Wednesday, September 16, 2009

Setelah setahun berblog..

Hari ini genap setahun blog aku.
Dalam pada musim harga rumah lelong naik mencanak2.. aku tetap yakin pelaburan hartanah lelong akan kembali normal di masa akan datang. Pelaburan hartanah lelong tetap menjadi pelaburan yang terbaik untuk aku. Baik untuk aku tak semestinya baik untuk semua orang. Bergantung pada tujuan pelaburan itu dilakukan. Sesetengah orang beranggapan pelaburan hartanah memeningkan kepala, ada yang ingin mencuba, ada yang ingin menjadikannya portfolio pelaburan utama, dan akhirnya ada yang kecewa lantas menyertai pelaburan lain. Maka mereka berhijrah ke pelaburan yang lebih sesuai dengan jiwa mereka. Bila kita buat sesuatu, letakkan jiwa dan keghairahan kita di situ. Kalau tiada lagi jiwa kita di situ.. berhijrahlah.. Itu prinsip aku. Dahulu aku pernah letakkan minat aku untuk bekerja dengan bank.. setelah lebih 7 tahun bekerja dengan bank.. jiwa aku tiada lagi di situ.. lalu aku berhijrah.


Aku pernah kata dahulu.. Pelaburan hartanah, bukan skim cepat kaya. Ianya bersifat jangka panjang. Boleh juga dijadikan pelaburan jangka pendek, tapi tetap memerlukan masa sekurang2 3-4 bulan untuk urusan jual beli, secara normal. Ianya boleh di jadikan sumber pasif income, dan ianya boleh dijadikan cara mengumpul modal, dan mengumpul kekayaan. Dan ianya menggunakan duit bank. Menarik. Sekali lagi.. menarik untuk aku, tak semestinya menarik untuk semua orang. Dalam portfolio pelaburan hartanah aku pun, ada yang untuk aku simpan lama, ada yang untuk aku flip, dan ada yang untuk aku kumpul modal.. Tak semuanya untuk tujuan yang sama.

Pada aku pelaburan hartanah lelong, aku anggap rare, unique dan be different... tak ramai yang mahu mencuba dan ramai yang ditakut2kan dengan permasalahannya.. itu bagus.. bila ramai yang mula menjauhi pelaburan hartanah lelong ini.. market terbuka luas kembali untuk golongan rare ini.. Heheheh.. manusia suka menjadi rare dan be different.. maka, bila mereka tidak dapat menjadi rare group dalam pelaburan ini, mereka akan berhijrah ke pelaburan rare yang lain.. jangan silap langkah cukup.. terpulang sama ada kenyataan aku ini ditafsirkan reverse phsycology atau memang aku maksudkannya.. anda mampu memikirkan yang terbaik untuk anda.

Bila ramai yang mula melabur, ianya merancak dan merangsang ekonomi kita. Maka ramai juga yang menjadi blogger untuk turut sama berkongsi pengalaman masing2. Bagus.. cuma nasihat dari blogger setahun jagung macam aku.. kalau boleh kita tak perlu bersaing sesama kita. Selagi kita boleh berbincang untuk kuatkan network kita, kita buat. Jangan merendahkan orang lain, jangan anggap portfolio pelaburan kita lah yang terbaik, jangan merendahkan portfolio pelaburan orang lain dan bersikap telus dengan pelaburan kita. Bagi aku sendiripun, aku cuma berani suggest tempat2 yang aku tau memang bagus, dan boleh bagi cash flow..

Dah setahun aku berblog. Tak tahu berapa lama lagi aku akan berblog.. bila aku rasa bosan.. dan perlu berhijrah ke sesuatu yang lain, aku akan buat. Buat masa sekarang.. aku masih dengan prinsip asal aku berblog, menceritakan suasana pelaburan hartanah terutama pelaburan hartanah lelong. Itu yang aku suka, dan itu yang aku minat.

Sekarang ni.. kebanyakan client Satu Solution dah masuk fasa ke 2. Bila mana loan masing2 telah disburse, perbezaan margin market value dengan purchase price agak tinggi, melayakkan mereka apply homextra, maka banker aku sedang sibuk menguruskan application homextra mereka. Dan aku expect awal tahun depan masing2 akan mula ada fund untuk membeli hartanah semula.. cycle yang menarik.. yang berduit akan terus membeli.. menambah kekayaan.. yang menungu untuk tunggu market surut.. akan terus menunggu.. Maka mereka pun ketinggalan..

Aktiviti semalam.. buka rumah di Emerald Apt, Damansara Perdana. Ini Condo yang Farid dan El masuk tak lama dahulu dengan RP208k naik kepada 240k... Sebenarnya aku tak kenal pun buyer ni, cuma dia still keep in touch dengan El, jadi El yang suggest dia buka rumah tu dulu.. Rumah memang best..





Carian Google ke blog faridzaswadi semalam ..

Keywords

faridzaswadi
apply od asb
od asb maybank
tuanbri
maybank auction
faris satu solution
bilik untuk disewa penara kemasukan october
pinjaman wang bersama en asrul ambank
mana lagi best homestay taman pokok mangga atau taman jati
selamat atau tidak untuk ke pulau redang pada awal october 2009?


*Siapakah Encik Asrul?? Hahahahah

9 comments:

farid said...

wahhhhh..cantiknyer view...tahniahla saper yg menang ni..wa aritu bajet cukup2 mkn jer..hehe..still untuk utk 240K dia mng coz ada check ngn valuer...leh dpt 300K tu sng2 jer MV..TAhniah pada yg berjaya..insyaallah ada rezeki,cr kat lain lak..tengah menunggu mse yg sesuai:)

ja244 said...

faris...redang x brape bagus la bulan oct...kalau x hujan pun, angin kencang...air laut kadang2 nampak tenang, tapi kt dasar bergelora....

ja244 said...

yg uruskan loan affin bank pun nama en asrul...efficient...orang nama asrul ni memang bagus lah..

wakata said...

nice artikel..
selamat hari raya. 0-0

sourplum said...

cm cket je beza dapat ng MV

rohaniah noor said...

blog baru setahun tp peminat sudah ramai. bravo!

PoKLi said...

nak juga tambah kolum aset kat mutiara damansara.hot cake tu!tunggu duit refinance msk dulu la.cepatla junny release.nak beli umah ni

faris said...

@ Ja : Takde plan nak pergi Redang pun.. itu carian Google yang sampai ke blog aku. Orang nama Asrul memang bagus eh? Asruk.. ada orang puji kau ni.. Heheheh..

@ Wakata : Selamat Hari Raya..

@ Rohaniah : :) tak rasa macam banyak peminat pun..

@ Farid : Sudah ada target ka?

@ Pokli : Junny masuk kerja semula Oct. Keadaan agak kelam kabut dengan ketiadaan Junny. Haih..

ojah said...

hehe... rasanye pun umah lelong ni mmg berbaloi2... nak aktif jugak tapi dana tengah terikat lagi ni... teruskan la berblog.. saya ni kira fan jugak ni.. insyaallah niat one day nak mintak tolong jugak u guys for umah lelong :) ..

oo .. slamat beraya.. maaf zahir batin...

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com