Wednesday, June 17, 2009

Lelongan terhebat Sabtu ini.. Nantikan!!

Pendaftaran oleh agent2 hartanah berdaftar untuk Lelongan Mega RHB Sabtu ini telah pun di tutup semalam. Lebih dari 40 nama telah register dengan aku sahaja. Belum tentu kesemua 40 nama tersebut akan turun membida.. mungkin juga ada yang akan cancel atau menarik diri disaat akhir. Dan.. belum tentu juga kesemua hartanah yang ingin dibida akan dilelong pada hari tersebut.. bersedia untuk menerima berita Called Off di saat akhir. Tapi setakat ini, itulah angka yang aku rekodkan. Group kita semakin membesar dan membangun. Tahniah kepada anda semua!! Tak sia2 menyimpan.. mempelajari ilmu2 kewangan dan hartanah... kini masanya untuk bersama menjana pasif income. Memang ramai silent reader yang dah mula untuk membeli untuk tujuan pelaburan..

Bila aku fikirkan semula.. pembelian hartanah lelong pada market price vs pembelian subsale ada beberapa kelebihan. Tetapi kelebihan2 ini perlu dirancang dan diminimumkan kos2 berkaitan, supaya pelaburan menjadi berbaloi. Antara kelebihan pembelian hartanah lelong, walaupun dibeli pada harga market price, kita dah dapat makan sewa dulu, kalau unit tersebut kosong. Berbanding pembelian subsale, yang mana.. kita perlu menunggu sehingga proses pindah milik nama selesai, sebelum kita boleh mendapat kunci dan mulakan menyewa unit tersebut. Ada pro dan kontranya kedua2 pembelian ini.. tapi bagi aku, masih dengan minat pada pembelian hartanah lelong.. pada harga 30% below market value.
Pagi ini, aku ke lelongan mahkamah lagi, untuk pembelian landed property di Gombak. Roomate lama aku di MRSM BP dulu, Idzwan, berjaya mendapatkan unit tersebut pada harga RP 180k. Tahniah. 2 hari lepas juga aku ke lelongan mahkamah, tapi tewas bila terdapat 12 bidder untuk satu landed property di Nilai. Lelongan mahkamah juga sekarang mula mendapat perhatian, selain lelongan awam.
Untuk unit FD Satu Solution dan Asrul, kami bersetuju untuk membayar 1/2 dari tunggakan maintenance untuk membolehkan air di sambung semula.. boleh cargass siapkan wiring dan cuci rumah..

Isnin lepas, projek buka rumah di malam hari.. Di sebuah apt di Bandar Tasik Selatan. Hampir sejam masa diperlukan untuk buka rumah ini. Bri hampir putus asa.. jangan give up bro!! Yakin boleh.. rumah kosong.. ada kitchen cabinet dan rak tv sahaja. Bakal2 penyewa sedang menunggu untuk melihat rumah.. sabar.. nak kena masukkan elektrik dulu.. masuk air.. kasi cuci.. baru sedap nak tengok.

12 comments:

algu said...

wow.. 40 org...
biler kah giliran saya plak?
kasik carik unit yg hot n spicy satu...

rizal said...

kalu area tasik selatan or sg besi tu, apartment/flat mn yg hot punya area utk sewa ye..

rizal said...

incik algu, aku de gak email incik faris dulu utk rekemen kan prop.. xtau la jatuh no brp nama aku dlm listing dia.. haha.. mgkin 2 tahun lg br smpai nama aku.. hot sgt incik faris ni..

algu said...

rizal, budget aku 250K.. so, boleh potong que laa.. hahaha..

Hizam said...

Gutlak kepada semua pembida!!!

Empiretech said...

gutlak sume..aku masuk gak 20hb ni..tp ngan agent lain le...penara..here i come..:)

topeq said...

ramai tol..makin maju dieorg nih...

rizal said...

pehh algu, jln dulu la.. x terkoja den.. bosa bonar bajet ko..
anyway incik faris, email replied.. tq..

sourplum said...

x sabar nk tgk keputusan lelongan terhebat nih

algu said...

hahaha..
nanti saper nak masuk unit yg aku nk masuk tu, kiter lawan la..
kalo budget rendah, masuk umah lain la..
hahahha..

peruzz said...

gud luck semuaaa..
semoga yg masuk membida ni menang dgn harga yg rendah.. br bebetul besh.. hehe
algu.. kalo camtu.. wa pn leh potong que gak..320k.. hehehe
melawak jerk.. kerani cam wa ni.. bape la sangat bajet leh pegi..

-tuanbri- said...

Aku jugak yg kena bukakkan pintu tu ...letih la..

nak harap faris..mmm
hampeh!

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com