Sunday, June 21, 2009

Lelongan Mega RHB 20 June : Hari Kekalahan Beramai2

Dengan statistik yang gah, lebih 40 bidder berdaftar di bawah Satu Solution, lebih 30 buah hartanah yang perlu di bida.. hanya 3 yang berjaya di beli pada hari ini. 14 unit yang telah di daftarkan called off, 11 kalah, 1 menang dan ada beberapa unit yang pembida tidak jadi membida.. 2 unit lain yang di menangi tidak sempat nak mendaftar dengan aku..








Antara yang menjadi tumpuan utama hari ini, Seksyen 7 Shah Alam dari RP 45k, 19 pembida dan harga akhir menjadi 86k. Unit tingkat 5, low cost. Gila?? Hahahah.. 3 unit Penara called off. Tinggal satu unit, dari harga RP 40k, naik kepada 76k.. Satu unit Cemara called off, tinggal satu dengan RP 90k, naik kepada 127k.




Kemenangan hari ini adalah untuk Wan Azmi untuk Apt di Kajang, kemenangan RP. Wan juga dapat RP untuk Apt di Puchong dan Izwan menang Apt di Ukay Perdana. Tiada kekecewaan untuk aku. Perjuangan akan tetap diteruskan.. bermula episod baru minggu hadapan dengan hartanah2 hot dengan harga yang berbaloi. Lebih kurang 20 unit lagi perlu di bida dari hari isnin sehingga hujung bulan ini.

Ramai penyokong2 hadir sebagai pemerhati dan penyokong untuk group kita.. Apa yang boleh kita buat.. bukan rezeki kita untuk hari ini. Aku pun sebenarnya tidak begitu menyukai lelongan Mega RHB disebabkan publisiti meluas yang di berikan, kehadiran pembida yang teramat ramai dan sudah menjadi lumrah sejak aku menceburkan diri dalam bidang hartanah lelong ini, banyak unit yang akan called off dan banyak unit yang mempunyai ramai pembida. Kebarangkalian untuk mendapat hartanah di hot area pada harga rendah di lelongan mega, memang rendah.







Balik dari lelongan mega, sempat aku buat pecah rumah untuk satu unit apt di Bandar Tun Hussein Onn. Akupun tak tau mana client ni dapat nombor aku, dah jadi macam locksmith pula aku ni. Rumah yang perlu di buka ini, agak susah. Grill wrought iron dan tombol pintu jenis leceh nak buka. Lebih kurang sejam masa yang di ambil untuk membuka unit ini. Sekarang dah pakai teknik baru untuk buka rumah jenis kunci leceh2 ni.. Yang penting.. pintu jangan rosakkan.. buat kerja jangan bising2.. biar lambat.. asal boleh bukak cukup.. Bri.. mau belajar sama aku kah?? Hahahah..






Semalam punya cerita..







8 comments:

Anonymous said...

nampak ye saingan rumah lelong semakin hangat...dan semakin ramai yg berminat dgn rumah lelong.. lain kali cuba lagi ..

MattDemon said...

takziah...rege rumah lelong makin tinggi..kena cool down sket..dah rege subsale plak..

Empiretech said...

heheh..jgn kecewa kawan2..aku pon ade kat smalam...3 unit aku masuk 2 kene called off, satu kalah...hahahahah.....cuba lagi...

mdizone said...

hehe. aku pun plan nak masuk 2 rumah. 1 call off lagi satu plak kalah. Mmg tade rezeki la.

sourplum said...

empiretech sekali nk beli 3 bijik tuh
hebat2

Empiretech said...

ahhahaha....aku JV ngan kawan...hehe...tp aku nampak geng2 faris duk kat blakang skali dalam ehsan nyer auction tu...hehehe....

mercly said...

saingan ni dah sampai hangit.yg ada nama wan jer menang eh?

Saiful said...

wan=1 tu yg manjang menang je yg bernama wan ni..tahniah

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com