Friday, July 17, 2009

Lelongan RHB 16 July 2009

Sepatutnya ada 2 unit yang aku patut bida untuk client Satu Solution hari ini. Semalam dah check dengan auctioneer, kedua2 unit masih untuk di lelong. Pagi ini aku check, satu telah pun called off. Tinggal satu unit yang merupakan satu unit pangsapuri yang mempunyai sejarah yang panjang pada geng2 kita.

Pangsapuri di Taman Desa ini memang terkenal hot area. Pantang ada iklan untuk disewa, pasti menjadi rebutan penyewa. Kalau saper2 yang telah dapat penyewa, lupa nak tanggal iklan, pasti akan menerima call lagi dari bakal2 penyewa. Hanan, Pokli, Aku, dan ramai lagi la.. menerima nasib yang sama. Ramai yang masih bertanya kalau ada unit kosong untuk di sewa. Masa Mega Auction tahun lalu, pangsapuri ini telah dimenangi oleh rakan kita, Encik A yang buat konsep JV menggunakan namanya disebabkan partnernya, Encik P loan tak lepas dah. Malangnya, loan rakan kita juga sangkut. Unit ini terpaksa dilepaskan begitu sahaja untuk dilelong semula. Harga belian pada masa itu, 68k. Agak tinggi, menghampiri market value.

Apabila pangsapuri ini dilelong semula, aku suggest Cik S untuk beli berdasarkan anggapan aku bahawa Cik S boleh buat loan rumah. Masih dengan konsep JV, bersama Encik M. Malang sekali lagi, loan Cik S juga tak lepas. Kita cuba minta tempoh untuk sediakan cash untuk buat belian tunai, tapi pihak bank pelelong tidak membenarkan sebarang extension langsung. Maka, JV kali kedua ini juga gagal. Unit masuk lelong sekali lagi pada harga RP 55k. Harga belian pada masa itu adalah RP 55k sahaja. Haih.. rugi!!

Hari ini, percubaan ketiga untuk rumah ini dibeli untuk rakan kita. Algu yang telah beberapa kali mencuba untuk mendapatkan hartanah di KL, akhirnya berjaya pada lelongan kali ini. Dari RP 55k, naik kepada 62k. Masih berbaloi. Cuma.. owner lama telah faham situasi ini, dan akan mempertahankan unit ini untuk dia makan sewa free, sehingga loan disburse. Takpe.. kita boleh tunggu.

Malam tadi aku ke Cyberjaya untuk bertemu tenant yang telah sedia ada di unit yang dimenangi oleh Zull pada bulan lepas. Setelah notis diletakkan untuk mereka menghubungi aku, akhirnya mereka hubungi aku semalam. Hasil dari pertemuan, mereka bersetuju untuk menyambung sewa untuk tempoh lebih kurang 2 tahun lagi, disebabkan mereka akan belajar di sana untuk 2 tahun lagi. Ada beberapa isu yang Satu Solution akan selesaikan dengan owner lama dan beberapa baik pulih perlu dilakukan untuk unit ini, terutama masalah leaking. Student perempuan 5 orang. Belum tentu Zull akan makan sewa lagi, tapi kita akan bincang dahulu dengan owner lama. Di Cyberjaya juga aku terserempak dengan Encik Ismail yang juga mempunyai unit disana untuk disewakan kepada student awal bulan Ogos ini. Rumah Encik Ismail lagi cantik dari rumah Zull.. heheh.. tapi takpe.. sewa tetap masyukk.

10 comments:

ska said...

x pe Zull...ape yg penting...masyukkkk.... kekekkekek.... dtg KL nnt roger aku zull...

wakata said...

wow. tenant perempuan 5 org ni..ada request nak kami tlg en faris? heee

zull said...

faris kata ada leak...tampal la maner2 yg leak tu kalau nak tolong...leak????

bird said...

weh istilah 'bocor' dah takleh pakai la skrang ni, especially melibatkan kaum prempuan..

algu said...

kalo bab menampal nih, aku pon terrer jugek.. huhu

ska said...

aku mule2 x paham ape yg zull cakap...ni aku baru paham...kau memang biru......x bley jadi tuan rumah camni..... ckp kt bini "ayang, abang nak gi amek duit sewa kt rumah sewa kite tu jap ehh....".. bantai 5 jam lepak umah sewa.....

mailmat said...

boleh juga sembang panjang dengan kawan kita yang sibuk ni!, malam-malam pun mengurus rumah sewa!Bagus juga ramai-ramai pakat beli rumah cyberjaya ni!... macam kata faris banyakyang nak menyewanya...

PakPandir said...

Mengikut pegalaman pakcik la...kalau yg bocor ni tak boleh nak tampal-tampal jer...sebab lambat laun tampalan tu kena bukak juga sebab dah penuh...apa kata En. Faris cuba procedure baru yg pakcik panggil procedure SUMBAT...huhu

faris said...

Lucah aa korang ni.. Hahahah..

@Mailmat : Susah nak lawan abang Mail ni.. budget besar.. heheh

Anonymous said...

Assalamualaikum w.r.t., saya telah membeli rumah lelong dari iklan bank CIMB dan lelongan awam di mahkamah persekutuan. Alhamdulillah saya Berjaya dalam acara lelongan rumah tersebut dalam tahun 2011. loan approved lawyer saya masih belum pindah milik nama pemilik lama walaupun setelah loan daripada Maybank telah saya bayar dari tahun 2011.Masalahnya hingga kini saya terpaksa membayar loan sebayak RM1380 kepada Maybank walaupun nama rumah tersebut masih patas nama pemilik lama. Masalahnya timbul bila saya tidak lagi mahu rumah tersebut dan ingin menjualnya setelah sekian lama tidak dapat menduduki rumah tersebut. Pihak lawayer meminta saya menymbayar cukai-cukai pintu tertunggak pulak bagi membolehkan mereka mengurus perpindahan nama rumah terbut.

Saya rasa teraniaya oleh pihak lawyer/bank yang tidak mengurusnya semasa memberi loan dalam tahun 2011.
saya mohon bantuan tuan,:
1)apa tindakan yang patut saya buat?
2)Adakah saya perlu menghentikan prmbayaran loan saya?

untuk makluman tuan, sehingga sekarang saya tidak menduduki rumah tersebut, dan bayaran Maintenance fees pun banyak tertunggak. saya risau jika saya tidak meneruskan pembayaran rumah tersebut, rumah tersebut akan di lelong sekali lagi dan nama saya akan di senarai hitamkan.
Saya mohon bantuan , nasihat kepakaran dari pihak tuan dalam perkara ini.Segala antuan pihak tuan akan saya hargai. Saya boleh dihubungi melalui email: fendiferoz17@gmail.com


dan loan disbursement kepada pihak bank pelelong.

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com