Blog Widget by LinkWithin

Saturday, July 4, 2009

Siri Lelongan July sudah bermula & Pre AGM KOHARTA

Berikut adalah senarai 10 orang Ahli Lembaga Pengarah KOHARTA.

Ahli Lembaga Pengarah KOHARTA
1) Shafie Bustan (Pie2020)
2) Mohd Anuar (mdnuar79)
3) Maznan Deraman (Dodi)
4) Mohd Fariz (Tuah)
5) Hafizal Ahlan (JuruUkur)
6) Kol (B) Ismail
7) Mohd Akmal (EL)
8) Mohd Fathir (Bling2)
9) Anis Nur Hanan (Hanan)
10) Faridz Aswadi (Faris)

Pagi tadi aku turun auction dulu. Ada beberapa property yang aku berminat membeli perlu di perhatikan, nampaknya mempunyai pembida dan telah terjual. Client aku, Mr Ismail menang sebuah flat di Bangi Seksyen 3. Hhmm.. boleh tahan juga pengalaman dan network yang Mr Ismail ada. Rupanya Mr Ismail yang menang Cyberia RP 171k, last price won at 206k pada siri lelongan HSBC bulan lepas. Masa tu aku masukkan Mr Zull juga, tapi tewas kerana berbudget rendah. Aku tiada di lelongan pada masa itu dan hanya mewakilkan rakan sekerja aku, jadi aku belum kenal Mr Ismail lagi pada masa itu. Selesai lelongan, minum lepak2 di Coffee House Equatorial dan Mr Ismail berminat untuk join KOHARTA. Dialu alukan..

Pukul 3 petang, dengan kehadiran lebih dari 50 orang, mesyuarat pertama telah berlangsung untuk menetapkan undang2 kecil KOHARTA dan perlantikan Ahli Lembaga Pengarah. Alhamdulillah, mesyuarat berjalan lancar, dan InsyaAllah projek2 bersama KOHARTA akan dilancarkan selepas penubuhan rasminya nanti.

Semalam aku dah book office lot untuk Satu Solution di DwiTasik Shoplot, Bandar Sri Permaisuri. Memandangkan aku, Pie dan Tuanbri tinggal di tempat2 yang berlainan, pemilihan kawasan operasi di DwiTasik adalah fair to everyone. Lagi pula, kebanyakan hartanah yang di uruskan oleh Satu Solution lebih tertumpu ke kawasan sekitar Bandar Sri Permaisuri, Bandar Tasik Selatan, dan radius2 yang berdekatan. Dengan keluasan 2275sqft, PMC dan KOHARTA juga akan beribupejabat di DwiTasik ini nanti. Kerja2 ubahsuai akan dimulakan setelah penerimaan kunci nanti. Aku sedang berfikir untuk mengadakan kenduri doa selamat di sini nanti. Beberapa pekerja akan di perlukan untuk menguruskan fail2 Satu Solution yang selama ini di uruskan oleh aku. Selain main stream sebagai Auction Consultant, Satu Solution juga akan menguruskan unit2 Tiara Beach Resort. Sehingga kini, Satu Solution telah mula menguruskan 16 unit hartanah sewa untuk clients (yang diuruskan dari segi kutipan sewa bulanan, maintenance dll..) dan mengambil job mencari penyewa. Siri brainstorming untuk pengurusan unit2 Tiara Beach Resort belum dimulakan lagi. Idea2 dari pemilik yang mahu Satu Solution manage unit TBR mereka juga boleh diterima pakai. Kita sama2 menjana idea untuk kepentingan dan keuntungan bersama.

Bulan July baru bermula, aku dah mulakan dengan lebih kurang 20 clients yang akan masuk membida dari Selasa depan sehingga 31 July nanti. Semoga clients aku memperolehi rezeki untuk lelongan bulan ini.


















Penutup kepada lelongan bulan June adalah kemenangan untuk Mr Khairul Arifin untuk unit Kondo Rakyat, RP 70k. Untuk bulan June hanya 10 unit hartanah yang berjaya di bida oleh client Satu Solution berdaftar dengan aku, berbanding 17 unit untuk bulan May. Masih berpuashati dengan prestasi aku..Yeah!!





*Gambar2 Pre AGM KOHARTA diambil dari flicr Uncle Dodi http://www.flickr.com/photos/jalanjalan/3686315673/

14 comments:

sepul_besut,  July 5, 2009 10:30 AM  

Tahniah di atas perlantikan sbgi Ahli Lembaga Pengarah KOHARTA.. slmt maju jaya..

mailmat July 5, 2009 9:49 PM  

Tuan, tahniah atas pemilihan sebagai ahli LP.. Terima kasih atas jemputan dan saya akan menyokong aktiviti tuan-tuan semua..Salam.

zull,  July 5, 2009 11:09 PM  

tahniah satu solution,pmc dan KOHARTA dah ada ofis....nanti dah maju bole bukak cawangan pulak ...

MattDemon July 6, 2009 1:23 AM  

Tahniah BOD semua...semoga dapat menjalankan tugas ngan cemerlang...:)

Anonymous,  July 6, 2009 7:52 AM  

aku ingat nak pergi jgk aritu, tapi ada hal keluarga x bleh elak plak, sadis betul....

btw tahniah atas penubuhan dan pencalonan sbg ALP hehehe...

-noza-

ctfarazila July 6, 2009 9:18 AM  

Terliur pulak tengok makanan2 tu... hehehe... anyway tahniah KOHARTA!

Wida July 6, 2009 12:25 PM  

nguah nguah.. ramainya orang.. tahniah semua yg jadi ALP!! wahh semoga PMC.. koHarta.. satuSol..maju terus maju!!

sam July 6, 2009 2:24 PM  

masih open lagi ke membership ni

peruzz,  July 6, 2009 10:19 PM  

tahniah bro..
wa tengaok memang selayaknya nama diatas tuh jadik ALP..
tahniah utk KOHARTA jgk.,..
KOHARTA ...jom cargass.. hehe

khairul78,  July 8, 2009 9:10 AM  

Wuih. Makin mengancam PMC dan satu solution nie. Hehe. Tahniah. Macam mane nak jadi ahli nie? Aku bminat.

-tuanbri- July 9, 2009 2:01 AM  

alahai...aku terpaksa melepas nak pergi Pre AGM tu...
ada komitment keluarga...

tapi aku akan support..dah la kena share opis lak dhn KoHarta..hehehe

nanti TT kat opis kitaorg je la...

pie2020,  July 9, 2009 9:13 PM  

bri .. masa awakk akan tiba... nama awakk saya reserve kann ke second teamm yg akan gantikann tempat kitaorgg... 2 per 3 darii ahli lembaga pengarahh kenaa tukar tu ...

Lukeman Yusoff July 11, 2009 11:07 PM  

Boleh join lagi ke ni? Berminat la nak belajar2 ngan otai2 semua

faris July 16, 2009 12:53 AM  

Membership kena tanya Tuan Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah yang lain juga.. heheheh..

Blog Archive

Loan Calculator

Live Traffic Feed

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP