Saturday, July 25, 2009

Lelongan Minggu Ini

Kembali cargass mencatat kemenangan!! Moral kembali naik.. Alhamdulillah..
Hari ini dan semalam aku mula mencatatkan kemenangan semula untuk client Satu Solution. Pagi ini hanya satu, untuk Mr Husni yang budget nak duduk sendiri. Agak tinggi budgetnya bila menewaskan 3 pencabar lain. Harga dari 129k naik kepada 143k dengan market value sekitar 180-190k untuk Apt di area Melawati. Freehold Apt dengan keluasan 1068sqft.

Agak kelam kabut hari ini apabila terdapat beberapa perkara yang aku kena settlekan sebelum aku bercuti untuk 5 hari lagi. Kalau boleh, memang aku nak postpone cuti aku, kerja banyak gila.. Tapi aku dah rancang cuti ini 10 bulan yang lalu. Sebelum adanya Satu Solution dan ketika aku masih di OCBC. Kalau aku masih di OCBC, aku sedang bercuti 2 minggu sekarang ni. Mr Ismail akan mencuba nasib untuk membeli 2 buah unit esok. Di sebabkan beliau balik kampung pada hujung minggu, tugas membida diletakkan kepada aku. Esok aku akan ke Equatorial Hotel dan Tuanbri akan ke Henry Butcher. Lebih kurang 20 registration telah aku submit untuk siri lelongan minggu hadapan dan tugas berat menanti Tuanbri untuk menyempurnakan kemenangan!! Jangan hampakan gua machaaa...

Petang tadi lepak2 bersama Encik Shaharudin the banker dan Zull. Sign LO di Pelita. Aku sampai lambat. Lepak2 bercerita hal2 perbankan terutama Homextra. Tikus ujian telah melepasi ujian. Terima kasih kepada Syamoi kerana telah menjadi bahan ujikaji Homextra dan telah berjaya lulus cemerlang setelah menjadi bahan ujikaji selama beberapa bulan. Proses2 homextra telahpun aku fahami dan selepas ini kita sudah boleh jangkakan berapa lama masa yang diambil untuk disburse homextra. Kes subsale, rumah sedia ada yang mengalami capital appreciation dan kes rumah lelong adalah berbeza dalam proses homextra. Kes lelong mengalami kelewatan atas sebab2 tertentu. Nak tahu?? Heheheh..

Selain Tuanbri yang menerima tugas berat aku, handyman aku turut menerima tugas berat untuk menyelesaikan kerja2 baik pullih rumah2 client Satu Solution. terdapat beberapa masalah hari ini untuk rumah TM Nogix. Beberapa hari yang lalu, elektrik masih ada bila kami mula pecah masuk rumah tersebut. Penyewa akan menerima kunci esok, tapi ada masalah lain yang timbul. Bila handyman aku ke sana untuk memasang kipas tambahan, didapati rumah telah dikunci dengan mangga lain. Bukan Nogix atau penyewa atau aku yang tukar. Mangga di pecahkan.. dan ditukar semula. elektrik pula tiada. Bila di semak di meter room, meter pun telah tiada, ditanggalkan. Mistik. Siapa punya kerja??Mungkin.. owner lama yang menamatkan elektrik untuk mendapatkan kembali deposit. Tapi kenapa sekarang?? Kenapa tidak dahulu?? Nogix telah mendapatkan unit ini setahun yang lalu dan baru kini urusan disbursement selesai atas masalah mendapatkan consent. Perbuatan khianat orang tertentu?? Siapa?? Kenapa nak tukar padlock baru dan kenapa meter telah tiada?? Kita tinggalkan persoalan itu untuk Nogix jawab.. sekarang dia tak boleh jawab.. tengah pening kepala.

Rumah VM Bird pula mengalami masalah meter rosak. Dari awal Julai aku dah tukar nama TNB dan sehingga kini elektrik masih belum disambungkan. Handyman aku check meter room dengan bantuan maintenance office (meter room berkunci) dan didapati cutt off suis dan meter memang ada. Setelah diselidiki, didapati meter rosak. Kena minta TNB tukar kepada meter lain atau baikinya. Menunggu...

Last job hari ini, aku dan Zull ke Ram Reza untuk sign LA. Sementara Zull sign LA, aku sembang dengan Siti untuk melihat masalah2 client Satu Solution yang completion date dah dekat tapi masih belum disburse. Antara masalahnya, LO kena ammend termasuk kes Wakif yang berada di Terengganu. Masalah berpunca bila notis lelongan dikeluarkan, title masih berstatus master, tapi bila pembelian dilakukan title has been issued. Sebelum2 ini, walau kes ini berlaku, bank masih menerima LO tersebut dan ammendment dilakukan kemudian. Tapi sekarang, bank bersikap lebih berhati2 dan ammendment perlu dilakukan sebelum disbursement. Melecehkan dan memerlukan masa tambahan.

Semalam punya cerita lelongan, aku ke Cahaya Auctioneer. Tak pernah pergi beb.. tanya Sifu GPS pun gagal.. heheh.. biasa Cahaya buat lelongan bersama Ng Chan Mau atau Tancorp. Hari ini dia buat sendiri di office mereka. Apt di Nilai menjadi target. Rupanya ada 4 pembida. Sebelum2 ini Apt di sini boleh didapati pada harga sekitar 60-70k. Semenjak dua menjak ini, harga dari lelong telah mula meningkat. Dahulu ImanMukhriz dapat pada harga 77k dan hari ini, harga naik kepada 90k. MV sekitar 100-110k. Tewas. The unexpected berlaku bila unit Penara 66k tiada pembida. Hehehehh.. Client aku bersetuju untuk swap target setelah tewas Apt Nilai. Kemenangan RP 66k untuk Penara.

Esok lelongan terakhir sebelum aku mula bercuti. Harapan tinggi aku letakkan untuk menang berdasarkan harga RP yang agak tinggi untuk lelongan esok. InsyaAllah!!

15 comments:

gjie said...

faris, i tot that unit xde org bid. in fact, i did register - last minit in case nobody is bidding sbb staff cahaya tu kata memula xde org register..last2 ada 2 org.trus back off..huhu..previous auction for that unit cuma 87k(xde bidder)..now bole jd 90k?..sama la mcm unit yg sy menang tu..previous action rp 70k(xde bidder), tp bile next auction rp 63k bole jd smp 77k...trend skang gaknye..kene cari port baru neh..:-)

peruzz said...

waahh.. dah macam2 kes ade skrg erk.. dah macam misteri nusantara lak.. hehe...

gud luck utk semua yg masuk auction ari niihh

ylukeman said...

Penara xde pembida...itu pun mistik juga tu, hehehe.... Itulaa seme org dah tukar strategi, attack homestay, highcost, office & tanah, sampai lowcost xde orang masuk. Nasib baik OD aku lom siap lagi, kalau x boleh jugak ber bercergas2an :)...xpe study dulu

carjunk said...

penara tak de org masuk? bagus ler. yg tak best nyer duit tak dpt2 lg nih.hehe. kalo idak leh carjunk masuk. dah tak sabar nk sambar satu umah nih.hehe.beri laluan yerk

wakif said...

masing2 ada objektif tersendiri.... tak heranlah.... ada yg nak kos rendah, ada yg tak nak....:)

p/s: ammendment LO baru sampai cimb paka... esok kena pi sign.

MattDemon said...

wow..nogix kena cari bomoh halau penunggu rumah..hehe

penara takde orang bid..hehe..haha...mesti ramai yg wat assumption sendiri tanpa bertindak...ingatkan ramai masuk...tula...ingatkan tu assumption la tanpa penyelidikan...mesti ramai yg mengeluh n tepuk kepala terlepas condo Penara yg masyuukk..hehe

KEOWN said...

org dah lupa penara sekejap.. setelah kecewa mencuba sebelum ini.. hehehhe

lepas nie.. ramai semula.. hehhe

Anonymous said...

bro faris..cite skit pasal homextra kes syamoi?..bape lama leh setel..?
bugee..

wakata said...

wah..ini homeextra musti piley punya...apa catch dia bro?

topeq said...

faris..cmne proses h/extra tuh..kasi cite skit...huhu..

ska said...

husni UIA ke yg menang melawati tu?!

onie said...

hahhahaa...masuk gk nama aku lam blog nie... mahal skit xper..aku mmg suka duk ctu..pasni leh tukar ic alamat melawati laa...hehehee

onie said...

ehh..lupa lak...tq utk sifu faris yg sggp dtg tlg aku bid aritu...selamat bercuti..jumpa lagik pas abeh cuti nanti...

Rizal said...

bro, de soklan sikit psl penara..
aku de nk try beli subsale utk unit ni.. tp agen ckp takleh kalu gaji 2k.. lg 1 yg kawen je bleh ke..
so, mmg takleh nk beli ke.. de sesape leh advise..

faris said...

Nak tau pasal Homextra kena tanya Syamoi.. heheh..

@Rizal : Rumah low cost.. tertakluk pada restriction yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan. Aku tak dapat nak advise sebab bukan expertise aku kes2 subsale ini. Kalau lelong.. boleh saja..

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com