Friday, October 30, 2009

Lelongan 29 October 2009

Mega auction BSN. 5 buah hartanah perlu di bida. Di atas kertas, budget kami agak tinggi. 5 hartanah tersebut melibatkan Apt Sri Penara RP 70k, Pangsapuri Persanda RP125k, Gugusan Cempaka RP36k, Apt casa Subang RP137k dan Cyberia Condo RP252k. Mega Auction BSN melibatkan lebih kurang 100++ buah hartanah. Kehadiran orang ramai memberangsangkan. Jarang2 lelongan Ehsan sesak sebegini. Memang banyak hartanah yang di bida dari listing 100++ hartanah tersebut. Style pelelong Ehsan ini, di mulakan dengan unit yang banyak pembida. Tidak mengikut turutan lot number. Hanya mengikut turutan berapa ramai bilangan pembida. Mrs Mazmi, Mr Renza, Mr Nija, Mr Samsul dan Mr Chambink (Wakil Mr Tenno) turut datang untuk membida sendiri. Topeq dan Hazri pun datang memeriahkan suasana.

Unit Pangsapuri Persanda, SS daftarkan untuk 3 orang pembida yang dikategorikan heavyweight contender. Mereka mampu meletakkan budget yang tinggi. Tapi akhirnya tewas pada harga 150k++. Casa Subang, yang telah aku nyatakan tak mungkin lagi boleh didapati pada harga rendah, melonjak naik kepada 178k dengan 6 pembida. 2 pembida yang SS daftarkan juga tewas walaupun budget mereka agak tinggi. Pertarungan pendekar wanita di gelanggang pertama tidak membuah kan hasil lagi untuk Mrs Mazmi. Pertarungan pertamanya, dengan pengalaman mengangkat paddle sendiri, beliau kelihatan gementar walaupun pertarungan telah berakhir. Menggigil2 tangan. Kita cuba lagi. Unit Sri Penara, walaupun harga RP70k dikira agak tinggi, dengan 4 pembida, harga naik sehingga 83k. Unit Gugusan cempaka tingkat 5 juga harga naik tinggi, tak silap aku 48k.

Setelah menunggu agak lama.. akhirnya diumumkan unit2 yang hanya mempunyai pembida tunggal. Mr Ali mengambil alih tugas sebagai pelelong. Bermula dengan lot 6,7 dan lot Cyberia ialah lot 10. Masa lot 6 diumumkan, aku dah call Mr Ismail untuk umumkan dia menang RP. Tiba2 dari lot 7 pelelong skip ke lot 20, unit Sibertel, dan dia umumkan aku pembida tunggal. Gila apa apa nak masuk Sibertel untuk Mr Ismail. Aku cakap lot aku, lot 10, unit Cyberia. Tiba2 dia kata unit2 selepas ini ada yang mempunyai pembida, tak semestinya pembida tunggal. Mr Ali menambahkan debaran pada aku.. tak senonoh betul perangai. Setelah unit2 lain diumumkan, akhirnya barulah lot no 10 dibacakan semula.. dan kemenangan RP 252k disahkan untuk unit Penthouse Cyberia condo. Habis debaran. hanya satu kemenangan dicatatkan.







Selesailelongan lebih kurang pukul 1.00 tengahari. Lunch dulu di restoran sebelah Ng Chan Mau. Lepak bersama macha Bri, Topeq dan Hazri. Pukul 3 nanti ada lagi satu unit Cyberia yang perlu di bida, juga untuk Mr Ismail, our heavyweight contender untuk unit2 di Cyberjaya. Pukul 2.10 selesai lunch. Macha Bri nak selesaikan unit FD Satu Solution. Unit FD SS telahpun disewakan kepada awek. Namun unit kami juga tak terkecuali dari menghadapi masalah tiles. Akan dibaiki dalam masa terdekat.

Pukul 2.15 jumpa dengan banker RHB dahulu, Cik Nora untuk urusan loan application clients. Kemudian baru ke Ng Chan Mau. Lelongan MBSB. Kehadiran, tak berapa ramai. Tak banyak unit2 yang menarik. Bila lelongan mula berlangsung, kebanyakan pembida mendapat harga RP. Unit Armanee Condo RP226k, mulanya pembida tunggal ingin membatalkan niat untuk meneruskan pembelian, dengan niat nak tunggu next auction apabila harga turun lagi 10%. Mr Foong memberikan kenyataan, sekiranya pembida mahu menarik diri, bank draft akan di pegang oleh pihak pelelong selama 3 minggu, dan apabila next auction tiba, pembida tidak akan dibenarkan membida lagi. Ini untuk mengelakkan syndication, katanya. Lagi pula kata Mr Foong, bila harga next auction turun 10%, menjadi 200k, akan menarik lebih ramai pembida. Beliau tidak mungkin dapat kekalkan harga 226k tersebut. Akhirnya pembida terima, dan meneruskan pembelian. Untuk unit Cyberia Townvillas, kemenangan RP lagi untuk Mr Ismail pada harga 307k. Tahniah untuk 2 kemenangan RP pada hari ini.



Sebelah petangnya, pergi repair rumah Penara Mr A yang ada masalah leaking. Alaa... Mr A.. takkan tak kenal.. Hahahah

9 comments:

jeguk said...

perghh..2 kemenangan dalam satu hari untuk MR Ismail..RP plak tuh...Tahniah2!!..

setengah juta tuh...

wan said...

cargas betul En Ismail ni..Duit berkepuk2 ni..

renza said...

aku kalah persanda ari tu..huhuhu. aku fight dgn soang pakcik tu..tp akhirnya tersungkur di pintu syurga..muahaha

lps kalah, masa nak gi ambik bank draft terserempak dgn pakcik yg menang tu..dia ckp, kalo nko angkat lg sekali, pakcik mmg surrender lah..hampeh! muahaha

faris & tn bri: aku akan register dgn koang lg utk nov auction :)

faris said...

@ Renza : Pakcik tu nak bagi kau panas je.. hahahahah..

kayzen said...

wow.. tahniah pada yang memenangi lelongan kali ini. yang tidak bernasib baik, cuba lagi.. lepas ni mesti ada rezeki korang.

Tuah said...

pasal FD, arituh masuk paper the star...siap wakil rakyat datang...

SAMSUL ZAIRUL MOHAMAD said...

aku tak sempat angkat kipass daa..

k.aida said...

huhu.... ikan jerung mr ismail nih... bravoo... bravooo....

bilalaaa agaknya wa leh masuk skali nih...cam xde harapan la nak menang pasni... huhu....

RU5H said...

OFF TOPIC: Faris, Employer lama ko dah nak pindah menara TM, :) No more Cyberjaya...

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com