanti boleh tak aku capai harga yang tinggi untuk unit ini. Kerja yang perlu di lakukan tak banyak.. cuma buat wiring pasang lampu dan kipas, tukar tombol pintu, cuci rumah dan pasang rail langsir. Cuma ada satu pintu tiada, itu bukan masalah utama. Pintu akan di tempah kemudian. Hari ini cuma aku dan Pie yang settlekan hal rumah Penara ini.




Lepas settlekan kerja2 di Penara, masa untuk meeting bersama ajk penaja Koperasi Hartanah Selangor Berhad. Perbincangan mengenai undang2 kecil yang perlu di putuskan untuk penubuhan koperasi ini.




Semalam, sebenarnya aku cadang nak settlekan rumah Penara. Pagi nya aku ke lelongan CIMB. Client Satu Solution menang lagi. Hartanah di Bangi, yang agak teruk condition, tapi harga masih di kira rendah. Rumah tersebut tak payah pecah masuk, memang tak berkunci pun. Jadi, kerja baik pulih akan di lakukan dalam bulan ini. Selesai auction, pasang ampaian baju di rumah sewa Wan di Puchong. Disebabkan tenant balik bercuti, kami tak dapat nak gunakan elektrik di rumah tersebut, terpaksa pinjam elektrik rumah jiran. Ada juga jiran yang baik hati pinjamkan elektrik yang kos nya berapa sen sangat..

Baru nak gerak ke penara, ada orang nak sewa rumah Cyberia geng kita. Kalau ok dia nak masuk terus hari ini. Pukul 3.30 sampai di Cyberia, tunjukkan rumah, tenant terus setuju dan pindah masuk hari itu juga, dan bayar 1 bulan deposit. Selebihnya akan di bayar hujung minggu ini, bersama2 barangan furnish yang owner akan letak di rumah tersebut. Selesai rumah Cyberia, ingatkan nak ke Penara.. tiba2 ada bakal tenant nak tengok unit DM, dia kata kalau ok, nak masuk terus dan bayar deposit terus.. dengan semangat nak collect deposit, aku dan Pie cargass ke DM pulak.. rupanya setelah sampai di DM, penyewa nak unit lain pulak.. tak jadi sewa block yang kami ada.. chess.. kami ke Penara juga akhirnya.. tapi dah pukul 7.00 petang.. hahah.. sempat hantar barang je la..



Dari pagi aku tak makan lagi.. perut memang lapar.. Satu Solution ke William untuk makan malam.. Makan Chilli Crab, Paprik campur dan Sotong bang-bang.. air.. chocolate avocado 3.. kopak RM130.00.. takpe.. company bayar.. heheh



9 comments:

wakif said...

pah ni satu soslution boleh kembangkan bisnes kedai makan pulak...:)

sourplum said...

tgk tu. die tgh sibuk amik gbr
tu nk ltk dlm blog la tuh :P

Farid said...

Trademark Satu solution n PMC..Job selesai,mesti pekena makan best2..Hehe..Mn x best,mesti seharian x mkn..lepas geram la ekkk..:)

faris said...

Hehehe.. makan best2 aaa... kadang2 je..

pOkLi said...

bestnya mkn kat william,aku pernah pergi......bestnya....teringat makan kat william...rasa/keenakkan sama mcm kat TGI Friday....tak caya...pergila

syada said...

sedap x chocolate avocado..cam best jek...bleh bungkuskan x nnt?wahahaha..

Tuah said...

avocado coklat sedap syada...tapi tak sesedap air barli kordial...wakakakaka....

Niza said...

blok mane ek penara ni?
tingkat berapa?

syada said...

cis tuah..nt aku buat barli kordial avocado coklat campo nescafe (agent antioksidan)..letak aissshhhhhh.. aku bg ko minum.. tp kalo mabuk xtau! ahah..

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com