Sunday, June 28, 2009

Lelongan CIMB 27 June 2009 & Satu Solution @ Work

Pagi tadi aku ke BTS untuk lelongan CIMB dan Bri ke NCM untuk lelongan Eon Bank. Tewas di NCM untuk unit low cost di TMJ. Dari RP 50k harga naik kepada 65k, menyamai MV. Di BTS pula Apt DTR dari RP 63k naik kepada 70k, juga menyamai MV. Tewas juga. Satu Solution tak advice pelabur membeli hartanah lelong pada harga MV. Untuk lelongan unit terakhir yang aku bida, agak suspend. Unit di Cyberia pada RP 167k terdapat 2 pembida. Salah satu pembida adalah dari syarikat. Pelelong meminta pihak peguam menyemak profil syarikat untuk memastikan mereka berstatus Bumiputra. Ini kerana unit Cyberia ini berstatus Bumi Lot. Lelongan di teruskan dahulu untuk unit2 lain. Antara yang menjadi tumpuan ialah landed property di Keramat AU2 RP340k dengan 25 pembida, tetapi di saat akhir setelah semua pembida selesai mendaftar dan acara lelongan dimulakan, unit called off on the very last minute. Unit low cost di Kota Damansara dengan RP75k, dengan hanya 2 pembida, naik kepada 100k.. Low cost beb!! Low cost!! 100k?? Hahahahh.. Serius aku tak faham.. apa sudah jadi dengan market hartanah lelongan sekarang... Dari Penara.. kini sudah mula merebak ke hartanah2 lain... Selesai lelongan2 yang tidak bermasalah.. pelelong mula merujuk kembali unit Cyberia ini. Keputusan muktamad, syarikat tersebut disqualified, dan kemenangan RP untuk client aku. Agak memeranjatkan bila unit ini tidak mempunyai pembida lain, sedangkan di acara lelongan terdahulu, harga naik kepada 200k++. Ini yang dinamakan rezeki.. Sudah la RP rendah.. Dapat RP pula.. MV untuk unit ini sekitar 230k. Tahniah Zull.
Selesai lelongan, Mr Saiful Nizam yang turut hadir sebagai pemerhati di acara lelongan tadi, sign Loan Docs. kat Sbux pun boleh..


Selesai acara lelong.. bermula kerja2 lain untuk Satu Solution. 2 hari lepas Bri bagitahu pada aku.. bekalan air unit GH Uncle Dodi akan di potong. Aku kata biarkan dulu.. sebabnya.. ex-owner masih mahu makan duit sewa walaupun rumah sudah terlelong. Kami beritahu padanya, Ok!! Tapi.. kami belum mahu bertanggungjawab atas bil2 maintenance dan segala bil2 lain yang tertunggak. Segala bil2 tertunggak tersebut atas tanggungjawab ex-owner jika dia masih mahu collect sewa. Disebabkan pihak pengurusan Condo memutuskan bekalan air semalam, dan ex-owner tidak mahu bertanggungjawab atas bil2 tertunggak tersebut, yang pada akhirnya bersetuju menyerahkan hak kutipan sewa kepada kami mulai bulan hadapan, kami bersetuju membayar tunggakan maintenance atas persetujuan Uncle Dodi. Ok.. taktik berjaya.. Dah beberapa kali aku gunakan taktik ini, jika ex-owner masih mahu mengutip sewa, dan tidak mahu bertanggungjawab atas tunggakan maintenance. Implikasinya, jika pihak maintenance tegas, mereka akan memotong bekalan air, dan penyewa terpaksa gunakan duit sewa untuk membayar tunggakan maintenance, yang mana ex-owner pun tak merasa duit sewa dan kami terselamat dari membayar bil maintenance terkini, atau jika pihak maintenance tak tegas, ex-owner akan masih berpeluang makan duit sewa.. Selesai pembayaran, pihak maintenance akan menyambungkan bekalan air hari ini juga.



Dari GH kami ke Ampang untuk projek buka 2 unit Apt di Ampang. Unit pertama ialah rumah Wakif. Bekalan elektrik masih ada.. cuma air telah di potong. Isnin ini kena check dengan pihak maintenance untuk minta bekalan di sambung semula. Walaupun unit di menangi lebih kurang sebulan yang lalu, kami agak lambat membuka unit ini, atas sebab unit ini masih diduduki penghuni sehingga hari unit di lelong. Jadi.. kami cuba memberi masa sehingga loan approved untuk mendapatkan unit ini dari penghuni. Rupanya penghuni dah berpindah sendiri tanpa perlu kami jumpa..









Seterusnya.. rumah Wan Azmi. Hhhmm.. kebanyakan rumah yang Wan Azmi dapat, conditionnya masih bagus dan selalunya berkitchen cabinet. Pada aku, sebabnya.. Wan Azmi main medium cost to Condo type yang mana penghuninya berkemampuan untuk mempunyai kitchen cabinet dll.. Balik dari Ampang, kami singgah rumah Hanan untuk majlis kenduri akikah anaknya. Sampai pun dah petang.. semua orang dah balik..


Singgah di Penara Saiful Nizam.. tikar getah telah di pasang. Iklan sewa akan mula diletakkan. Rumah dah cantik.. cuma belum pasang sinki.
Last job for the day.. Cuci rumah client. Rumah Khairul78 yang akan disewakan mulai bulan hadapan. Satu Solution cuma jadi tukang cuci sahaja.. Man datang sebab aku nak bagi kunci pada dia, untuk dia mulakan job pasang tiles di tingkat yang sana, milik Syafril Azmi.



17 comments:

azlie said...

wah menang cyberia 167k, tahniah2! aku berminat gak dgn unit ni aritu, tp sbb ada tenant, malas nak gaduh dgn landlord lama haha. ini barula mcm lelong, dpt well below market price.

btw faris, nape tnb shah alam sengal sgt ye? aku nak tukar nama bil, diorg insist suruh bayar semua tunggakan yg ada jgk, huhu..

an said...

TNB Shah alam memang sengal..
sepatutnya klau ko buka akaun baru (tukar nama ) tak perlu bayar tunggakan tu..sepatutnya weive jer...

ko dapat unit kat mana azlie?tak try brunsfield lagi ker?aku dah 4 kali tewas brunsfield tu..yang last sekali masa ko pun sama masuk unit tu...

esok ada lagi.RP 100K...tak berminat ker?

rohaniah noor said...

orang beli lelong, mereka pun nak beli lelong.
tp mereka tak study betul2 sebelum beli.
biarkan je la..
mereka dah berkenan sgt dgn rumah2 tu kot..
atau nak jaga ego.. malu kalau kalah
hehe

azlie said...

bkn brunsfield kali ni, townhouse kat seksyen 7 hehe.

mari2 masuk brunsfield bsok, aku konfem x masuk!

Anonymous said...

biarkan je diorang bid sampai mv, kita tunggu kaut bila loan diorang tak lepas hehehe....

-noza-

faiz said...

Makin banyak permintaan untuk rumah lelong bermakna makin tinggi harga untuk rumah-rumah lelong ni. Mungkin pada masa depan Sifu Faris kena buat posting untuk cari rumah subsale below market price pula. :)

zull said...

terima kasih la sifu faris...dapat cyberia pun atas usaha dan kegigihan sifu faris...

faris said...

@ Azlie: Aku tak pernah deal dengan TNB Shah Alam.. jadi.. no komen.. heheheh.. aku biasa masuk auction area PJ, Cheras dan Subang.. Ketiga-tiga TNB tersebut.. so far.. tiada masalah dari segi tukar nama dan tak perlu bayar tunggakan owner lama. Aku baru sedar.. tumpuan utama aku cuma pada 3 district ni.. heheh..

@ An : Dengar cerita unit Brunsfield lelongan esok unit yang terbakar. Akupun tak tau.. tapi ada orang masuk esok.

Trend lelongan sekarang harga2 beliannya memang agak menggila.. mereka akan belajar sesuatu nanti. Tunggu bila loan tak lepas.. sewa tak cukup tinggi nak cover monthly payment.. BLR naik dan monthly payment pun naik.. rasakan akibatnya. Hahahahah..

@Zull : Cayalah.. dapat RP..

PoKLi said...

wah wah wah...seronok kalau kita ni tahu yang membeli pada harga MV...baik tak payah beli...bila nak untung....banyak lagi sumber lain nak untung kan? baik simpan dalam ASB ker...beli emas ker....kekekeke....sib baik la semua rumah yg aku beli mendapat Ilmu yg berguna dari Sifu....TQ Sifu.......lepas settle pembelian rumah aku yg skrg ni.......masa tu dah ramai leka......kita pon beli rumah lelong pulak....kekekekeke :D

ingat semua
beli below 30-40% below market price
kalau tak dapat...jgn beli....baik invest kat tempat lain...

ok good luck
jumpa pada seisi PMC Koop meeting

PoKLi said...

Faiz

pokli nak jual rumah Subsale below market price...nak ker? Cyberia Crescent....Market Price RM350K...pokli nak jual RM320K......siap komisen lagi kepada sesiapa yang dapat juallll.....ada berani...komisen 2%...so contact pokli yer 019 3516478
www.pokli77.blogspot.com

MattDemon said...

berapa banyak rumah Cyberia ko Pokli...ko nie memang jutawan rumah senyap gak...:)

wow...beli rumah dapat kitchen kabinet..tahniah la W.Azmi..

peruzz said...

tahniah bro zull..
dulu masuk yg rp 181k kan?? berebut masuk yg tuh.. yg ni rp lg rendah takderk la yg masuk erk??.. besh la dapat harga camni..
tahniah broo...

bri.. hang wat gaya ape tuh..tempek di dinding ..depa tangan.. hehe

ska said...

cayalah zull... rezeki memang berpihak kt ko..... 167k beb!

sourplum said...

kanak2 riang posing depan cam
:P

wakif said...

@faris & bri , tengkiu akhirnyer terbuka gak apartment aku kat ampang (kira apartment aku lah kan sbb loan dah approved..:)

baru sampai dari KL sign LO tapi tak dapat sign dokumen2 kat loyer office... diaorangnyer IT network breakdown... takpelah nak wat camne....

tapi trip KL this time dapat beberapa info yg menarik... bank officer kata aku boleh beli 4-5 biji rumah lagik....:) tgklah bila dah settle masalah tenant baru nak start projek ke-3... tunggu....

PakPandir said...

4-5 bijik rumah lagi..banyak tu..mesti besar gaji...Pakcik ni lagi satu pun susah nak lepas, maklum la makan duit pencen jer...

sam said...

aku just nak add up pasal TNB shah alam.. memang dah 2 kali aku menang area shah alam.. 2 kali aku kena bayar previous owner punya taik.. walaupun akau cakap kat TNB tempat lain takpayah bayo n aku refer to act.. dia cakap.." bang. saya baru jer pegi kursus Akta Tenaga, memang owner lama kena bayo" .. " kalau TNB tempat lain tu tak suruh ko bayo, officer TNB tu tak tau AKTA" .. cam tu la yg dia cakap kat aku.. nasib baik la yg 2nd tu tak byk.. lepa tolak depost previous owner... kena top up dlm seratus je.. maybe.. next time aku kena bawak otai masa nak tukar nama kat TNB shah alam ni..

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com