Monday, June 29, 2009

Lelongan 29 June 2009

Pagi tadi aku ke NCM untuk lelongan Maybank. 2 unit dimenangi pagi ini. Apt BF yang mempunyai 7 orang pembida di menangi oleh Mr Shamsul pada harga 134k. Agak tinggi.. tapi masih di bawah market value. Kadar rental juga agak menarik. Tapi aku bukan penggemar area2 sana.. buat masa ini, target market untuk aku personally, masih di Puchong, Petaling Jaya dan Cheras.. mengikut ranking. Kalau kita nak melabur, mulakan dengan tempat yang kita tahu dan kita mahir. Dan aku memang mahir tempat2 tersebut. Hartanah yang kedua di menangi ialah Apt di BTS untuk Mr Kyrol. Hehehh.. aku tak dapat lari dari guna akronim sekarang, sebab aku taknak tumpuan di berikan pada tempat ini sahaja.. Menang pada harga 91k dengan MV sekitar 110-120k.



Lelongan sesi petang ada 3 tempat. Aku ke Leong, Bri ke Jln Riong dan Bling2 dan El ke Ehsan. Tewas kesemuanya. Hanya satu unit apt sahaja yang mempunyai pembida di Leong, dengan 4 pembida. Sepatutnya lelongan bermula pukul 3.30pm, tetapi terdapat beberapa masalah sehingga lelongan hanya bermula pukul 4 lebih. Bri ke Jln Riong untuk membida 2 unit Apt di Kajang Area II, tewas di tangan pemaju lagi. El dan Bling2 ke Ehsan untuk membida unit di Damansara, tewas juga.. kalau 1-2 bulan dulu, boleh dapat RP di kawasan Damansara ini, malah ada yang tidak mempunyai pembida juga..



Selesai lelongan, lepak di Sbux menghilang dahaga.. Asri belanja!!



Ada beberapa client Satu Solution yang telah selamat sign Loan Agreement di Ram Reza hari ini. Wakif sempat sign beberapa muka surat, yang lain akan di courierkan kepadanya. Terdapat masalah pada komputer di Ram Reza hari ini. Saiful Nizam sempat sign kesemuanya. Aku datang sebelah petang untuk submit a few cases lagi. Mrs Junny belum cuti bersalin lagi. Dijangka 15 July beliau akan mula bercuti. Kes2 terkemudian untuk bulan July akan di handle oleh Senior Partner dari HQ yang mempunyai pengalaman 7-8 tahun dalam bidang guaman untuk kes2 hartanah.

Pukul 7 petang, Wakata pula datang untuk sign Loan Agreement.



Selesai di Ram Reza, aku ke Solaris untuk lepak bersama Bri dan Satu Solution appointed bankers untuk handle kes2 client Satu Solution. Kami tak dapat nak gunakan satu banker sahaja seperti dahulu bila kes2 mula bertambah.

Esok hari yang terakhir untuk siri lelongan Bulan June. Masi ada 4 hartanah yang akan di bida untuk client2 Satu Solution. Setakat ini, kejayaan yang di catat oleh aku tidak menyamai rekod bulan April dan May..

6 comments:

sourplum said...

pkai akronim org da xle phm
huhu

PakPandir said...

Apt BF = Batu feringgi eh? jauh tu..huhuhu

PoKLi said...

perrrh...orang kaya kyrol ni asyik tambah aset je skrg....tahniah kyrol...good luck

asraz said...

baru lepas ni...tp kira aku dah melepas laa..huhu..

so bro faris, check email tu..nk minta servis dah ni..

peruzz said...

woww.. akhirnye.. ade gak yg menang bf..tahniah bro...
dl penah usha gak bf ni.. tp hot sesangat...tunggu cooll sket br usha balik. hehe

woww org kaya kyrol menang lagik.. tahniah broo..tiap2 bulan tambah rumah..sebijik sebulan ke.. 2bijik sebulan bro..hehe. pawer aa..

mari2 tambah rumah.. pasni tambah org rumah lak.. hehehe

azlie said...

so apartment batu feringgi tu btul ke unit yg terbakar? haaa tinggal angan2 jelah nak dpt kt situ dgn harga lelong, hot2!

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com