Tuesday, September 29, 2009

SS @ work : Kembali sibuk.. Kembali cargass..

Pukul 9 lebih aku dah keluar rumah.. Pukul 12 malam baru sampai rumah.. layan listing lelong sampai pukul 3 pagi.. teruja dengan listing2 lelong bulan Oktober.. banyak email masuk.. banyak call masuk.. banyak benda yang aku kena buat hari ini.. dan hari2 seterusnya. Dah seminggu aku tak update blog.. banyak benda aku nak cerita.. atau mungkin tak payah cerita.. Hehehh. Kerja bermula bersama Bri di Damansara Damai. Buka rumah client. Baki harga lelongan telah dijelaskan, seminggu sebelum raya lagi. Notis kepada owner lama telah diletakkan di hadapan pintu. Kini SS kembali ke unit tersebut untuk menukar kunci. Notis kami masih berada di situ. Seperti yang aku jangkakan, setelah unit di buka.. barang2 owner lama masih disitu, tidak dipindahkan.. aagghh.. kacau betul la. Patutnya aku nak mulakan kerja2 baik pulih. Owner lama pernah call aku dan Bri, dari public phone. Dia taknak bagi no phone dia. Aku dah bagitau dahulu.. kami akan settlekan baki dengan bank dalam masa terdekat, dan kami nak owner lama keluarkan barang2 dia. Sekarang.. barang2 dia masih ada. Kacau betul la.. Kami dah tukar kunci dan letak notis lagi. Kalau owner lama tak hubungi kami lagi.. terpaksa fikirkan apa nak buat dengan barang2 dia. Patutnya ke FD nak tengok rumah Peruzz dan buat minor repair rumah client lain di FD, tapi tak sempat. Aku jumpa agent FD Peruzz di Sri Damansara untuk ambil kunci, dan shoot ke office SS sebab ada appointment dengan 3 orang client SS di office.

Lunch di Kayu Nasi Kandar.. sambil berbincang tentang auction yang client SS akan masuk minggu ini. Perbincangan di teruskan di office. Pukul 4 aku dan Bri gerak ke Condo Penara. Ingatkan nak pasang tombol di Penara Saiful Nizam.. tapi penyewa tak balik rumah lagi. Unit baru disewakan beberapa hari yang lalu, student praktikal, perempuan. Aku tak tau berapa orang yang duduk di situ. Bri yang jumpa penyewa. Tau apa yang SS selalu hadapi dengan penyewa? Penyewa yang datang tengok rumah, dan terus confirm.. dan bayar deposit on the spot.. dan terus pindah masuk. Terbaru, rumah Penara Saiful Nizam ni la.. Datang malam2 terus bawak beg nak pindah. Sebelum itu, Astaria Wakif.. dan banyak lagi kes2 seperti itu sebelum2 ini.. Ada yang bagus.. ada yang tak bagus.. kami boleh tengok dan nilai dari luaran.. dalaman belum tentu ok. Tenant aku pun ada yang macam tu, contohnya, FD aku. Datang tengok rumah.. walaupun tak pernah sampai di FD, tapi dah confirm nak masuk rumah aku. Alhamdulillah.. payment cantik sampai sekarang.

Dari Penara, shoot ke Kinrara, buka rumah client lagi. Aku duduk Puchong.. Puchong boleh dikatakan kawasan aku.. tapi masih lagi sesat nak sampai ke Pangsapuri Enggang. Hehehh.. jauh ke dalam jugak Enggang rupanya. On the way balik pun.. konon2 nak ikut jalan pintas tembus ke Sirim.. silap masuk jalan dan sesat lagi. Sebelum sesat, kami lalu depan gated community dan beberapa orang pak guard melambai2 tangannya seperti menunjukkan tiada apa2 dihadapan atau mungkin jalan mati. Kami ignore.. 1 atau 2km dihadapan.. ye.. memang jalan mati.. terpaksa berpatah balik. Heheheh.. Bila dah jumpa jalan.. terus shoot ke Taman Mas Puchong. 2 tahun lalu aku pernah survey kawasan ini. Kena survey lagi sekali.. kalau2 ada pembangunan atau pembaharuan. Masih sama.. dan.. aku masih kurang berminat pada kawasan Taman Mas ini. Sepatutnya ke Kajang pula.. Ada kes pencuri pecah masuk ke unit yang SS manage. Tapi ada pulak orang nak tengok Apt MC untuk disewa. Terpaksa berkejar ke Apt MC sebentar.

Terpaksa harung jalan jam untuk sampai. Pukul 8.30 malam baru selesai bakal penyewa tengok rumah. Kemudian ke LP. Rumah sepul_besut juga dimasuki pencuri beberapa hari yang lalu ketika penyewa keluar untuk dinner. Penyewa phobia dan terus berpindah. Rumah bermangga, grill di kunci dan tombol di kunci pada waktu kejadian, tapi pencuri agak mahir dengan kerjanya. Targetnya hanya laptop. Barang2 lain tidak dicuri. Nasihat aku.. cuba pasang tombol tambahan jenis dead-bolt. Aku pun susah nak buka tombol jenis itu. Dalam kesemua ops buka rumah SS, successful rate adalah 100%. Tiada lagi kes kami gagal buka rumah.. cuma yang membezakannya, adalah berapa lama masa yang kami ambil untuk buka rumah. Masa baru2 belajar dahulu, segala tools kami kena gunakan. Tukul besi paling ganas.. habis rosak tombol, tapi pintu tak boleh pecah atau rosak. Untuk melengahkan pencuri, untuk menyusahkan mereka membuka rumah, aku nasihatkan pasang kunci2 tambahan. Aku dah beli kunci jenis dead-bolt tadi, tapi dari 3 unit yang kami cuba, kesemuanya tak muat. Kena buat lubang baru, atau kena adjust lubang tombol. Benda ni akan meningkatkan kos.. tapi untuk keselamatan, aku rasa perlu. Sambil tukar tombol di rumah sepul_besut, kontraktor pun ada untuk tengok rumah sepul_besut yang nak buat minor renovation. Kemudian datang pula member aku Maarip. Dah lama aku tak jumpa member aku Maarip ni.. Bulan 11 ni nak kawin dah. Tahniah Maarip. Last2 tak jadi ke Kajang.. kena pergi esok pulak. Esok pun sibuk lagi nampaknya aku dan Bri. Esok nak turun auction lagi..

*Terima kasih untuk komen2 anda. Service SS akan dikemaskini dan diperbaiki dari masa ke semasa.

6 comments:

mdizone said...

pergh bz2. kagum aku dengan kekuatan korang bekerja. Memang superb. Nanti rumah aku yang latest ni pon nak guna servis korang la.

sepul_besut said...

aiyoyoyo.. duit smlm pon xbyr lg nih.. tp dh up dlm blog.. nnti aku email.. :D

pie2020 said...

wwowo .. kerjaa sampaii malam ...

semezer said...

bro..nak tanya..kalu aku kat kedah..nak guna servis korang leh tak?hehe..budak baru bajar psal prop ni..hehe..

cengkok said...

bagus ss kerja sampai malam?october listing memang byk best. Aku punn rasa nk cuba nasib..
tiara tadi menang tak faris

wakif said...

bagus2 kembali cargass...:)

kalau ada masa, tlg buat kira2 utk 2 apartment aku tu... kot2 ada hutang lagi... duit deposit plus nak 1 copy TA... bukan apa nak clean kan akunyer akaun... TQ

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com