Wednesday, September 30, 2009

Lelongan Alliance Bank 30/9

Hari ini turun auction saja2 dengan budget RP sahaja untuk client. Tewas. Tak kisah pun.. lagi pun aku nak dapatkan feel auction semula setelah cuti panjang time raya. Ada 3 unit yang menarik perhatian pembida hari ini. Tancorp penuh sesak untuk membida 3 unit ini. Unit VK dari harga RP 207k naik kepada 247k. MV 250k. Aku pernah iklankan di lelongan menarik, nasib baik korang tak ambik.. memang ramai yang masuk. Unit kedua hot.. sebuah kilang kalau tak silap aku.. dari harga 530k.. melonjak kepada 696k.. dan yang paling ramai tunggu, pertarungan 2 penjuru untuk hartanah bernilai 2.3M. Dari awal ulat dah sibuk berkeliaran tak tentu arah nak negokan 2 pembida ini.. max yang pembida offer, 200k. Tawaran di tolak.. pembida satu lagi mahukan 500k. Lawan..

Tapi bila harga bidaan pertama 2.4M, dan pembida yang pertama mengangkat paddle, tiada sambutan dari pembida satu lagi. Harga mati pada 2.4M, sekali angkat sahaja. Selesai menang, pembida yang menang bersama geng2 mereka bersorak.. yeah!! Yeah!! Suasana bising.. aku tak faham kenapa pembida satu lagi tak melawan dan tak nak accept offer 200k? Ulat2 bengang2.. dah lah taknak kawtim.. tak melawan pula.. kalau tak ulat2 pun dapat bahagian mereka. Ahh.. terpulang2 la masing2 punya cara..

Semalam aku ke Kajang untuk tengok unit client yang kena pecah masuk pencuri. Tiada kesan force entry pada grill atau pada tombol. Untuk keselamatan, aku tukar kan tombol pintu baru. Nak pasang kunci jenis dead-bolt, kena buat lubang baru. Unit Kajang ini, tingkat 2. On the way aku naik tangga, di tingkat 1, dari 4 unit yang ada di floor tersebut, 3 daripadanya memasang kunci tambahan jenis dead-bolt. Jadi, aku rumuskan memang selalu berlaku kejadian pecah rumah disini. Terdapat juga masalah lain di unit ini, dan kami kena datang lagi untuk buat minor repair works selain nak install kunci jenis dead-bolt tersebut. Selak belah dalam pun kami akan pasang.

8 comments:

jeguk said...

Emm...musim raya banyak kes pecah rumah berlaku...rumah sewa opismate org rumah pun kena pecah...abis sumer kena geledah..barang ke-emas yg disorok dalam pakaian ***** pun diorang boleh jumpa...la nie dok tanya aku ada rumah x nak disewa...nak pindah..

kat taman aku pun sama...ada kes pecah rumah..terbaru yg aku dengar jiran rumah parents Mawi+Ekin kena pecah masuk..guarded tuh!..emm..pukulan raya...heheh..

faris..kasi letaklah gambar kunci jenis dead bolt tu...nak tau jugak bentuk dan rupenye...

joefizi said...

mungkin pembida pertama dan kedua adalah geng. dieorang saja je nak buat macam tu kot.nak keliru pihak lawan dan ulat2.

agakyer

sepul_besut said...

aiyoyoyoyo.. aku pon mau pasang kunci tuh faris.. y mlm tuh pon xbyr lg nih.. bila boleh pasang y jenis baru nih?

FArid said...

Huhhhh..Naik gerun tgk org masuk lelong skang..Dr 207K leh naik smpai 247 k...40k naik tuhhh..Xdan nak follow.:)Apapn,insyaallah,rezki x kan kemana

-tuanbri- said...

korang percaya je kat machafaris pasal kunci dead bolt ? hahahaha...

Kunci tu lain drpd lain...lubang pun x sama macam tombol biasa...so nak kena korek lubang baru...sebab batang dia panjang (ehem!)

so Cost incurred is more than cheap.
Selalunya tuantanah yg aku jumpa, ramai yg kedekut...

tuanbri.com

Syamoi said...

salam sifu, harga deadbolt tu mahal sgt ke? kalo mahal sikit pun xpe, coz berbaloi..safety lagi penting...cewahhh, cam terer je aku nih...hakhakhak!!!

Wida said...

Bri.. bukan kedekut.. operationally cost-effective aja.. hehe

topeq said...

apalah ade dlm fikiranmu itu bri..wahaha...

offer 200k tuh..kaye tol la dieorg nih...

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com