Saturday, November 7, 2009

Lelongan MBSB 7/11

Satu Solution baru warm semula masuk acara lelongan bulan ini pada hari ini setelah last lelongan yang di hadiri pada 29 oktober lalu. Dalam seminggu ini, banyak benda yang berlaku.. tapi mood menulis agak kurang sikit. Untuk hari ini, aku ke Plaza PKNS, Shah Alam dan Bri ke Hotel Equatorial, KL. Ada 3 unit yang Bri perlu bida dan hanya satu unit yang aku bida. Keputusan hari ini, aku menang satu, Bri menang satu untuk client. Untuk hartanah yang aku bida, untuk Rizal, unit di Seri Kembangan dengan kemenangan RP 89k. Sebenarnya baru 2 hari lepas aku terperasan yang unit di Seri Kembangan ini open for auction, dan secara kebetulan aku baru habis search dan Rizal pun datang office aku untuk collect bank draft unit yang dia kalah last week on 29 Oct. Sepatutnya Rizal nak masuk unit Cendana atau Penara yang turut di lelong pada 7/11, tapi aku kena bagitau Rizal yang Cendana dan Penara pun akan ada saingan dari client aku juga. Lagipun kalau masuk unit Seri Kembangan dengan RP 89k ni, saingan agak kurang. Kebanyakan orang.. selalunya akan mula masuk lelong untuk unit di sini pada harga 81k dan bila harga jadi 72k lagi lah ramai yang akan masuk lelong.. provided bank cover maintenance charges tertunggak dan cukai taksiran. Kalau bank tak tanggung tunggakan2 tersebut, memang peluang dapat RP cerah. Lagipula, lelongan oleh pihak SWT Management (pihak pelelong) kurang di ketahui umum. Aku pun baru tahu yang pihak SWT Management, pejabatnya di Bandar Puchong Jaya sahaja, berhadapan IOI Mall. Jadi, Rizal pun terus cargass usha unit selepas jumpa aku, dan berpuashati dengan keadaan unit. Alhamdulillah, Rizal dapat RP dan unit Cendana yang seorang lagi client SS (Palie) masuk pun di menangi, walaupun harganya agak tinggi, 86k daripada RP 65k. Moral of the story, kalau budget kita memang lebih sedikit dari RP yang ditawarkan, kita tak semestinya menunggu untuk next auction, kerana apabila next auction tiba, agak susah nak kekalkan harga, kemungkinan besar harga akan melonjak naik melepasi harga RP sebelumnya. Method ni dah beberapa orang yang pakai. Tak semestinya tunggu harga murah sangat2 untuk masuk lelong. Musim sekarang, persaingan sangat kuat. Kalau MV sekitar 130-150k, bila harga Rp 100-110k pun kita dah boleh masuk tanpa menunggu harga RP menjadi 80-90k.


Di lelongan MBSB tadi, lelongan dijalankan di dalam shopping complex. Untuk menarik crowd katanya. Dari sejumlah lebih kurang 80 unit yang dilelong, hanya 6 yang mempunyai pembida. 4 daripadanya, pembida dapat RP. Lelongan bermula untuk unit Condo di KL pada harga RP 207k dan MV dianggarkan pada 230k sahaja. Seramai 5 pembida, dan pelelong menetapkan setiap kenaikan 1k. Lebih kurang 20 minit kemudian barulah lelongan unit pertama ini selesai pada harga 301k. Penat betul aku menunggu dari harga 207k naik kepada 301k. Kemudian baru lah lelongan untuk unit aku, dan Chambink pun turut membida bagi pihak Wan Azmi, yang turut menang pada harga RP untuk unit di Kajang. Pihak SWT agak baru dalam acara lelongan awam, dan mereka menetapkan stamp duty pada harga RM150.00. Serious mahal. Alasan mereka, pihak syarikat telah menetapkan harga pada RM150.00 dan lain syarikat, lain bayaran. Aku tak kisah pasal harga, tapi aku tau, ramai yang akan kisah. Kalau pelelong yang besar pun hanya tetapkan RM50.00 sahaja untuk stamp duty, kenapa mereka tak boleh.


Selesai lelongan, sempat ke Ampang dan PJ untuk tunjukkan rumah pada potential tenants. Pukul 6 petang baru balik rumah. Sampai di depan Apt aku, nampak ramai orang berkerumun di parking lot. Aku nampak yellow tape polis. Aku nampak ada plastic hitam membungkus sesuatu. Kejap2 bungkusan hitam diselak. Aku nampak kepala seorang lelaki. Ahh.. ada orang mati terjatuh dari tingkat atas.. Sembang2 dengan jiran, katanya Myanmar atau Chinese. Bunuh diri atau mungkin di tolak seseorang. Tiada kaum keluarga/sahabat yang membantu. Mungkin tinggal seorang diri. Akupun tak tau. Permai Villa ada 4 block. Aku tinggal di Block 2. Aku sewakan unit Block 1 aku. Unit yang ada orang mati tadi, unit Block 1. Bukan penyewa aku. Habis lah.. unit tu berhantu.. hahahahah..

8 comments:

topeq said...

xde ke gmbar plastik hitam tuh..hehehe..

tahniah pada yg menang..bile demand umah lelong nak kembali mcam dl..hehehhe...

din said...

weh,
dah jadik berantu la blok tu ye? camni nak kena pikir banyak kali jugak ni nak beli unit kat situ.. hehe... Sri kembangan RP 89k ye? vista kan, tahniah la untuk sahabat kita tu.. :)

ojah said...

hehe berantu yek.. jatuh le MV.. hehehe .. bila la harga lelong nk ok balik ni.. :)

ja244 said...

stamp duty rm150?...mahalnye...padahal stamp duty rm40 jer...upah rm10..jadi rm50...apala SWT nak kaut untung cenggitu...hishhh...

palie said...

TQ machabri n machafaris n satusolution

MattDemon said...

aku suka unit berhantu...! sbb aku ader bomoh handal..leh upkan sewa lagi, ngan syarat fully furnish la..hehe..:)

al_husni said...

heheh...matt dh belajar ilmu bomoh kenya tu...apa ada hal...

MattDemon said...

huarghaha...pengerasnya ialah set perabot utk fully furnish rumah..konfem antu lari...:)

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com