Friday, September 18, 2009

Cerita Semalam..

Hujung minggu ini kita akan merayakan Hari Raya. Aku akan bertolak balik ke JB pada hari raya yang ke2. Hari Khamis atau Jumaat depan, dah kembali ke KL semula. Ada lelongan yang perlu di hadiri. Aku jangkakan, bulan Oktober nanti banyak hartanah2 yang menarik akan masuk listing. Kita nantikan..

Semalam, aku settlekan urusan peribadi di area Subang sebelum ke KL untuk urusan peribadi terakhir. Agak rushing aku ke KL sebab nak kejar klinik yang tutup pukul 5 petang. Minyak yang dah menyalakan lampu merah pun aku tak hiraukan. Yakin boleh. On the way balik Puchong, nak pergi isi minyak.. dapat call dari tenant Astaria. By the way Wakif, tenant ni sedang menunggu duit deposit nya dari owner lama, untuk di bayar pada kau. Ok.. Situasinya, dia nak pergi kerja, keluar dari rumah, lock pintu depan, dan baru teringat kunci tertinggal di dalam rumah. Mangga gril berkunci. Hehheh.. terperangkap antara pintu dengan gril. Dia call aku, tanya aku ada no locksmith area Kosas tak. Jawapannya tiada. Nasib baik aku memang bawa kunci rumah2 sewa, dan aku masih di area KLCC.

Misi menyelamat akhirnya gagal, bila minyak kereta aku ngam2 habis ditengah2 traffic light dengan jalan yang penuh sesak. Kesesakan traffic memang menggila semalam. Aku tolak kereta ke tepi, dan terus call Superhero MachaBri.. Terima kasih kepada Superhero MachaBri yang pantas membantu dengan membawa 1.5 liter minyak petrol. Akhirnya aku pass kunci Astaria pada Bri. Tindakan yang bijak, kerana untuk sampai ke stesen minyak Petronas terdekat untuk mengisi minyak, ambil masa 30 minit, walaupun jaraknya hanya lebih kurang 2km. Jam punya pasal.. haih.. Maka, Bri yang menyelamatkan tenant astaria tersebut.



Lepas berbuka, aktiviti buka rumah pula. Rumah Angsana Pokli. Ok.. elektrik masih ada, cuma cutt off fius tiada. Aku pinjam, ambik rumah lain punya buat testing. Sebab tu nampak ada elektrik rumah ni.







Aktiviti terakhir, pra-sahur di William untuk Partner Satu Solution. Beberapa aktiviti, perniagaan baru, permasalahan semasa dibincangkan. Akan ada beberapa aktiviti yang akan di buat lepas balik cuti Raya nanti. Pukul 3 pagi baru balik rumah..









3 comments:

hairi said...

faris nak tanya sket..ok ke VK tu RP 207k?bukan dulu ada yang dapat 170k jer..mmg tabik la dapat harga tu..satu lagi yang power BO dpt 103k..dua2 kwsn bukit jalil..tp ni mcm mahal jer RP dia..

PoKLi said...

tq satu solution.nanti tolong cari penyewa yer!

faris said...

@ hairi : VK tu keluasan dia 1400sqft. market value around 250k. BO pada aku, walaupun berdekatan Bukit jalil, tapi kemudahan awam susah sikit. Market value untuk 1400sqft around 160-180k, tapi kadar sewa sekitar 7-8 ratus, berbanding kawasan Bukit Jalil yang memang dekat, walking distance dengan lrt dan kemudahan2 lain. sewa pun tinggi.. more than 1k.

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com