Saturday, October 24, 2009

Lelongan 23 Oct 2009

Seperti biasa, di kala orang ramai mula menceburi dan merancakkan bidang hartanah lelong, tak banyak kemenangan yang dapat dicatatkan oleh Satu Solution. Hari ini, satu kemenangan dicatatkan untuk Saudara Hafiz. Di Ehsan Auctioneer, lelongan Citibank. Banyak property yang menarik dengan harga rendah menarik puluhan pembida. Condo tepi pantai di Marina Bay, Pulau pinang dari harga 279k naik kepada 380k. Disebelah aku, Chinese Agent sahabat baik MachaBri kata, kalau di Hong Kong atau di Singapore tak dapat hartanah macam ni pada harga sekitar 400k. Paling2 pun 3-4 Juta Ringgit katanya. Cita2 aku tak sampai tahap nak beli di Hong Kong atau di Singapore lagi.. Tiba giliran aku untuk membida, dari harga RP104k, pertarungan 2 penjuru. Kawasan Puchong memang telah mula mendapat perhatian dikalangan pelabur hartanah. Harga yang diperolehi dari lelong tidak semurah 2-3 tahun yang lalu. Persaingan bertambah sengit. Tak kira bangsa.. Pada aku tiada monopoli untuk bidang hartanah lelong. Unit ini, aku terpaksa lawan dengan Singh. Menang pada harga RM118k. Masih dalam lingkungan murah, disebabkan harga pasarannya sekitar 150-170k. Berkeluasan 1076sqft, terletak di tepi lebuhraya LDP dan berdekatan dengan Pusat Bandar Puchong. Mak Buyung CtFarazila pun ada, mewakili clientnya. Sayangnya, beliau tewas. Selesai di Ehsan, aku ke PAH. Bri dan rakan2 lain ada di sana. Mr A, Mr Tenno dan Mr Chambink dan Pn Aisyah belum selesai membida.

Tiada kemenangan untuk rakan2 di PAH. Tewas kesemuanya. Tewas kali ini tak bererti tewas selamanya. Contohi semangat perjuangan seperti Mr Tenno dan Mr A. Bulan ini sahaja, sejak dari 10 Oktober sehingga hari ini, Brader Tenno kita dah membida lebih dari 15 buah hartanah. Semuanya berlainan jenis dan kawasan. Hanya satu kemenangan yang dicatatkan 2 hari lepas. Yang lain tewas. Itu baru bulan ini.. Hartanah2 yang beliau masuk, bukan calang2.. semuanya hot dan menarik ramai pembida. Price range yang beliau masuk, dari sekecil 40k sampai la ke 700k. Budget beliau pun bukan ciput2.. tapi walaupun setinggi mana budget beliau, ada lagi orang lain berbudget tinggi. Begitu juga Brader A kita. Dengan semangat untuk mencari hartanah pada harga rendah, 20-30 bidaan sanggup diharungi.. walau setakat ini hanya 2 kemenangan di catatkan dan mungkin 20 kekalahan.. perjuangan tetap diteruskan.. Misi mencari hartanah hot pada harga murah tetap di teruskan, walau hampir 90% orang ramai berpendapat itu misi mustahil.. pedulikan mereka. Kita yang tetapkan bagaimana permainan ini harus dimainkan.. Sama ada kita tewas atau beroleh kemenangan.. kita telah berusaha. Yakinlah.. perjuangan kita tidak sia2 dan satu hari nanti, kita tetap memperolehi kejayaan.








Selesai lelongan awam… singgah sebentar melihat kerja2 baik pulih yang dilakukan.. Ada sedikit misteri yang yang menyelubungi unit di Shah Alam. Mungkin tiada apa.. atau mungkin ada sesuatu. Buat masa ni, aku pilih untuk tak nak ambil tahu. Kerja hampir siap. Kontraktor kata malam ni siap.


Bila lapar.. makan bersama kawan2. William lagi. Menu pilihan hari ini.. Sotong Bang2, Paprik Seafood, BBQ Beef Ribs dan nasi putih. Pie tambah Mee Raja (Ayam). Tetamu jemputan selain Satu Solution.. AlHusni dan isteri, dan Joefizi.



12 comments:

Anonymous said...

Faris,
alhamdulillah. harge tinggi sket so skrg jom kita cargas sewakan unit ni...lepas tu baru boleh bid yg lain...
hafizkeramat

sourplum said...

pnuh ng smgt la ucapan YB kali nih :P

faris said...

And when i mention about never give up.. keep on tryin'.. Brader Tenno did win again today.. what a winning... Congratulations!!

engkubujal2211 said...

ucapan yg membakar semangat semua pembida...
kami mesti peleyy

al_husni said...

as long u hv done ur homework..go for it!!..

MattDemon said...

wow..penuh bersemangat kali nie..terus rasa nak balik main lelong lagi...:)

Aku memang kagum ngan Bro Tenno aka M***..memang tahap jutawan dah bro tue..tapi low profile...rumah berpuluh-puluh..bizz lagi, sawit lagi..wow..sbb tue kalu kita ingat kita dah cukup kaya..orang lain lagi kaya..).keep on learning n tambah good networking (pesanan utk diri sendiri)..

hazli said...

Faris

respect habis dekat korang semua.. pantang mengalah... teruskan

hazli

teNNo said...

MattDemon ni bro kenya ke?

al_husni said...

bro tenno...yup..mattdemon ni la saudara kita yg jauh di mata tp dekat di hati...hehehe...tp klu slalu ko seru..ad nnt dia tetiba muncul time tt..x gitu bro matt...;-)

pie2020 said...

gilos glamor mat kenya,,, hehehe

pie2020 said...

faris nye ucapann .. leh jadii wakil rakyatt.... wowoww.. hidupp farisss..

MattDemon said...

keke...ader gak yg ingat aku...seru la banyak2 kali...aku muncul lam mimpi korang..haha

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com