Thursday, July 9, 2009

Lelongan2 Mahkamah Minggu Ini.

Semalam dan hari ini, aku cuma ke Mahkamah untuk Lelongan Mahkamah. Lelongan Mahkamah juga ramai orang. Untuk Apt di luar KL yang Pie cuba beli, kami jangkakan tiada pembida. Rupanya ada 4 pembida. Satu lambat tiba, dan cuba memohon untuk dibenarkan membida, atas alasan baru tiba dari Johor dan tidak tahu jalan. 3 undian oleh pembida mengatakan tidak, jadi pembida ke4 tidak dapat membida. Dari harga 70k naik kepada 92k. Pie yang diwakili oleh Hanan, tewas. Landed property yang aku usha untuk client, mempunyai 5 pembida. Kalau tidak ramai pembida, memang aku akan masuk, tapi bila lebih dari 2 pembida, harga memang akan naik tinggi. Lagi pula sebelum bidaan bermula, aku dah mula merisik2 bakal2 pembida... budget mereka agak tinggi. budget nak duduk sendiri.

Hari ini pula, untuk Lelongan Mahkamah KL, hartanah yang menjadi tumpuan ialah landed property di Bandar Tun Razak, RP120k. Double storey house. Lebih kurang 12 pembida. Aku tak masuk unit ini, tapi ada ulat2 yang menyangka aku masuk unit ini, dan mereka tanya aku banyak2 kali, betul ke aku tak masuk unit ini, sebab sessi kawtim sedang berlangsung untuk mereka tetapkan harga kawtim. Aku tak masuk campur. Client aku masuk unit Puchong, terdapat 5 pembida. tewas juga. Untuk sesi petang, Service Apt RP208k naik kepada 254k. Sessi lelongan yang lepas pada harga 230k tiada pembida, dan bila harga RP turun 208k, ramai pula yang masuk, dan harga jadi lebih tinggi.

Kunci Office aku dan Bri dah collect petang tadi. Keadaan office adalah bagus, sungguh luas. Kami sedang dalam proses untuk mengubahsuai dalaman office. Mungkin ambil masa 2 minggu. Aku nak cari clerk dan runner.

11 comments:

zull said...

ingat nak apply jadi clerk la...bole tak...interview kena pakai skirt pendek eh...

dodi said...

faris. pie sudah bagi ka contact number budak wiring dan "apa-apa" saja kat ko?.. kalau belum, contact aku, nanti aku pass.

ska said...

cayalah dah maju 12 tapak...ni aku rasa cam nak benti keje nih...zull..aku baru nak apply jadi clerk...daa beli baju sexy2 dah ni...kekekke... wei, aku lupe laa bile ko nk bukak rumah cyberia ko tu zull....

kayzen said...

payah sungguh nak dapar RP sekarang ni..

diha_fitri said...

salam sume, dtgla ke Equitorial Hotel Sabtu ni, ade auction!~

asrolsani said...

En faris,
terima kasih sbb boleh datang smlm walaupun kalah... nak wat camner budget rendah.. dahla sekali bid naik 3k... memang tak menang la... mungkin next time aku mintak service ko lagi....

aku cari area puchong je... kalau ada yg best contact saya... TQ

palie said...

faris,
bri mana?
email xreply pun..nnti aku fwd kat hang k..

-tuanbri- said...

palie-aku ada kat siniii..
sorry bro lambat reply.

Dah book dah utk job tu.next week.bukan xnak reply...
busy..

ylukeman said...

Waa...sekarang auction banyak laku laaa...kena cari timing yang betulla kalau nak dpt RP..cam pie buat utk 1st bidding dia 4 hari sebelum raya

faris said...

Tak semestinya macam tu lukeman.. you never know.. kalau dah rezeki kita, Mega Auction pun boleh dapat RP.. yang Pie pegi tu Mega Auction la.

ctfarazila said...

rumah kt bandar tun razak tu aku kenal owner dia... sapela yg dpt rumah tu... berapa last price ko tau tak?

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com