Thursday, August 27, 2009

Lelongan Alliance Bank 26 Aug 2009

Pagi tadi aku dan Macha Bri berjumpa dengan Mr Firdaus untuk satu pembentangan atau lebih tepat, perbincangan ke arah penubuhan satu Auction Sales Dept di pejabat Satu Solution. Hasilnya positive, dan.. Macha Bri akan mula bekerja ke arah penubuhan Auction Sales Dept tersebut. Macha.. cepat kerja!! Satu Solution akan menjadi branch untuk company Mr Firdaus, untuk bahagian auction sahaja. Permulaan yang baik bagi Satu Solution untuk belajar dan set up auction sales team sebelum kami melangkah lebih jauh dalam bidang perniagaan hartanah ini. Selanjutnya.. kami kena set up dulu, baru boleh cerita lebih lanjut.

Petangnya, aku turun auction di Cahaya Auctioneers. Hanya 2 unit yang mempunyai pembida. Sales memang agak slow di bulan Ramadhan ini. Memang aku budget sales slow bulan ini. Percubaan kedua untuk Azhar dalam mencari hartanah lelongan keduanya. Budgetnya tak berapa tinggi, Alhamdulillah, berjaya untuk kali ini untuk unit FD block F pada harga 84.5k. Esok boleh ambil kontrak dan submit pada panel2 berkaitan untuk speed up the process. Dari maklum balas yang di terima ramai, panel lawyer yang kami guna pakai sekarang telah menjadi agak lambat. Aku tak salahkan mereka, cuma.. bila work load semakin banyak, aku tahu masalah ini akan timbul. Sebelum ini, kami telah mencuba lawyer lain untuk di jadikan back up, tapi dengan hasil kerja yang kurang memuaskan, kami terpaksa berubah mencari lawyer lain lagi, sebagai back up. Balik dari auction, settlekan hal2 rumah client dan lastly, serah kunci pada Zoehairi untuk unit VMnya.

Semalam pun aku ada turun auction untuk unit VM. Tewas. Dari RP 85k dengan 5 pembida, harga akhir menjadi 110k. Agak tinggi untuk unit lelong 850sqft. Unit ini aku carikan untuk member OCBC aku, Fix. Dulu2 takmau join beli auction.. takpe, better late than never. Lepas tewas bidding, terus gerak ke Cyberjaya berjumpa dengan Mr Ismail dan Fix untuk serahkan balik bank draft. Lain kali boleh cuba lagi.. heheh. Balik singgah Restoran Saba' beli Nasi Arab buat berbuka. Bulan ni dah 4 kali aku tapau Nasi Arab ni. Memang sedap dan agak murah.

13 comments:

sourplum said...

cmne nk tau auction utk property kt ipoh ek

mailmat said...

Tuan,

Cuba lamb mandy dari Al baraka Neo Cyber @ Al Jazeera CBD. Rasanya tak kurang hebat dari Sanaa.. Jangan selalu sangat,kambing n minyak tuan hmm , kena jaga kesihatan, office baru dah nak buka. Selamat berpuasa

ska said...

pasal lawyer, si husni yg menang melawati hillside ari tu pon pakai lawyer aku...sbb lawyer yg ko suggest tu bersalin katenye... dah setel dah pon kes dia ni ha.

Tuah said...

aku cadngkan sape2 penah pakai lawyer lain, dan dirasakan efektif, pantas serta tuntas..bleh lah syorkan pada faris @ bri...

ps:aku mau register jadi agent yer en faris....

wakif said...

VM tu memang agak tak bebaloi... dgn sewa, mtn fee.... mmmm

digoil said...

woo Faris.... makin cargass sekarang. dah nak bukak auction co sendiri tu.....cayalah... boleh aku join nanti..

Faris, kalau lawyer bukan Melayu ok tak? susah sangat aku tengok kau nak carik lawyer.. tapi tak apa, teruskan usaha lagi.

Aku rasa tak lama lagi aku akan mengganas. kalau bini aku tak bising arrr. hahahahaha....

ok.... keep up the good work

Wida said...

Huu..pasal lawyer tu..ingatkan saya sorg rasa mcm tu..

k.aida said...

saya ada loyer yg agak bagus gak, siti rohani anpang indah, umah sya leh setel dlm 90 hari... hehhee...

hairi said...

betul ke bagus..sy tgh apply loan ni.boleh bagi kontek number tak k. aida?

Wida said...

Boa.. nak mintak tolong ko tukarkan alamat ke link blog aku tu ke alamat baru boleh ke? emasdantanah.com. thanks!

k.aida said...

siti rohani n associate-bgtau dia dr aida bg no ni jap eh.. 0193454025, sya ada bg kat bling no dia, cuba try tanya bling cemana layanan dia pd bling, takut sya bias lak....

faris said...

Ha.. cemane layanan dia pada Bling2?? Hebatkah??

faris said...

Al Bakara? Makan kambing?? Huh.. boleh je ni.. heheheh..

Aku tak risau pasal lawyer.. sebab dah ada back up..

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com