Saturday, December 5, 2009

Lelongan Resolution Alliance 5/12/2009

Seminggu lebih aku demam. Malas betul nak update blog. Pun begitu.. kerja tetap macam biasa. Bulan November yang lepas memang banyak client Satu Solution dan rakan2 kita masuk lelong. Lebih kurang 40 unit yang kita masuk, cuma 6 sahaja yang kita menang untuk bulan November. Teruk juga statistik semenjak dua menjak ni. Banyak tempat2 yang dahulu kita boleh dapat murah2, sekarang tidak lagi..

Hari ini, aku dan Pie ke Hotel Equatorial. Tak ramai pun kehadiran pembida2 pada hari ini. Ada 3 unit yang client SS masuk. Kami menang 2. DVT Condo menang pada harga reserve 69k dan BF Service Apt menang pada harga 125k dari harga reserve 90k. VL Apt dari harga reserve 64.9k naik kepada 76k, tewas. Permulaan yang baik untuk bulan ini, minggu2 yang mendatang juga, kami akan tetap masuk lelong. Tapi nak dapatkan kemenangan pada harga yang terbaik memang sukar.

Di lelongan tadi, berjumpa dengan rakan lama, Asraf Ali (Dulu aku panggil dia Asraf Sigmoid atau Edika Ali.. Hahahahah). Rupanya dia pun dah start beli rumah lelong untuk investment. Bagus Asrap. Cuma nasib hari ini kau kalah dengan client aku.. Heheheh

Minggu lepas aku ke lelongan CIMB di KLCC Convention Centre. Anjuran The Star. Acara lelongan adalah acara sampingan di samping booth2 penjualan rumah, booth bank dan agensi2 hartanah. Aktiviti lain, ada talk daripada nama2 terkenal seperti Azizi Ali. Sebelum lelongan bermula pada pukul 12.00 tengahari, aku sempat dengar talk Azizi Ali. 15 minit terakhir sebelum talk tamat. Apa yang aku sempat dengar, tentang strategi dalam membina kekayaan dan mempertahankannya. Katanya, untuk kaya kita perlu fokus, dan untuk kekal kaya, kita perlu diversify. Fokus bermaksud, kalau kita dalam bidang hartanah, kekal fokus membina kekayaan dalam bidang hartanah. Jangan campur adukkan dengan bidang amanah saham, MLm dan sebagainya. Hanya bila kita sudah berjaya, barulah kita diversify untuk strategi mengekalkan kekayaan. Buat masa sekarang, itu yang aku cuba buat. Kekal fokus dalam bidang hartanah. Di lelongan CIMB tersebut, aku masuk unit Kota Damansara. Dari harga reserve 54k naik kepada 72k, tewas. Hehhehh..

7 comments:

wakata said...

yeah first..
tahniah2!
BF 125k still berbaloi2..

MattDemon said...

wow..lama gak peminat2 menunggu update dari bro..demam rupanya...insya-Allah leh cargass kembali..:)

hairi said...

ni memang betul2 peminat dracula ni..nasib baik dracula jiwang.

samsul said...

BF aku dah ade penyewa.. Semalam masuk.. masyukk masyukk..

faris said...

Gila cargass.. Sabtu menang rumah.. Ahad cuci rumah.. Isnin tunjuk rumah.. Selasa terus dapat tenant ka? Cayalah..

samsul said...

ari sabtu pagi tu lepas auction terus cargas buat OPS pecah.. tgh dok tukar lock.. ade potential tenant lalu n nak sewa umah tu.. terus bayo booking sabtu tu n full deposit semalam bayo sbb nak masuk ari ni.. gila cargas aku cat and beli furniture. rezeki anak2

Anonymous said...

BRP DAPAT SEWA BF TU BRO?

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com