Saturday, August 1, 2009

Mood Bercuti

Hari Khamis malam aku dah balik dari bercuti di Bangkok. Jumaat dah mula turun auction semula. Kembali bekerja seperti biasa dan kembali cargass. Sepeninggalan aku bercuti, beberapa kemenangan dan kekalahan di catatkan untuk client Satu Solution. Walaupun aku tiada di Malaysia, masih mengikuti perkembangan auction dari Bangkok. Susah nak lepaskan tanggungjawab bila kita memang ada passion terhadap kerjaya yang kita minat. Asyik2 call network2 di sini untuk mengetahui perkembangan terkini auction selain melalui internet. Tapi, slowly.. aku akan mula lepaskan tanggungjawab berat aku yang selama ini aku pikul bersama Tuanbri dan Pie. Perancangan sedang di atur untuk membolehkan aku meluangkan lebih banyak masa kepada bidding process dan lain2 hal akan di turunkan kepada orang lain. Ingat senang ke nak juggle pergi auction, settlekan hal2 rumah client, baik pulih rumah, survey rumah dll hal. Sampai bila kita nak buat semua kerja2 tersebut sampai kerja dari pagi hingga lewat malam.. takde cuti. Nampak macam seronok, boleh kerja ikut suka, kita yang control the time.. itu pendapat orang. Realitinya, tidak begitu. Takkan selamanya kita perlu buat kerja2 berat sebegitu. Sampai masa, kita perlu create sistem atau cara untuk kurangkan bebanan kita, melalui agihan tugas, dan kita monitor kerja2 mereka.

Sabtu yang lalu, sebelum aku gerak ke Bangkok, hanya satu kemenangan di catat. Aku ke Equatorial untuk membida property under Standard Chartered. Mengejutkan bila unit Cyberia Condo RP200k mempunyai 2 pembida. Aku jangkakan dapat RP atau paling tidak below 210k, tapi harga naik kepada 210k. Tewas. Hanya satu kemenangan RP 80k yang masih dikira tinggi, untuk unit di Nilai. Tuanbri yang ke Henry Butcher untuk membida unit di Seksyen 7, tewas juga bila RP 65k naik kepada 96k. Harga semakin meningkat untuk unit di Seksyen 7, semakin gila.

Ahad, aku berlepas ke Bangkok awal pagi. Sebelum ini aku agak pelik dengan masa penerbangan dari KL ke Bangkok yang mengambil masa sejam, dan penerbangan pulang yang mengambil masa 3 jam. Rupanya disebabkan time zone yang berbeza. Bangkok tolak satu jam dari waktu di Malaysia. Penerbangan dari KL pukul 10.30pagi waktu Malaysia dan sampai di Bangkok pukul 11.30 pagi waktu Bangkok. Aku menginap di Thong Tha Resort, 3km dari Suvarnabumi Airport. Rupanya agak jauh dari Bangkok City dan pengangkutan ke Bangkok City agak mahal. Selepas check in hotel, kami menaiki teksi dengan kadar 500.00 Baht per teksi untuk ke stesen LRT terdekat, Stesen On Nut, dan menuju ke Stesen Mo Chit untuk ke Chatuchak Market. Kalau direct ke Bangkok City, 700.00 Baht per teksi. Barangan di Chatuchak Market lebih murah berbanding Night Market yang lain, cuma ia di buka pada hujung minggu sahaja. Bila lapar, mencari makanan di sana, terjumpa gerai Turkish Kebab yang sedap gila pada harga 50.00 Baht. Minum teh tarik di gerai Patanni yang penjualnya boleh berbahasa Melayu, lalu aku tanyakan gerai2 makanan halal di Chatuchak. Ada 2 gerai di sana yang menjual makanan halal, di Soi 24 dan Soi 26. Soi bermaksud lorong. Selesai jalan2 di Chatuchak, kami menaiki Tuktuk dengan tambang 200.00 baht untuk ke Mam Bung Khong (MBK). Perjalanan yang agak panjang dan menarik. Tuktuk memang pantas, laju dan mencabar. Lepak2 di MBK dan beli stok makanan di Tops Supermarket, kami gerak balik ke Hotel menaiki teksi dengan tambang 500.00 Baht per teksi. Dalam teksi, pemandunya agak ramah. Tambang yang dikenakannya munasabah. Esok dia ajak kami jalan2 sekitar Bangkok dengan kadar 1500.00 Baht untuk 2 teksi. Expected bermula pukul 7.00 pagi sehingga 6.00 petang.

Isnin pagi2 buta teksi dah call no Thailand aku, bagitau dia dah sampai. Kami memulakan perjalanan ke Floating Market dengan entry fee 800.00 Baht per person (Normal fee 1000.00 Baht) dan masa yang di ambil untuk menyudahkan pusingan lebih kurang 1-2 jam. Barangan yang di jual agak mahal jadi aku cuma membeli buah2an di sana. Kemudian ke Elephant Village. Untuk menunggang gajah, fee nya 600.00 Baht per person. Gayat juga menaiki gajah, tapi pengalaman yang menarik. Di Malaysia, aku dapat berita Penara 40k called off, dan unit SR mempunyai 4 pembida dan kami decide untuk accept deal. Tiada kemenangan dicatatkan. Selesai di Elephant Village, kami ke Bangkok City untuk melihat Tokong2 Budha di Wat Po (Sleeping Buddha) dan kemudian kami ke Suan Lom Night Market. Harga di sini juga agak mahal, aku beli fridge magnet sahaja di sini. Lapar.. cari kedai makan. Terjumpa kedai makanan India yang menyajikan Roti Naan dan Nasi Beriani. Roti Naan 60 Baht, takde kuah. Nak kuah, order Dhaal, 220.00 Baht. Nasi Beriani 320.00 Baht. Untuk 2 orang makan, kopak 1000.00 Baht. Untuk 10 orang makan, kami habis lebih kurang 4000.00 Baht. Sebelum balik hotel, singgah ke rumah NangNak. Sampai di hotel pukul 10.00 malam. Kesian aku dengan teksi driver, jadi aku hulur 2000.00 Baht untuk perjalanan hari ini. 2000.00 Baht untuk 2 teksi dan perjalanan dari 7.00 pagi sehingga 10.00 malam. KL tak dapat beb.

Hari Selasa, aku tukar hotel, di Woraburi Hotel, Shukumvhit Road, Soi 4. Berdekatan dengan Nana Lrt Stesen dan kedai makanan halal. Makanan lebih tertumpu kepada makanan Arab, Pakistan dan India. Lebih murah sedikit. Nasi Beriani dalam range 40.00 Baht ke 220.00 Baht dan banyak kedai yang menjual kebab. Roti Naan dalam range 30 Baht tapi kuah Dhaal masih 100.00-200.00 Baht. Di sebabkan berdekatan dengan Nana Lrt Stesen, kami bergerak menaiki Lrt sahaja ke MBK, Siam Paragon, Siam Centre, National Stadium dan sekitar Bangkok City. Harga barang2 di Pratunam Night Market dan MBK lebih munasabah dan lebih murah. Di Malaysia, aku dapat berita Bird menang apt di VL dan Zaini menang landed property di Saujana Puchong, yang merupakan rumah sebelahnya sahaja, walaupun harga yang di menanginya sedikit tinggi. Memang susah nak dapat harga rendah sekarang. Zaini di kira agak bernasib baik menang pada harga 131k kerana Sabtu yang lalu, landed property di kawasan yang sama, harga naik sehingga 188k, dengan keluasan yang lebih besar sedikit, walaupun anggaran market value, sekitar 155k sahaja.

Hari Rabu, aku masih berjalan2 sekitar Bangkok City sahaja dan malamnya, aku makan seafood di Restoran Thai, Soomboon Dee. Kena 700.00 Baht per person. Hari Rabu terdapat 3 kemenangan, dan RP kesemuanya. Heheheh..

Khamis petang aku gerak balik ke KL semula. Memang seronok bercuti. Percutian kali ini pun masih lagi percutian budget dari segi kos penerbangan dan hotel. Aku ambil penerbangan Air Asia promosi free seating, untuk tambang pergi balik, RM300.00 seorang. Hotel aku booking dari Latestays.com. Harga penginapan di Thong Tha Resort aku dapat 780.00 Baht semalam dan Woraburi Hotel 650.00 Baht semalam. Harga asalnya adalah 2 kali ganda. Booking latestays aku buat 3 hari sebelum aku bertolak ke Bangkok. Tahun depan, rancangan untuk ke Indonesia dan satu percutian dalam Malaysia.

Hari ini, member aku Asrul turun dari Sabah untuk sign LO dan LA. Berjumpa dengan banker En Shaharuddin di Pelita, sebelum KL jam teruk. Husni sekeluarga pun datang untuk submit loan application dengan banker. Beberapa info terbaru dari CIMB, loan boleh dipanjangkan kepada 40 tahun atau sehingga umur 70 tahun. Jika anda berumur 30 tahun ke bawah, boleh la buat loan sampai 40 tahun. Tapi interest rate telah di semak semula. Lebih tinggi. Kemudian aku dan Asrul ke RRM untuk sign LO. Tamat kerja untuk hari ini..

14 comments:

Farid said...

Bestnye bercuti...:)...Apapn welcome back bro sbb dah selamat smpai ke tanah air..alhamdulillah.

MattDemon said...

yeess..syok nya cuti-cuti..welcome back. Laporan percutian diselangi laporan berita lelongan..wow...pendekatan terbaru nie....:)

pie2020 said...

gamboo takde kerr..

thn depann ada tripp naikk van aku ... kasii simpann duitt .. kita pegi thailand... sawadikaapppp .... kapp kappp ..
eheheheh

jeguk said...

wow..best arr..cuti2 thailand..next year cuti2 endon plak...nanti upload ler gambar...

Cimb ada rate baru yek...emmm...yg da umo lepas 30 xde yg sampai 40thn ke???tgh survey HL gak nie untuk unit yg baru dimenangi di BBU :)

xsempat register arituh...ingatkan RHB satu hari sblum lelongan masih bleh lagik..tp xblehlah plak..kalo x, dpat jugak share komisen...sharing is caringg...

kelang said...

wow...best betul bercuti

askrool said...

tq satusolution sebab buatkan membeli property menjadi sangat mudah......memang mudah ...cuma org berdemonstrasi sebabkan aku tertinggal flight balik

Paddle 15 said...

Fridge magnet :)

-tuanbri- said...

wahh...

Baju aku drpd Thailand mana?

Janji jumpa kat RRM pukul 10, sampai pukul 2...ingat ikut waktu thai lagi ke?

hehehe...
Aku, faris dan pie akan bergiat dgn cergas hujung tahun ni...Tunggu Kami Malaysia

Wida said...

Tuan tanah.. tumpang spam kejab..
———-

Emas dan Tanah akan berpindah ke alamat dan hosting baru. .. emasdantanah.com.. Nantikan kemunculannya.. 08.08.2009..

Sila betulkan bookmark anda ke http://www.emasdantanah.com/

Nantikan freebies yang akan menanti anda di EmasdanTanah.com pada 08.08.2009..

Tunggu!!!

Matjoe said...

best g bercuti, lupakan sekejab masalah kehidupan. yg penting duit kene byk kalau tak mmg x feel sebab asyik pikir budget jer, xleh beli ape nk, tak boleh pegi aper nk. i've been to bangkok, kalau tour pegi kuil budha jerr, sangap gak. shopping center dia pun mahal gak. tp merasa laa tgk tmpt org.

peruzz said...

cam besh jerk dgr citer bercuti.. mane gambo bersama tut-tut.. hehe

farid said...

Wahhhh..dah sminggu sifu x update blog ni...Mmg betul2 dalam mood bercuti nihhhh..:)

wan zairulakman wan ibrahim said...

mood bercuti tak abih lagi ker

Saiful said...

cuti sakan ni..

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com