Saturday, June 27, 2009

Kekalahan demi kekalahan.. Bila nak menang ni??

Sepanjang minggu ini hanya satu kemenangan di catatkan oleh client Satu Solution under aku. Sekarang Bri pun dah jadi agent dan ada client sendiri.. Tak boleh la nak kata semua client Satu Solution tu client aku sorang.. tapi kami tetap bekerjasama. Kalau ada lelongan client aku yang aku tak dapat hadir, Bri akan tolong vice versa..

Banyak juga yang called off.. Kemenangan yang dicatatkan.. pada hari Rabu, untuk Mr Syed yang berada di Australia. Menebus kekalahan Mega Auction yang lalu untuk unit apt di tempat yang sama, tingkat yang sama, selang 2-3 pintu sahaja kot.. aku pun tak usha lagi. Aku tak jangka kehadiran pembida agak ramai untuk unit ini. Rupanya 7 orang termasuk aku. Sebelum lelongan dilakukan, ulat2 sibuk bernego antara satu sama lain untuk memberi laluan pada mereka yang sanggup membayar harga paling tinggi.. keputusan akhir negotitation antara ulat2 mencapai nilai 5k untuk diagih2kan kepada pembida.. 2 tak setuju.. ehhemm.. ehhemm.. saya lah salah seorang nya.. Kita lawan!! Tiada apa yang aku nak rasa rugi.. lelongan Public Bank tiada komisyen dari pihak bank.. sama ada lawan to max limit atau cuba lagi.. Harga kawtim aku tak cecah 5k. Dari RP 42k.. slow down kepada 2 pembida degil tadi. bila harga cecah 60k. Ya.. aku juga salah seorangnya.. Last price won at 69k. RP masa lelongan mega hari tu pun 68k. Kira ok la dapat 69k sahaja.


Semalam dua lelongan yang patut aku hadiri, unitnya called off. Jadi aku cuma berada di Puchong untuk settlekan hal rumah2 client di Puchong. Melawat rumah Bird..








Bersihkan pintu rumah Wakata..



Buat spa fish.. bagi ikan makan kaki aku.. beli DVD Dora the Explorer untuk Noura.. Buat bank draft untuk lelongan sehingga hujung bulan..







Hari ini aku turun acara lelongan Tancorp. Sesi pagi untuk lelongan Maybank. Masuk area Kajang. Kalau dulu2.. 3-4 bulan kebelakangan ini.. area ini tidak dipandang sangat oleh pelabur2 hartanah.. 3-4 bulan terdahulu.. senang2 boleh dapat RP dalam range 80k++ .. tapi sekarang tidak lagi.. tak dapat area II pun.. area I pun orang sapu jugak sekarang. Aku masuk area II. Mulanya aku adalah pendaftar tunggal. selepas 15 minit.. ulat datang approach aku. Dia alert aku ada bidder lain sedang mendaftar unit yang sama. Mau kita orang kawtimkan? Berapa sanggup bayar?? Aku layan mereka.. Mamat ulat tu cakap.. Ooo hari ni kau ok eh? Mau kawtim.. Hahahah.. jarang aku nak kawtim2 ni.. Bila aku tengok pembida tu.. orang dari developer. Huh.. orang2 developer memang suka beli balik dan jualkan semula pada harga developer.. Mereka berbudget tinggi. Takdenya dapat kawtim hari ini.. dia daftar last minit dan terus masuk bilik lelongan.. Tapi yang lecehnya orang2 developer ni.. mula2 dia daftar satu unit sahaja. Sedang lelongan hendak bermula.. pelelong membacakan alamat hartanah pertama untuk di lelong.. Kajang area I.. dengan telah di beritahu hanya seorang pembida tunggal.. tiba2 pulak orang2 developer ni boleh cakap tunggu, dia pun nak register untuk unit itu juga. Dan.. dari RP 87k harga naik kepada 101k.. orang2 developer menang. Begitu juga dengan unit yang aku masuk.. dari harga 90k.. naik kepada 113k.. orang2 developer juga menang.



Petangnya.. Di Tancorp juga.. untuk lelongan Alliance Bank. Unit Kepong menjadi pilihan Mr Algu. Sebelum2 ini, unit2 di sini hanya mencapai tahap 61-62k the max. Kini tidak lagi.. tewas lagi. 3 pembida.. last price at 67k. Market value hanya sekitar 65k. Menarik hari ini, ada 4 pembida mendaftar untuk unit di Bandar Tasik Puteri dengan harga reserve 23,230.00. 4 orang ini sebenarnya telah nego awal2 untuk seorang menang.. dengan compensation kepada 3 orang tersebut. Bila lelongan di mulakan untuk unit ini, tiada seorang pun yang menyahut panggilan pelelong untuk harga 25k. Pengkawtim minta harga reserve. Pelelong tak benarkan atas alasan ada ramai pembida. Perlu naik sekurang2nya 1k dan bila harga di genapkan, perlu menjadi 25k. Pengkawtim tak setuju... akhirnya, pengkawtim menerima kemenangan pada harga 24,230.00. Pelelong agak marah bila 3 pembida lain tidak menyahut cabaran lelongan tadi.. sebab dia memang tahu nego telah berlaku.

Malam tadi aku ke Cendana dan Penara untuk repair kerosakan kecil. Unit cendana ni ada masalah dari segi wiring. Wire neutralnya telah disilap pasang pada meter utama menyebabkan wayar neutral berkaran. Pie dah bagitau hari tu.. Wireman aku pun dah bagitau.. TNB pun telah di beritahu.. rupanya TNB tak betulkan lagi.. Rumah Cendana yang didiami penyewa bergelap seketika sementara menunggu aku dan wireman aku datang.. Kerosakan dapat dibaikpulih untuk sementara. TNB tetap perlu menukarkan wire yang disilap pasangnya, kalau tidak masalah akan berulang. Singgah di penara Cengkok. Sudah siap dicat dan bertikar getah.. sudah boleh disewakan.. Cengkok buat semua sendiri.. cayalah.. barulah Pelabur Hartanah DIY. Dapat merasa susah penat cat rumah sendiri..




Esok turun auction lagi.. semangat membara belum muncul.. asyik kalah je ni.. hahahah.. ada 16 lagi unit hartanah yang perlu di bida oleh aku sehingga 30 June untuk menamatkan siri lelongan bulan ini. Semoga berjaya!!!

7 comments:

Hizam said...

Faris, skarang ni nampaknya semakin ramai yang dah tau kebaikan pelaburan hartanah ni...area yg dulu bole dpt RP je, skarang dah susah dah...
Bro, area I and area II tuh macam tahu je kat mane? hahaha...kene cover sket takleh reveal nama unit sbb competition semakin sengit..hahaha

Gutlak to all bidders untuk lelongan end of June!!

mdizone said...

tul la. kalau dulu senang2 je nak dapat RP. Aku pun pernah dapat RP kat pantai dalam. Pantai dalam tu beb! hot area budak2 UM. Sekarang ni jangan mimpi la. Low cost pon orang lawan lebih 90k. Gile ke hape? nampak gaya terpaksa la carik investment lain plak. Kasi rumah lelong ni cool off skit.

dodi said...

fuh buzy betul jadual hidup seorang real estate agent yang terlampauu.. hahaha.. keep it up bro!

bird said...

itula pasal.. pasni jom invest dalam tanah la plak.. tuntut ilmu dari juruukur..

mdizone said...

tanah tu memang menarik . kira macam ultimate goal aku jugak tu. Tapi sekrang modal kureng lagi. cukup2 utk lowcost je dulu

investandtravel said...

Itulah ramai yang dah ada kesedaran membeli rumah lelong nih.

Setelah berehat dua tahun nih nak jugak cuba lagi beli lelong. Nak try ada unit low cost yang high rental.

sourplum said...

sume pkai acronym je skg
xmo reveal nama sbnr
:P

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com