Wednesday, September 9, 2009

Lelongan Mahkamah 9 Sept 2009

Hari ini aku ke Shah Alam untuk membida sebuah landed property untuk client. Tempat yang agak hot. Area Gombak. Pukul 8 pagi dah tercongok di Bangunan Mahkamah Tinggi Shah Alam. Suasana pagi agak ramai. Di perkarangan Lobby terdapat ramai wartawan. Kes Sembelih Lembu hari tu punya cerita kot. Aku tak ambil peduli. Terus mendaftar untuk lelongan hari ini. Kebiasaan aku di Mahkamah Tinggi Shah Alam, cuma masukkan bank draft, IC dan authorized letter, tak payah isi borang. Kemudian aku lepak keluar tengok listing2 mahkamah yang terpampang di ruang notice board. Agent2 lain juga ramai. Tak payah kawtim.. sebab lebih dari 10 pembida hari ini. Tak lama kemudian ada agent panggil aku, dia tanya kenapa tak isi borang.. heheh.. dia sound orang lama pun tak tau procedure ka.. Hahahah.. aku orang baru di lelongan mahkamah beb..

Ramai juga pelelong yang turun lelongan mahkamah pagi ini.. dan property yang hot adalah untuk Gombak dan TTDI Jaya. Kedua2 nya landed property. Kalau ikutkan, property yang client aku nak bid ini, ada kaveat yang diletakkan oleh pihak bank pada tahun 1999. Kaveat telah melebihi 6 tahun, not valid anymore. Tapi aku agak ragu2, lantas aku buat semakan. Rupanya ada satu lagi kaveat yang diletakkan oleh penghuni unit tersebut, pada tahun 2006. Kaveat masih sah untuk tempoh 3 tahun lagi. Keadaan agak goyang.. lalu aku teruskan drilling for more info. Bahaya ni beb.. kalau silap bida.. tak boleh buat loan, hilang wang deposit client.
Total count untuk bidder ada 13 orang.. aku cari info dari agent2 lain.. ada yang goyang.. ada yang confident.. ada yang confident tak tentu pasal.. Masing2 sibuk call lawyer masing2 untuk dapatkan kepastian.

Situasinya begini.. penghuni tersebut, telah membeli secara subsale dari owner. Deposit 20k telah di bayar. Rumah masuk listing lelong.. jadi.. penghuni meletakkan kaveat atas alasan dia masih mempunyai kepentingan untuk meneruskan pembelian. Bila kaveat telah diletakkan, dan alasannya kukuh.. bukan senang nak remove kaveat. Aku pun goyang juga.. Talian hayat digunakan untuk call 2 lawyer aku untuk dapatkan kepastian. Keputusan di capai.. Aku buat keputusan untuk withdraw dari membida. Sebabnya, sekiranya kaveat diletakkan, bank tidak akan memberikan pinjaman. Pembeli kena settle cash. Bukan sikit punya jumlah ni.. 200k reserve price. Harga boleh naik 250-300k. Dan cara yang kedua, kita boleh minta kaveat di keluarkan terlebih dahulu, selepas menang bidaan, untuk tujuan loan. Tapi.. paling cepat urusan mengeluarkan kaveat, 2 bulan. Tak sempat bai.. 2 bulan keluarkan status kaveat.. 2 minggu tunggu loan approved.. tinggal 1 bulan setengah untuk lawyer buat kerja minta bank disburse.. memang tak sempat. Keputusan muktamad, aku tarik diri bagi pihak client. Dari 13 pembida asal, 7 tarik diri.. tinggal 6. Yang 6 itupun masih goyang... belum buat keputusan muktamad. Aku tak tau apa cerita sebab aku dah balik awal..

Untuk landed di TTDI Jaya, dari harga 285k naik kepada 336k.. perbezaan 51k. Huh..

8 comments:

sourplum said...

cmne nk tau ek rumah yg kte beli ni ade kaveat?

Anonymous said...

Camne plak pihak bank letak kaveat. Apa alasannya.

jeguk said...

sourplum..
nak check kaveat, pergi buat carian di pejabat tanah dan galian..
kalau kat johor fees yag dikenakan untuk buat carian nie RM 40..

sourplum said...

ouh. pej tanah ek.
kira sblm beli umh lelong ni mmg kena cek la kaveat ke x ek
cmtuh?

al_husni said...

klu ada kaveat, dlm POS ada x dinyatakan?..

jeguk said...

sourplum..
check kaveat adalah salah satu homework yg perlu untuk membeli rumah lelong..nak check boleh..xnak check pun boleh..
ianya bukanlah syarat yg wajib untuk beli rumah lelong..

al_husni..
pengalaman aku...pernah nampak kaveat dinyatakan dalam POS..tp xsure adakah sekiranya kaveat telah diletakkan..ianya mesti dinyatakan dalam POS..(xsemestinya kot) sebab biasanya dalam POS kita dinasihatkan untuk membuat carian hakmilik..

ble start cuti raye??..

al_husni said...

jeguk..tq

aku start cuti 18/9 masuk keje balik 28/9..balik pontian..klu ko ada nnt aku calling2..

Anonymous said...

al-husni...can i hv ur tel no?

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com