Thursday, October 1, 2009

Negotiation Works

Hari ini ada beberapa rumah yang perlu dibaikpulih. Aku dah serahkan tugas kepada kontraktor2 Satu Solution untuk selesaikan. Baru nak rehat sebentar. Sekarang berada di FD untuk selesaikan kemasukan air untuk 3 unit FD client SS. 2 unit FD telah pun disewakan. Rizal punya dia dah cari sendiri dan dapat penyewa semalam. Asrul punya, ada penyewa yang tengok pagi tadi dengan Bri, dan terus confirm masuk hari ini.

Semalam.. lepas aku habis auction, banyak lagi benda yang aku buat. Dah 3 hari balik lambat. Semalam pun aku sampai rumah pukul 1.30 pagi. Hari ini pun belum tentu balik awal. Ada sambungan negotiation dengan ex-owner di DM. Sepatutnya semalam petang, nak jumpa dengan kontraktor pasang tiles yang Peruzz rekomen untuk pasang tiles rumah FD dia, dah 2 hari berturut2 janji nak jumpa, tapi bila dekat2 time nak jumpa, call tak dapat, masuk voicemail. Lepas tu bukannya nak call balik bagitau tak dapat jumpa. Takpelah.. kalau taknak job bagitaulah awal2.. tak perlu nak susahkan orang. Orang macam ni, tak payah bagi job terus la.. Jadi, aku dan Bri gerak ke Pelangi Damansara untuk bersemuka dengan ex-owner.

Ex-owner memang taknak keluar dari rumah. Kami dah bagi a few option untuk dia fikirkan. Last option, kami akan minta peguam keluarkan court order untuk arahkan dia keluar. Cuma, court order agak mengambil masa untuk dilaksanakan. Mungkin ambil masa 4-5 bulan sebelum kes dilaksanakan. Caranya.. Pegawai mahkamah (bailiff) akan datang ke hartanah terbabit untuk nego cara baik untuk arahkan penghuni mengosongkan unit. Jika penghuni engkar, arahan lain akan dikeluarkan untuk mengosongkan unit. Terdapat kos di sini, untuk hire lori, security guard, kena bawak polis dan bailiff dan kos2 mahkamah. Itu last resort. Hari ini kami akan call ex-owner lagi untuk dapatkan keputusan dia untuk unit tersebut.



Dari PD kami ke DM pula. Kes yang lebih kurang sama, ex-owner masih tinggal di situ lagi. Dahulu, kami pernah ke sini setelah menang unit ini, dan ex-owner memberitahu kami, dia nak fight ke mahkamah. Tapi kini, nampaknya dia dah faham.. tak banyak yang boleh dia buat. Cuma masalahnya dia tak cukup duit nak pindah. In the meantime dia nak sewa dulu dengan owner baru, sementara menunggu refund dari pihak bank kerana pembelian kami melebihi tunggakan hutangnya pada bank. Petang ini aku akan berjumpa dengan ex-owner lagi.

Last sekali.. lepas settle rumah DM, pergi beraya rumah Junny+Malau.

4 comments:

sourplum said...

lelongan menarek tu dorg buat kt mana ek
cmne nk tgk full list die?

wakif said...

bab2 communication nilah yg penting.... kalau ada miss call... call lah balik.... kalau ada sms.... balas lah balik walaupun dgn OK.... kalau ada org email.... balas lah balik.... kalau ada org tanya.... jawablah kalau boleh... barulah boleh elakkan 'miscommunication'...

hmmm mcm2 peel org ni....:)

peruzz said...

sorri bro..
pasal mamat kontraktor tuh.. benggong la die tuh..dah elok2 janji.. pahtu tutup enpon.. siot jerk... aku rekemen die..pasal die penah wat tiles umah wida n aku kt vl tuh.. ok jerk die bwat..murah lak tuh.. tuh pasal wa rekemen.. bajet nk bg die bizz.. ni main2 lak..aku call tak angkat gakk.. last2.. aku dah sms die kelmaren.. sms sound die..hehe..

aku rase die wat keje area vl jerk kot.. pasal die pn sewa umah kt vl jerk..masa tanye..die cakap ok..boley jerk gi FD..ntahla.. main2 la die tuh.. ntah2 PATI.. takot nk jalan jauh.. takot pak polisi.. hehe

p/s: harap2 kontraktor ari ni ok..wa cakap kt die..kalo wat keje leklok..harga ok.. mesti byk biz masyukkk..hehe..mari tolong`org kite'

wakata said...

bro,mau kontraktor kat damansara? aku biasa buat ngan indon ni..ok gak la mamat ni..

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com