Wednesday, June 3, 2009

Satu Solution @ Work

Pagi tadi aku selesaikan urusan buat passport untuk wife dan 2 anak aku. Sambil turun JB, nak turun Singapore sekali. Selamat tinggal kerja untuk seminggu. Bri & Pie.. weekend ni buat kerja elok2.. hahah.. Sebenarnya aku nak buat passport di Jalan Duta, tapi Khairul ajak buka rumahnya yang baru dimenangi minggu lepas, jadi.. aku buat passport di Kajang. Ingatkan masih di Plaza Metro, rupanya telah berpindah ke Hentian Kajang. Lepas bayar duit passport, ada masa 2 jam sebelum passport siap.. aku tinggalkan family aku di Hentian Kajang, sementara aku pergi buka rumah kejap.. hhehehhe.. Ada 2 unit yang aku kena buka.. satu berjaya.. satu lagi sangkut, sebab kesuntukan masa, nak pergi ambil passport dan hantar wife aku pergi kerja. Nanti aku suruh Pie settlekan yang satu lagi tu.. Harga passport dewasa masih RM300.00.. belum turun lagi.

Malam tadi ada prospect tenant nak tengok LP.. ada 2 prospect. Satu confirm.. satu lagi nak usha2 je.. confirmation will be made selepas mereka depositkan satu bulan nilai sewa kepada kami. Mereka nak 2 parking lot.. takpe.. telah diuruskan. Asalkan mereka confirm, itu boleh diuruskan.. Tapi mereka ada beberapa permintaan untuk unit LP tersebut, jadi, kena dapatkan confirmation dari Farid dahulu.





Gerak ke Kepong.. Apt ni aku first survey, aku bagitau Bri, ada orang.. 2nd survey oleh Bri, dia kata tiada orang.. ok.. aku tak kisah.. sampai di sana, aku dah bawa turun cutter dan toolbox.. dalam lift ada orang tanya aku, nak pecah rumah ke bang? aku jawab.. nak buka rumah je.. heheh.. Sampai di unit tersebut.. ada orang ddaaaaa...

Penyewa. Asal dari Indon. Mereka sedar, unit akan dilelong. Telah maklumkan pada owner asal. Jawapan standard yang diterima dari owner asal.. dah settlekan.. bayar sewa macam biasa. Huh.. settle menda.. Satu Solution gak yang kena settlekan.. jadi negotiator. Macam biasa juga.. penyewa bersetuju untuk teruskan menyewa dengan kami. Rate tak tinggi.. RM380.00 sahaja. Tapi.. kira berbaloi la untuk rumah yang berharga 40k sahaja.







Last stop.. singgah ke FD aku. Aku tak jadi jual FD aku, dan penyewa pun dah keluar.. berhijrah ke Melaka. Rasa sayang lagi nak jual unit ni.. Aku suka makan +cashflow lagi.. Kalau nak duit lebih.. aku refi je unit ni nanti.. boleh la takat nak dapat 20-30k. Jadi.. aku iklankan semula untuk di sewa. Partly furnish.. ni barang2 peninggalan exowner dahulu.. ada lagi sofa set dalam bilik. Nanti la aku cuci balik unit ni..

9 comments:

MattDemon said...

wow..mau bercuti ke tuan director..:) bagusla..sekali-sekala break away...asyik keje-keje-keje...family first...:)

zull said...

gambar tuan bri tu macam pegawai imegresen la...hehee

bling2 said...

lepas ni kene bawak anggota RELA sorang dua ker masa pecah rumah..
haha..

weken ni blk JB ka bro?
sampai biler ade sane? wa 12/6 masuk s'pore...

baby kene paspot ka? RM150 ka? baby kene ade gambar jugak ka?

tu hentian kajang x ramai org ka? wa mau pg buat paspot baby jumaat ni...huhu

-tuanbri- said...

zul@
memang saya kerja imigresen.
susah sikit nak buat job satusolution waktu siang...busy je memanjang...

sourplum said...

FD tu flora damansara ek?
aku baru lepas baca blog ni
ckp psl flora damansara tade air. letrik
haha

http://rohaniahnoor.blogspot.com/2009/06/flora-damansaras-electric-cut.html

syada said...

auditor cum manager cum pecah umah..fuh smart sgguh nk p pecah umah siap ngn helmet lg.mcm ultraman nexus..(btoi ka ni..:P)

Wida said...

wow.. pegawai imegresen tengah interrogate PATI ke??

faris said...

@Bling : Betul la Bling.. Baby pun kena buat passport sendiri.. RM150.00, gambar pun sendiri.. aku kat JB sampai 9 june saja..

faris said...

Tentang Flora D, aku tak salahkan new management. Mereka take over the management dengan duit yang tak cukup. Management lama yang tak efficient atau akupun tak ambil tahu tentang management lama.. salah manage duit atau apa2 yang berkaitan.. Bila new management take over.. mereka terima banyak masalah.. hutang TNB, hutang Bil Air.. bil air di bayar kepada management.. bukan meter syabas lagi.. jadi.. bila Syabas tak terima duit dari management.. mereka terpaksa potong air.. begitu juga dengan TNB, untuk common area, lift, corridor dll.. mereka tak terima duit dari management.. pun akan di potong juga.. bila new management take over.. mereka terpaksa kutip duit maintenance yang banyak tertunggak dari penghuni2 di situ.. aku harap benda ni boleh settle cepat untuk mengelakkan kesulitan pada penyewa2 aku di situ.. Aku masih suka FD. Kalau korang tak suka atas sebab2 management mereka tak efficient.. ok.. itu dah kurangkan persaingan.. heheh

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com