Saturday, October 3, 2009

SS @ Work : Negotiation continue..

5 hari berturut2 aku balik lambat ke rumah. Hari ini paling awal.. pukul 11.30 malam je.. Huh.. Esok dan hari2 seterusnya pun aku akan lalui benda yang sama.. kerja keras. Setelah tercari2 network yang sesuai untuk minor renovation pada harga berpatutan, aku dah select a few of'em dan minggu depan mereka2 ini akan mula menyelesaikan kerja2 client aku yang tertunggak. Ada yang dah mulakan. Hari ini tiles rumah Peruzz dah mula di baiki. Mungkin esok siap..

Rakan2 kita ada banyak unit2 sewa di FD. Semalam dan hari ini aku banyak buat kerja di FD. Penyewa rumah Asrul dah masuk dari semalam lagi. Ada a few minor things sahaja yang kena repair untuk rumah Asrul. Piping works. Selain itu, penyewa nak minta tambahan satu kipas siling di masterbedroom. Aku dah selesaikan kerja betulkan paip petang tadi. 1-2 hari lagi wireman akan install satu kipas siling.

Dah 2-3 kali aku ke DM untuk selesaikan isu dengan ex-owner. Tiada isu besar sebenarnya. Dari perbincangan over the phone, ex-owner bersetuju untuk keluar tapi minta tempoh. Baru malam tadi aku dapat berjumpa dengan ex-owner dan perbincangan di teruskan. Brader ni sebenarnya ada business sendiri dulu.. masa ekonomi tengah ok. Bila ekonomi teruk, business affected dan dia tiada income. Nak makan pun susah. Anak tiga. Sekarang kerja security guard. Dia ada 2 buah rumah lain. Satu di Puchong, telah dijual. Satu lagi di Shah Alam.. disewakan. Kalau dia nak duduk di Shah Alam semula, dia kena tunggu tenant habis tempoh tenancy, iaitu sehingga hujung tahun ini. Jika sekarang, dia kena bayar semula deposit tenant. Masalah lain, dia kena pindahkan sekolah anak2 nya. Yang sulung nak ambil PMR. Ada yang baru nak masuk sekolah. Kalau dia pindah Shah Alam pun, dia kena bayar sendiri installment bank untuk rumah Shah Alam. Penyelesaiannya, dia nak tempoh 2 bulan, kalau dia nak pindah semula ke Shah Alam.. atau kalau boleh, dia nak sewa rumah tu dahulu, sementara mencari rumah lain, sehingga hujung tahun 2010. In the meantime, dia nak cari sebuah rumah lelong di DM juga. Dia pun tahu DM banyak unit kena lelong. Jatuh tak semestinya tak boleh bangkit. Itu yang penting. Aku harap dia akan bangun semula. Perbincangan diteruskan, dan aku dapat tahu dia ada buat part time job waktu siang untuk buat minor renovation job. Dia buat sendiri. Bukan sub. Dia boleh pasang tiles, cat rumah, buat wiring, pasang kipas, pasang lampu etc. Bagus.. dia boleh tolong aku.. dan aku pun boleh tolong dia bagi job sikit2. Harga yang dia quote pun boleh tahan. Next week aku boleh bagi dia satu job dulu, test kerja dia macam mana.

Sekarang ni, dia tengah tunggu duit dari pihak bank, kerana harga pembelian melebihi hutang tertunggak. Dia bakal dapat duit sikit. Dia nak simpan duit tu, nak beli rumah lelong di DM jugak. Boleh je.. asalkan loan boleh lepas, takde masalah. Aku dah suruh dia buat apa yang perlu, semak kelayakan loan bini dia, dan in the meantime aku akan roger dia kalau ada unit murah2 di DM.



*Minggu ini dan minggu depan, memang aku sibuk. Buat kerja on field. Jarang dapat balas email panjang2, nak jawab call pun susah. Bukan malas jawab call.. masa aku tengah online pun banyak call in, kadang2 aku terlupa nak call balik. Aku akan resolve isu2 korang as soon as possible.

Esok pagi aku ada kat Equatorial Hotel. Lelongan Resolution Alliance.

5 comments:

Anonymous said...

Salam,
Tq for creating this blog bro. Banyak ilmu yang dapat kat sini. 10/10 ni mungkin boleh kita jumpa di Renaissance kot. Saya first time, nak cuba nasib kat sana. Harap2 dapat. Lepas ni mungkin boleh pakai servis company bro. Yang first time ni pun, telefon iklan kat tiang letrik jer...saya tak ade apa2 pengalaman, cuma nak cuba cari sikit pengalaman. All the best.
Zam - Bangi

hairi said...

sebab tu la aku suka rumah xde orang..senang cite..xyah susah2 nak halau org..x sampai hati nak halau..kesiaaannn

ska said...

ko mmg berhati mulia laa faris...tuhan je tau nak balas budi ko tlg mamat kesusahan tu...tapi ingat......buat baik berpada2.....business is business...personal put aside...ngeh3 macam makcik2 lak aku...

zawavi said...

askm Faris,

camner service brother tu Ok ke? aku menang condo rakyat hari tu.. tgh cari org yang leh pasang tiles.. ingat nak kasi cun sikit pasang tiles dgn table top.. ko leh suggest ke..

faris said...

@zawawi : aku pakai brader lain sekarang.. email aku la.

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com