Saturday, July 11, 2009

Lelongan CIMB 11/7/2009

Bulan July ini belum banyak listing2 yang menarik keluar.. aku mengharapkan masih ada listing2 menarik yang akan keluar. Mungkin minggu depan, atau mungkin tiada.. maka mungkin market akan kembali normal seperti tahun lepas? Siri2 lelongan minggu ini menunjukkan peningkatan harga untuk unit2 yang dahulu kita boleh dapat harga murah. Untuk lelongan semalam, bertempat di Henry Butcher, Condo VM harga reserve 77,800.00 naik kepada 112,000.00 dengan 12 pembida. Dari March hingga June 2009, pembeli boleh mendapatkan Condo VM di bawah 90k. Pokli dapat pada 82k, JuruUkur dapat pada harga 80k, Bird dapat pada 85k, Wakata 88k tapi sekarang Condo VM dah mula terdapat peningkatan harga. Condo VM pada tahun 2007 dan awal 2008 memang sukar untuk dibeli pada harga below 100,000.00. Bila kemerosotan ekonomi beerlaku, banyak unit2 di Condo VM di jual rendah dan kurang permintaan sehingga boleh dapat pada harga reserve. Sekarang mungkin tidak lagi...

Sebuah Condo di Ampang dengan maintenance tertunggak 42k, harga reserve 140,000.00 dengan market value sekitar 210-250k juga mempunyai peminat bila harga meningkat kepada 190,000.00. Kami dah tengok unit ini, fully furnish. Sembilan tahun kosong. 2 pembida Satu Solution agak goyang untuk masuk unit ini. Pelaburan risiko ni beb.. sama macam Pie beli DVT pada 2007 dengan harga xxk kemudian dijual semula pada tahun ini pada harga xxxk. keuntungan 100%. Makin besar risiko, makin besar untungnya..

Pagi tadi aku ke Berjaya Time Square untuk lelongan CIMB. Sepatutnya ada 5 unit yang perlu di bida. 2 called off. Tinggal 3.. unit MC harga RP 99k naik kepada 111k. Client satu Solution tewas. Unit VL RP 77,800.00 naik kepada 88,000.00. Client Satu Solution tewas. Tak berbaloi dapat harga above 87k pada aku, untuk unit VL. Walaupun MV120k, nak dapat sewa 600.00 pun susah.. Hanya satu kemenangan hari ini untuk unit low cost di Ampang. Di menangi oleh Mr Nogix. RP 49,500.00 naik kepada 53,000.00 dengan 4 pembida. Aku nak pergi pecah rumah dahulu.. petang2 sikit nak cuci office.

8 comments:

PoKLi said...

rumah lelong pun dah jadi salah satu mesin buat duit kepada geng2 PMC.So apalagi semua kena cepat2 register dgn faris utk bid rumah lelong.tambah byk2 lg mesin buat duit..VM laku sbb dah harga sama mcm kondo penara..ahaks

azlie said...

VL tu kakak ipar aku sewakan dpt rm550 je, basic unit dgn kipas, lampu, kitchen cabinet..

personally aku x berkenan sgt VL sbb developer talam, workmanship x berapa, cuba tgk underground parking dia, mcm nak runtuh, x tipu :)

wakif said...

aku dok belek2 listing bulan ni pun belum jumpa yg berkenan di hati.... kalau ikut dah boleh start projek ke-3... tapi ingat nak tunggu projek ke-2 dapat tenant dulu.... akhir bulan 7 boleh ready kot n sewa start bulan 8.... baru sedap sikit hati nak start projek baru...

tolong yer faris...:)

mercly said...

sapa yg menang vm tu? takkan couple chineese tu lagi..

Khairul78 said...

Yo bro faris. Jangan lupa aku punya unit lelong. He he he.

bling2 said...

mercly,
bukan... tp kaum tu gak..
kaum samy vellu pon ad sorang yg berkenan..
kaum najib ade 3 org.. haha
yg lain sume kaum dia.. huhu

bird said...

sekarang dah takde kaum2 kot, kita semua 1malaysia ikut kata najib.. 1solution, 1malaysia huhu..

faris said...

@Khairul78 : ok.. no problem.

@Wakif : gila kencang la Orang Kaya Wakif ni.. heheh

@Azlie : LP ka.. VL ka.. sama je.. kalau nak beli below 85k ok la..

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com