Wednesday, October 21, 2009

Lelongan 21 Oct 2009

Lelongan Mahkamah pun hot.. Unit yang client SS masuk hari ini ada ramai pembida. Landed property. Harga naik kepada 165k dari RP 144k. Lelongan mahkamah hari ini sekejap sahaja. Pukul 10.40 pagi dah settle. Since pagi aku free sekejap, terus shoot ke Wisma MPL tengok kayzen bidding.



Tak ramai orang. Masa aku sampai ngam2 baru bermula. Unit pertama pembida dapat RP. Unit yang kedua kayzen masuk. Pun single bidder, dapat RP. Dia tak tahu aku ada kat belakang dia. Tiba aku tengok dia text message, kat aku la tu.. nak bagi tau dapat RP.. hahahah..

Tahniah.. tahniah.. memang expected dapat RP pun.. sebab Affin tak tanggung tunggakan maintyenance yang berjumlah lebih kurang 8k.. RP 72k.. campur maintenance 8k.. lebih kurang 80k jugaklah unit yang dia menang ni. Mash berbaloi, disebabkan market value sekitar 110k. Unit pun kosong, boleh terus cargass masuk rumah dan repair apa yang patut.





Tengahari nya.. ada appointment buka rumah dengan eezone. Kawasan Taman Bukit Subang. Menang pada harga 50k. Aku tak berapa expert kawasan sini. Api air masih ada.. wiring pun tak payah buat.. lampu kipas ada lagi.. hadiah percuma.. Sofa set dan fridge satu pintu. Cuma... fridge tu ada barang sikit.. bila aku buka pintu fridge, kuat betul gas yang terbebas.. habis satu rumah bau.. Unit ni, cuma perlu buang sampah sarap, kasi cuci dan tukar tombol baru sahaja.





Esok aku turun auction di Ehsan, dan Bri ke PAH.
Semenjak dua tiga menjak ni, banyak kes2 rakan2 kita yang ada problem dengan owner2 lama. Banyak kes2 menarik.. pilihan terbaik beli rumah lelong, tetap beli rumah kosong tak berpenghuni macam rumah tinggal. Tapi itu pun belum tentu kita tak hadapi masalah. Cuma kita kurangkan risiko masalah sahaja. Rumah yang berpenyewa pun tak tentu lagi tiada masalah. Tapi itu tak mematahkan semangat kita kan? Cayalah..

3 comments:

kak ina kl said...

salam faris..adushai tak duitlah nak beli umah lelong lagi..nanti duit dah byk barulah boleh sembang dengan kamu..

rizal said...

vista pinggiran ke 72k tu..

treec00l said...

sifu,

landed 144k tu kat area BBBangi kan?

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com