Thursday, November 12, 2009

Lawyer session on 21st November 2009

Sepertimana yang aku ada beritahu sebelum ini, satu sessi bersama Puan Junny dari Ram Reza & Muhammad akan di adakan di pejabat Satu Solution. Sessi akan di buat pada 21 November 2009, hari Sabtu bermula pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Kehadiran dari rakan2 semua, pembaca blog, pelabur hartanah dan mereka yang berminat di galakkan. Satu Solution memang buat sessi ini untuk anda semua. Topik yang terlibat, lebih kepada urusan pembelian hartanah melibatkan peguam. Apa yang peguam dapat bantu untuk melicinkan urusan pembelian hartanah, apa yang menjadi skop kerja peguam, dan pihak2 lain yang terlibat.

Berkenaan dengan Ram Reza & Muhammad, terutama Puan Junny, beliau telah menguruskan proses pembelian hartanah aku, secara individu sejak tahun 2007 dan berbagai case study telah aku dan Puan Junny brainstorm untuk mendapatkan hasil kerja yang memuaskan dalam pembelian hartanah lelong. Kebanyakan kes2 unik rumah lelong aku telah dapat diselesaikan secara baik, sama ada owner lama tidak berpuashati, tunggakan maintenance yang tinggi, urusan dengan pihak pemaju dan pejabat tanah dan sebagainya. Bermula January 2009, sejak Satu Solution di wujudkan untuk menyediakan perkhidmatan dalam bidang hartanah, terutama pembelian rumah lelong, Ram Reza & Muhammad telah menguruskan puluhan atau mungkin ratusan kes pembelian sama ada dari Satu Solution, walk in clients, reffered by our bankers atau dari sumber2 lain.

Kepada yang berminat, di jemput kehadiran anda semua. Selesai sessi bersama peguam, Satu Solution akan menganjurkan permainan Cashflow 101. Diselang selikan dengan sessi bersama Pie2020 dan Tuanbri. Boleh ambil gambar, minta autograph, atau khidmat nasihat.

Petang tadi aku dan Bri ke lelongan hartanah mega Maybank. Kehadiran memang ramai. Banyak hartanah menarik yang dibida. 2 sessi lelongan diadakan untuk membezakan syarat lelongan yang ditetapkan. Lelongan sessi 3.00 petang untuk hartanah bersyarat Maybank cover tunggakan maximum 10% dari harga rizab jualan, dan sessi 3.30 petang untuk syarat jualan Maybank tak tanggung langsung sebarang tunggakan dan baki mesti dijelaskan dalam tempoh 90 hari. Satu Solution masuk membida 3 unit hartanah, dan keputusannya, kami tewas kesemuanya. Yeehhaawww..
Kami akan cuba lagi. Esok lusa dan hari2 seterusnya, kami tetap akan menghadiri sessi lelongan hartanah. Banyak juga hartanah2 yang menarik untuk di bida pada bulan ini.

Air Asia telah mengadakan jualan tiket penerbangan free seating nya bermula semalam sehingga 15 November ini. Aku berjaya booking 9 tempat duduk untuk penerbangan ke Bandung bulan July 2010. Untuk 9 tempat duduk ini, aku bayar RM455.00 untuk airport tax, luggage dan convenience fee. Booking menggunakan credit card, charge card atau debit card akan dikenakan caj RM5.00 per seat yang dinamakan convenience fee. Macam2 la kau ni Air Asia. Tak kisahla.. yang penting kos penerbangan per person untuk pergi dan balik antara KL dan Bandung hanya lebih kurang RM50.00 sahaja. Tahun depan, bulan July.. aku akan bercuti selama 5 hari ke Bandung. Hotel belakang kira.. yang penting dah ada tiket penerbangan. Tapi dalam msa terdekat, sebelum July 2010 sampai, aku akan bercuti lagi. Bulan Disember dah confirm, lagi satu mungkin January atau February.

22 comments:

Wida said...

Bandung ni bukan yg earthquake hari tu ka?

Baguih la ada session dengan Juny.. nnt pas2 nota la..

TQ..

mdizone said...

perghh murahnyer tiket. untung ko faris. Penat2 keje, pergi bercuti dengan tiket murah. Jeles lak rasanya

treec00l said...

We are in, 2+1 person.

tq.

Hanamichi said...

Aduh....x dpt hadir ade kerja lain plak...ruginyeeeeee.....

bird said...

Bagus-bagus.

Aku pun tak dpt datang. Nanti aku hantar wakil aa kot.

topeq said...

insyaAllah aku dtg...sesi cf101 tu free gak ke..

-tuanbri- said...

aku pun tak dapat datang..

petang tu aku ada Exam Takaful...
so lepas ni kalau korang nak renew insuran untuk kereta/motor korang, boleh gunapakai khidmat Satu Solution...

Khas utk takaful sahaja. Aku tak Buat insuran Konvensional atas sebab hukum agama.

-tuanbri- said...

Please confirm your attendance here!

http://satusolution.com/blog/?p=20

gjie said...

faris,
21/11 ade auction cimb kan? alahai baru igt nk mintak tlg pegikan..sbb my son ada involve on graduation day kt USIM(tadika bukan grad U..)

nampaknya melepas la nk join this talk..:(

faris said...

The more the merrier.. yey

@ Macha: kau jangan mengada2..
@ Gjie : aku ada auction CIMB pagi tu, no problem. Lepas auction baru aku join the talk.. Or maybe I'll join the talk and ask someone else to bid.

al_husni said...

hehe..salah satu yg tewas kt atas tu aku ler..budget ciput gilos...hahaha...xpe tu saje nk dpt feel balik...dec ni modal penuh balik...next year leh blari..gian wooo...

faris, smlm lupa la nk pesan suh hang try kaw tim dgn bidder lg sorang tu...klu dpt leh 50-50...hehehe...xpe next time...

palie said...

insyaallah aku p

Fariezul Jaafar said...

aku nak join. reserve satu tempat utk aku...

treec00l said...

wah, org kuat SS x dtg, sape bukak pintu ni? hahaha.

tepakse org plg atas bukak pintu :p

bro ali,

wah, thn depan dah nak lumbe lari, marathon ke sprint? huhuhu

FIRDAUS BIN KHALID said...

Bro Faris and Bri. Sy pon nak join Miss Junny punya talk. I'm potential client and a lot of questions need to be ask. Please reserve tempat utk sy and my wife

MattDemon said...

sesi bersama Pie2020 ngan TuanBri yg aku tak tahan tue..sesi sign otogeraph..:)

-tuanbri- said...

weh,

register nama di

Satu solution

kayzen said...

rasanya aku xleh dtg utk sesi bersama lawyer tu.. kat kg anta bini lepas bersalin. apa2 pon aku harap semua berjalan lancar dan jaya nya.

ir.asiah said...

tuan, ada org berminat tapi dah berangkat pergi haji. kalau boleh, rakam la.. pastu jual vcd talkshow SS kat kedai pmc :)

ctfarazila said...

x dpt dtg... anak ade graduation day tadika la pulak... huhu

Cadangan yg baik drpd ir.asiah... :)

gjie said...

fara, sama la anak kite pon ada graduation day..btw, kt mane grad nye?anak kite kt USIM.
harap2 cadangan ir.asiah dipertimbangkan..boleh ke nak tumpang tanya soalan utk lawyer nnti ye?

Anonymous said...

Assalamualaikum.
Jangan mudah percaya dengan lawyer. Banyak sangat yang sudah terkena. Kalau tahun 60an, 70an, kerjaya lawyer memang dihormati dan berprestij. Tapi kini terlalu ramai "lawyer sengkek" yang tidak beretika, kerana persaingan yang sengit antara mereka hingga sanggup membelit, menipu dan mengada-adakan yang tidak ada. Yang lucunya, mereka ini belajar undang2 tapi tidak mengamalkan undang2. Berhati2 ya kawan-kawan.

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com