Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Kepada semua rakan dan pembaca blog. Terima kasih atas sokongan yang di berikan selama ini.
LRT extension.. Berita yang menarik golongan pelabur hartanah untuk teroka tempat baru. Yang dah ada tu.. simpan la baik2 dulu.. InsyaAllah harga boleh naik. Harga sewa dan harga pasaran boleh naik. Tunggu 2012 bila dah siap. Tak lama, 3 tahun sahaja lagi. Heheheh..

Aku akan balik kampung hari Jumaat ini. Balik ke Sungkai sehingga raya ke 2, kemudian ke JB sehingga hari Rabu. Rabu petang mungkin dah bertolak balik ke KL. Bini aku ambil cuti 6 hari sahaja. Ada perancangan untuk buat rumah terbuka dan perasmian pejabat Satu Solution nanti. Tak tau nak buat menu apa. Kena bincang dengan Tuanbri dan Pie2020. Jangan lupa datang.

Blog Satu Solution telah ditutup. Kewujudan blog tersebut adalah untuk Satu Solution update listing hartanah yang kami fikir terbaik untuk dibeli. Namun listing yang kami fikir terbaik, agak limited.. apatah lagi setelah kami tapis untuk tidak mahu mewujudkan terlalu banyak persaingan untuk setiap hartanah. Sekarang, since Tuanbri sudah ada beberapa blog untuk listing hartanah, aku tak fikir blog Satu Solution masih relevan. Lalu aku wujudkan satu ruangan kecil disebelah kanan bertajuk "Lelongan Menarik". Listing yang terkini, belum ada orang booking, aku akan letakkan di sini. Sekiranya ada orang booking untuk masuk lelong, aku akan remove dari ruangan tersebut. Maklumat lanjut untuk hartanah tersebut, sila email kepada aku.

Menu berbuka hari ini.. Sizzling steak Coliseum Cafe

6 comments:

hairi said...

hmm,menarik line extension lrt ni..harap2 siap la 2012..tapi biasa nyer projek kerajaan ni phm2 la..anyway harapan tetap ada kan dan kita boleh merancang..selamat hari raya!

treec00l said...

sifu,

aku kene berterima kasih pada sifu sebab rekomen apartment haritu :p

ade rezki, dekat dgn LRT baru tuh, huhuhu. xde pon xpelah.

Selamat ari raya Eidul Fitri ya.

Minta maaf atas mane2 salah silap yg saya ada buat atau mane2 yg tersilap kata.

Ju@Lucky^Mummy said...

Slmt Hari Raya Aidilfitri..

rizal said...

Slmt Hari Raya semua..

mailmat said...

Selamat AidulFitri, maaf zahir batin untuk tuan sekeluarga..

Ismailmat & keluarga

al_husni said...

faris, selamat hari raya to u n family...
aku pun akan balik johor..nnt aku calling2..blh beraya kt majidee..

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com