Friday, June 12, 2009

Setelah seminggu bercuti.. Turun auction lagi.

Permulaan untuk bulan June.. lambat sikit. Hari ini, 12 June, baru aku start turun auction. Hartanah lelongan awal bulan tiada yang menarik untuk di bida. Baru hari ini terdapat hartanah2 yang menarik.. Hari ini pun aku masuk satu, dan Tuanbri masuk satu.. masing2 untuk client Satu Solution. Kemenangan untuk kedua2 client Satu Solution. Aku turun di Tancorp. Macam biasa.. walaupun tidak banyak hartanah untuk di bida hari ini, lelongan tetap habis lambat. Macam tak biasa pulak dengan Mr Lawrence the auctioneer.. Aku duduk belakang sekali.. dengan mengantuk dan sempat pejamkan mata sementara tunggu giliran membida.

Aku sampai ngam2 pukul 3 petang. Orang yang terakhir register. Semua agent kerumun tengok aku isi form. Ada yang lega gila bila tau aku tak berlawan dengan mereka. Mereka berbudget rendah.. Lelongan kali ini, aku masukkan member aku dari zaman U, Asrul Sani untuk unit yang aku dah ada 2 unit di tempat tersebut. Ramai rakan2 kita yang dah ada unit di sini di beli dari lelongan, dan ada juga yang beli dari subsale. Untuk unit hari ini, reserve price bermula dari RM53,145.00 sahaja dengan market valuenya 90-115k. 2 pembida termasuk aku. Masing2 nakkan unit ini, dan kalau boleh taknak kawtim. Pembida lagi satu juga Melayu. Dia pakai agent. Mula2 agent approach aku untuk offer RM$$$.. aku tak accept deal.. aku bagitau.. aku cuma boleh offer.. tapi aku taknak accept. Dia cuba offer lagi tinggi.. jawapan yang sama diterima. Kemudian pembida pula yang approach aku. Dia tanya budget aku.. aku bagitau budget aku tinggi. Aku bagi range harga aku. Sama ada lawan.. atau accept deal aku.

Lepas aku bangun tido.. lelongan unit ini bermula. Harga digenapkan kepada 54k.. bidaan berikutnya pada 55k.. aku angkat. Tiga kali panggilan.. going down.. going down.. di menangi oleh Encik Asrul Sani. Ok.. meaning dia accept offer aku. Tarahal.. Untuk loan amount 50k.. kalau ikut rate sekarang, RM225.00 sahaja. Campur maintenance RM55.00, baru RM280.00. +cashflow dalam range RM150.00 ke RM200.00. Cukup bagus.

Aku tau ramai yang agak goyang untuk masuk unit ini, disebabkan beberapa masalah pada pihak pengurusan. Sebenarnya, masalah berpunca dari pengurusan lama yang masih memegang wang, dan sengaja tidak diberikan kepada pengurusan baru. Pihak pengurusan baru terpaksa menerima akibatnya, bila air dipotong oleh pihak Syabas, dan elektrik di common area Block H juga telah di potong beberapa minggu yang lepas (telah disambung semula). Kononnya untuk mengajar penduduk untuk rajin membayar maintenance fee. Tak kisah lah.. kawasan memang senang cari penyewa. Esok akan cargass turun auction lagi..





Minggu lepas aku bercuti dari kerja2 hartanah.. balik JB.. adik aku kahwin.
Hari pertama balik.. tolong2 apa yang patut untuk persiapan..
Hari kedua, adik aku menikah..
Hari ketiga, kenduri rumah pengantin perempuan..
Hari keempat, kenduri rumah pengantin lelaki + kenduri akikah anak aku..
hari kelima, turun Singapore.. jalan2 sehari suntuk..
Hari keenam.. balik KL..
Tak puas.. bukan bercuti lepak2 pun..
Takpe.. bulan depan aku cuti lagi seminggu..





*Peringatan : Pendaftaran untuk Lelongan RHB 20 June dengan agent akan ditutup pada hari Selasa pukul 3.00 petang. daftar awal untuk unit2 yang ingin di bida.. kalau boleh hari Isnin aku nak settlekan urusan pendaftaran.

11 comments:

mdizone said...

hoho. manyak untung oo dapat harga rm55k untuk unit block D. aku pon dah target nak masuk bid unit ni mula2 tapi bila browse2 lagi, banyak unit lain yang aku nak masuk. so aku terpaksa letgo unit flora ni. tahniah pada asrul.

faris said...

haha.. jgn tamak..
btw.. umah kau dah masuk penyewa petang tadi.. dm

nazri@cengkok said...

aku pun plan2 nk masuk FD ni...alasan yang sama...byk yg lain..n dgr problem ngam mgmt..takpe pasal member blog sendiri menang..tahniahlah...

kalau aku kaya semua aku boleh beli...tp gji ckp makan jd lupakan saja...fokus yg dh ada dulu.

byk kena bljar lg..insyaallah 20 June ni aku pun nk bid...nanti call sifu..

Mohammad Syahman bin Abu Hasan said...

Berminat betul aku nak cari rumah lelong ni. Mungkin tahun depan kot faris..tahun ni aku kumpul duit buat kahwin..hehe, untuk murah rezeki..doakan..

sourplum said...

waa. cengkok nk msuk bid
nti update la..

wakata said...

wah...sempat tido ni. btol ke ko bid rumah tu..ke mimpi bro..haha..syabas n tahniah2

faris said...

@ Wakata: Kalau kau pergi bidding kat Tancorp.. baru kau tau seksa nak tunggu giliran.. memang sempat tido aahh..

askrool said...

congrat buat satusolution sbb menjayakan aku dpt first property...tqvm moga2 terus maju utk membantu org kita memiliki property sendiri...

syada said...

pengantin pompuan tu mcm mila af5 la..eheh..faris nmpak YB JB lah..hikhikhik..

dah besar la adek noura tu..dlu nmpak kecik je lg..

KEOWN said...

kalau kat TanCorp memang cam tue... abis dia baca satu-satu.....

ngantuk bangat

peruzz said...

tahniah kepada seme pemenang..
bro asrull.tahniah.. mmg besh gilos la dapat unit fd ngan harga tuh.. sewa leh pegi 450-500.. woow.. besh giloss tuhh..

tancorp mmg besh.. leh pejam mata sambil bid.. haha..

syada.. aku br nk cakap camtu.. gambo faris pakai songkok tepi pengantin tuh.. cam yb datang majlis org kg.. hehe..

noura dah besar erk?? aku br tgk skali.. tak tau la dl kecik ke besar.. hehe..

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com