Sunday, August 23, 2009

Berpuasa pun kena kerja juga..



Selamat berpuasa kepada rakan2 dan pembaca2 semua. Alhamdulillah, telah masuk hari kedua berpuasa hari ini. Walaupun berpuasa, kerja tetap kena buat. Unit Casa Subang telah dikosongkan penyewa, dan kini sedang mencari penyewa baru. Aku dan CtFarazila sudah mula mengiklankan unit ini untuk dijual dan dalam masa yang sama boleh juga untuk disewa. Jika ada yang berminat untuk membeli unit ini, boleh email pada aku atau Ctfarazila. Harga jual memang below market price dan apt ini memang senang mendapat penyewa. Hari ini, aku, CtFarazila dan Ijam mencuci apt ini setelah ditinggalkan kotor gila oleh bekas penyewa. Tengahari baru siap cuci.

Lebih kurang pukul 3 petang, aku dan Macha Bri ke unit FD yang dimenangi client Satu Solution, Rizal, minggu lepas. Setelah unit dimasuki, kelihatan ada sedikit barang2 didalam rumah. Kami tinggalkan notis kepada penghuni untuk menghubungi kami. Malam tadi, penghuni tersebut menghubungi aku. Dia minta tempoh pada kami untuk dia keluar dari unit tersebut. Owner yang duduk sendiri. Dalam masa terdekat, kami akan berjumpa dengan dia. Dia nak tunjukkan tempat parking dan perbincangan lanjut. Dari perbualan dengan owner, nampak baik orangnya. Jadi, boleh bertolak ansur. Lagipun kata Rizal, sekarang ni pun bulan puasa, kesian nak suruh owner lama keluar sekarang.. heheh. Kita bagi tempoh sikit.

Settle urusan di FD, petangnya aku ke VM pula. Bird nak letak barang2 ke rumah sewanya, tapi tak boleh masuk sebab takde kunci grill. grill baru pasang semalam. Lagipun aku nak buka satu lagi unit yang client Satu Solution, Zoehairi, menang minggu lepas. Bird nak buat fully furnish untuk unit ini. Waktu pun dah pukul 6 petang, aku pergi settlekan rumah yang perlu dibuka. Bird follow. Bulan puasa ni, tenaga aku kurang. Nak buka mangga pun ambil masa yang lama. Perlukan bantuan Bird untuk buka mangga. Bila mangga dah berjaya dibuka, nak buka tombol pun menghadapi masalah. Tenaga aku dah habis, misi gagal. Esok baru sambung balik buka unit ini, heheh..





Semalam.. aku ke BTS untuk lelongan CIMB. Hanya satu unit yang perlu dibida. Unit di Cyberjaya. Tewas untuk kali ini. Harga yang bermula dari 184k, naik kepada 208k. last price yang aku angkat pun dah 206k. Hebat2 harga bidaan sekarang. memang susah nak dapat harga sedap2 sekarang untuk rumah lelong. Selesai lelongan, ke pejabat peguam untuk Algu sign Loan Agreement. Lebih kurang 45 minit baru selesai sign Loan Agreement. Loan Agreement untuk Islamic memang tebal. Semalam juga Satu Solution ada buat interview untuk staff Satu Solution. Jawatan kosong masih open dan kami akan adakan sesi interview lagi Sabtu hadapan. Unit Astaria client Satu Solution juga ada orang tengok beberapa hari ini, tapi masih belum sangkut.



Jumaat yang lepas.. ada rakan kita yang masuk unit PH di Pandan Perdana. Harga RP 83k naik kepada 115k dengan 11 orang pembida. Tewas. Harga agak tinggi. Dulu, puding_melo dapat RP 91k sahaja. Melihatkan harga2 bidaan sekarang.. memang dah tak berapa sedap. Teruskan usaha untuk mencuba. Yakin boleh!!



Malamnya, singgah ke rumah VL Wida+Peruzz untuk berjumpa tenant. lama juga unit ini nak dapatkan tenant. Akhirnya disewakan pada harga RM550.00. Penyewa cat semual beberapa bahagian rumah, kepada warna putih. Terdapat beberapa pembaikan yang penyewa buat sendiri dan rail langsir pun penyewa pasang sendiri. Nampak agak handy penyewa ini, jadi.. aku rasa Wida dan Peruzz tak perlu risau kalau ada apa2 kerosakan minor, yang penyewa boleh baiki sendiri. Kemudian makan di William sambil perbincangan untuk masa depan Satu Solution. Hari ini, ketam takde. Ingatkan nak makan Chilli crab.. hampa.



10 comments:

Tuah said...

farazila aka mak buyung pon bersihkan rumah juga? huhuhuhu

bilalah nak reda harga rumah lelong kaw kaw nie...hahaha...

sifu2 pon dah tak main rumah lelong dah....

ctfarazila said...

ye lorr... buat yg ringan2 aje... exercise...ulat (betul2 punye ulat wa x sentuh...)

kalau Casa Subang ni buat homestay ade laku ke? hehehe...

sian faris xde tenaga... aku balik tu terus KO la... xdenye nk buat keje2 lain...

armouris said...

banyak info tentang puasa kat sini - Puasa @ Info-Kesihatan-Anda

Anonymous said...

Selamat Berpuasa.
Aku silent reader disini & memang active beli rumah2 lelong.

Apa yg aku nampak trend sekarang, kenapa harga rumah menjadi tak menentu atau menggila beyond market value disebabkan faktor2,
1. Bidder nak duduk sendiri, mahal sikit pun takpe.
2. Interest rate sedang rendah, loan amount boleh dapat tinggi.
3. Loan senang nak approve skang berbanding tahun2 lepas disebabkan kelembapan ekonomi, bank mensasarkan pinjaman bercagar (property) terus kepada pengguna.
4. Bidder yang tak survey market value terus buat terjun tirok. Kadang2 bernasib baik.
5. Rental income boleh dapat +ve walaupun beli lebih market value.
6. Keadaan bidder yang taksub & ghairah nak jugak, matlamat tak jelas bila beli. Untuk apa beli?

Tu yang aku nampak. Pendapat aku, trend ni takkan berubah untuk tempoh dua, tiga tahun akan datang disebabkan keterbukaan proses rumah2 lelong semakin menjadi tumpuan dan minat kepada pelabur2 muda. Lagi lama tunggu, lagi mahal harga properties melambung naik. "Enter the right time" dah susah nak apply sebabkan alasan diatas. Nak tunggu slow down, belum tentu bila, setiap hari semakin ramai potential bidder masuk auction market. Sasaran panas untuk rumah/unit yang below 150k. Bagi bidder yang mampu pergi lebih, masuk la plak above 150k (margin untung pun lebih tinggi kalau kena gayanya). Bagi bidder berbudget pertengahan lingkungan 50k-150k pertarungan semakin sengit pada masa akan datang. Ikut nafsu pun tak guna. Perancangan kena teliti. Kalau tanya aku bila waktu sesuai beli rumah? Jawapannya, Sekarang!!! Jangan tunggu lama2 sementara peluang wujud.

Agent2 rumah lelong pun skang ni dah melambak. Yang membezakannya, servis mesti tip-top. Client biasanya akan carik agent yang sama kalau semuanya terurus. Payment tu takder hal, beli rumah boleh puluh2, ratus2 ribu, takkan servis seribu tak mampu nak bayar kan? Pengalaman aku menggunakan khidmat beberapa orang agent. Hanya yang sediakan servis terbaik aje aku pilih.

faris said...

Betul la Anon.. TQ untuk ulaasan yang panjang lebar.. nak main rumah lelong for long term.. semangat kena kuat.. saingan untuk hartanah below 150k memang sengit sekarang.. dan saingan untuk below 250k pun dah mula sengit juga..

askrool said...

anon....tq nasihat yg berguna untuk beginner cam aku nie......tq satusolution....

peruzz said...

wah sifu goyang.. sakit2 kaki pun boleh gi auction kaa.. ni dah tahap gersang auction nih.. hahaha..

bro.. thanks bebanyak...pasal dealkan umah vl ni..wa pn tak tau pasal la umah vl ni susah org mau masuk.. padahal dah ramai tgk.. ade yg bg alasan.. takut tgk umah depan die tuh tuh..hahaha

tanye skit..gambar tiles tercabut tuh umah vl kan?? sebelah gambo tuh..umah sape?? ade aircond??

faris said...

@Peruzz : Tu rumah kau la... tenant dah cat putih bilik tu.. dan letak aircond.

ZamZam said...

Best giler, tenent pasangkan aircond...

jeguk said...

sifu goyang modal suda ada maa...duit homextra suda masukk..mesti masuk auction punya..

peruzz...umah ko da pasang aircond..da bleh up sewa...heheh..itu aircond ko beli..tenant tolong pasangkan ke??..berape upah ko bagi??

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com