Monday, July 20, 2009

Satu Solution @ Work


Sudah beberapa minggu aku tak pergi office Kim. Untuk bulan lepas, aku masih mengekalkan prestasi di tangga kedua. Tangga top 3 atau takde tangga, aku tak kisah pun sebenarnya. Yang penting ada sales, dapat belikan orang rumah lelong yang berpatutan, itu sudah cukup bagus. Aku untung, pelabur pun untung. Untuk jangka masa panjang, semestinya pelabur yang lebih untung. Sebab itu aku pun beli juga. Jangan sangka aku cuma belikan untuk pelabur sahaja. Kena faham bagaimana aku bermula sebagai agent. Aku sendiri pun pelabur hartanah. Aku tak describe atau announce yang aku sudah berjaya. Masih panjang perjalanan aku. Umur pun baru 31 tahun. Dalam masa 4 tahun lagi, masih boleh buat loan 30 tahun lagi. Masih gunakan OPM konsep dan masih bermain property yang bertaraf kecil-kecilan. Motivation drive kadang2 tinggi, kadang2 surut. Bila melihatkan prestasi aku yang baru menang 4 unit untuk client bulan ini, moral agak down sikit. Kita tunggu minggu depan. Agak banyak property yang client aku akan masuk membida.
Minggu lepas dan minggu ini, banyak client aku tidak berjaya mendapatkan hartanah lelong. Sama ada kalah berjuang, atau called off. Bussiness semakin kencang. Ramai pelabur muda dan pelabur baru yang menceburkan diri dalam bidang hartanah. Perkembangan yang amat baik. Sama ada bidang hartanah lelong, subsale atau projek baru, atau projek bina sendiri, kita mempunyai pilihan. Matlamat tetap sama, menjana passive income untuk bekalan hari akan datang. Sebagai sumber pendapatan pasif yang boleh mendatangkan kekayaan, dan sumber yang boleh diwarisi oleh anak kita. Cucu2 kita, biarlah anak2 kita yang mencarikannya untuk anak2 mereka. Biar mereka belajar menjadi passive income earner dan belajar mencipta kekayaan. Jangan bagi mereka ikan tanpa mengajar mereka cara mendapatkan ikan2 tersebut. Bila kita telah tiada, siapa nak bagi mereka ikan lagi?
Weekend yang lepas, sepeti biasa Satu Solution menyelesaikan kerja2 unit2 yang perlu dibaik pulih etc.. Unit Shah Alam kepunyaan Wakif telah dikosongkan, dan kami mencari penyewa baru. Penyewa lama tak tinggalkan kunci. Mereka telah berpindah. Kami buka sendiri rumah tersebut. Nampaknya ada beberapa pembaikan perlu dilakukan.. minor repair only.




Unit TM kepunyaan Nogix juga telah kosong dan kunci juga tidak ditinggalkan penyewa. Pun kami kena buka sendiri. Perlu tukar kesemua lock baru dan Nogix minta pasang 2 buah kipas lagi. Kadar sewa yang menberangsangkan. RM550.00 beb.. hahah.. tengokla rumah.. cat pun cantik. Tikar getah siap dan kipas setiap bilik. Penyewa nak masuk hujung mingggu ini. Tapi aku tengah cari mana kedai yang jual mortice lock (tombol petak berhandle) yang locknya songsang. Susah nak cari.. aku belum jumpa lagi.
Ahad ini aku akan mula bercuti lagi, untuk 5 hari. Urusan pendaftaran masih seperti biasa, by email. Kalau call memang tak dapat kot. Aku akan ke Thailand sehingga hari Khamis. InsyaAllah hari Jumaat boleh start kerja semula.

6 comments:

wakata said...

wow..no.2 lagi..

mailmat said...

wow... Hadyai ke Bangkok? Kalau Hadyai boleh singgah rumah

wakif said...

selamat bercuti minggu depan.... kalau boleh tlg update dulu survey2 for auction hujung bulan july...TQ

Saiful said...

bri nampak keletihan..sila ambil cuti haha..

bling2 said...

tahniah n slmt bercuti...

bri, sila kerja keras.. haha

syada said...

cari tanah kat siam ka? wow..sgt cargass..

congrats top 3! =)

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com