Wednesday, August 12, 2009

Lelongan Ambank @ Henry Butcher 12 Aug 2009

Hari ini aku cuma tolong Bri untuk satu unit yang clientnya nak bida. bukan kawasan hot. Batu Caves sahaja. Di Henry Butcher hari ini, cuma ada 11 hartanah untuk di bida dan 3 telah pun called off. Tapi.. gila ramai orang untuk membida 8 unit yang available. Antara yang menarik hari ini, Pandan Villa RP 88.7k. Kegilaan membida bila terdapat 27 pembida untuk unit ini. Nilai bid di tentukan 3k untuk setiap bidaan, dan pembida pertama terus melonjakkan harga kepada 105k. Bidaan berikutnya masih tidak mengikut turutan 3k bila naik 125k dan akhirnya harga penamat jatuh pada 149k. Unit Batu Caves yang client Bri masuk, juga mempunyai ramai pembida. Track record yang lepas2 menunjukkan tiada siapa berminat area ini walaupun harga sekitar 50k. Hari ini, dengan RP 38k, dengan lebih kurang 10 pembida, harga jatuh pada 66k. Haih.. Ulat2 berkeliaran mencari peluang untuk deal, tapi bila terlalu ramai pembida, lupakan sahaja tentang deal. Pada aku, kita perlu kenal ulat2 ini untuk kepentingan kita juga. Dalam beberapa puluh siri lelongan yang telah aku hadiri, banyak benda yang aku belajar. Mereka sendiri pun kenal aku. Kenali musuh dan cara mereka untuk menewaskan lawan. Art of War bai...
Menurut Macha Bri, sehingga semalam, 60% kerja pemasangan partition telah siap, bermakna sepatutnya hari ini boleh siap. Masih menunggu berita dari Macha Bri. Petang tadi sempat berjumpa Macha Bri.
Bri ada tanya aku, macam mana dengan JV Agreement dan kos2 berkaitan untuk mereka yang membeli property secara JV dan memerlukan satu ikatan dalam bentuk kontrak. Buat masa sekarang, panel lawyer aku menggunakan JV Agreement dan ianya boleh digunapakai sekiranya pihak satu lagi breach the contract. Bila kita JV, ianya melibatkan perkongsian pembelian secara guna satu nama dan pihak lain akan jadi funder untuk portion2 tertentu atau yang selebih kurang dengannya. Pada aku, pihak yang namanya digunapakai tetap boleh melupuskan hartanah tersebut dengan menjualnya tanpa kebenaran partner2 JV nya. Ikatan dengan JV Agreement ini tidak sekuat Irrevokeable Power of Attorney, kerana JV Agreement tidak dibuat di Pejabat Tanah. Tapi, sekiranya breach of contract berlaku, pihak yang teraniaya tetap boleh mengemukakan saman kepada pihak penganiaya kerana JV Agreement adalah sah dan di terima mahkamah. Untuk poperty yang telah mempunyai title, kita juga boleh masukkan Irrevokeable PA untuk mengelakkan pihak yang namanya digunapakai menjual hartanah tersebut, tanpa pengetahuan JV Partner nya. JV Agreement atau Irrevokeable PA boleh dibuat melalui lawyer dengan caj di bawah 1k.

3 comments:

MattDemon said...

Bro..nanti check email yea...ader hal sket pasal TBR..thanks.

rizal said...

bro, ulat2 ni keje dia camne ek..
amount deal tu termasuk ng upah dia ke.. hehe.. or kira lain..

wakif said...

adeii rumah#1 aku kena bayar interest coz loan lambat disburse... sib baik boleh salahkan LHDN...:) rumah#2 dah dekat 3 bulan apa2 pun takde lagi... fening2....

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com