Sunday, June 21, 2009

Satu Solution @ Work : Rumah buruk Penara akan siap Selasa ini..

Kerja hari ini bermula dengan buka rumah di Gombak. Rumah yang member aku baru menang minggu lepas, memang telah lama di tinggalkan kosong. Beberapa hari yang lepas, member aku ni ada upah bangla untuk buka pintu depan. Tetapi bangla tersebut telah memecahkan pintu tersebut. Aku dengar pun kecewa.. Hari ini tugas aku dan Bri nak buka pintu dapur pula. Memang tugas yang agak mencabar, sebab guna lock jenis mahal yang leceh nak buka. Walaupun aku gunakan teknik yang aku gunakan semalam, masih belum berjaya. Kebelakangan ini, tugasan membuka rumah dah makin mencabar..





Akhirnya berjaya buka.. Gila susah!! Hari pun dah awal petang, kami settlekan tukar tombol dan gerak ke Penara. Ada beberapa kes di Penara yang perlu diselesaikan..





Yang pertama, nak check rumah buruk Penara yang telahpun berubah kepada Condo Penara.. yeehaa.. Selasa ini InsyaAllah, akan siap sepenuhnya. Kemungkinan boleh mendapat penyewa untuk kemasukan bulan Julai. Yang keduanya, kes rumah Penara Tuanbri yang baru dimenangi pada minggu lepas, pada harga 60k. Cerita ringkasnya, sebelum ini, owner yang bid sendiri sampai 80k tersebut, dengan menggunakan nama isteri, tetapi market value dan loan tak lepas sehingga 80k. rumah terlelong semula. Itu antara usaha yang owner tersebut cuba lakukan untuk selamatkan rumahnya. Cerita panjangnya, rujuk di blog Tuanbri (kalau ada la.. ada kot?). Yang ketiganya, ada bakal penyewa nak tengok rumah sewa di area ini. So far deal is on, esok akan berjumpa dengan bakal penyewa tersebut untuk penerimaan deposit dan penyerahan kunci rumah.





Lastly, job di Penara, repair shower yang tak keluar air. Rumah yang terlibat ialah rumah Matt Kenya. Ok.. penyewa tak bising dah, nak kena mandi dalam jamban, gosok gigi dalam jamban.. sekarang dah boleh guna bilik air semula..



6 comments:

faiz said...

Makin canggih dan mahal lock-lock sekarang. tapi takpa walaupun penat sikit tetap masuk. :)

Saiful said...

yes penara buruk dah jadi condo penara..hehe..

sourplum said...

penara2
feymes btul

topeq said...

pintu yg kene pecah ngn bangla tu xde ke...hehehe...

MattDemon said...

apsal ganas sangat bangla tuh..

wow..condo penara sapa kaler kuning tuh..cantikla..:)

pie2020 said...

bri .. ko rosakk kann pintuu ker... hehehe ...
ayo yoo ...
aku ingat nak beli tool utkk buka tombolll ..kecikk kecik jee tool dia ..

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com