Wednesday, December 30, 2009

Lelongan Terhangat 2009

Lelongan hari ini merupakan penamat kepada lelongan tahun 2009 untuk Satu Solution. Hampir setahun kami dalam industri ini, kita lihat Carta 8 hartanah terbaik, teramai dan terhangat 2009 yang client2 Satu Solution selalu masuk.

1)Sri Penara
32 unit Sri Penara telah kami masuk tahun ini sahaja. Hanya 6 kemenangan dicatatkan. Sri Penara tetap mengungguli carta lelongan. Untuk bulan January nanti, 3 unit Sri Penara lagi akan di lelong. Harga terendah yang di perolehi, 58,500.00 manakala bidaan tertinggi yang kami menang, 73,000.00. Bidaan paling tinggi dicatatkan adalah 117k selain harga 80-88k adalah harga2 biasa yang orang luar sanggup bida untuk mendapatkan Sri Penara. Harga terbaik pernah dicatat, 58.5k yang baru semalam dimenangi, pada harga reserve menewaskan Tuanbri yang juga menang pada harga reserve, 60k.

2)Tiara Beach Resort
11 unit lelongan yang kami masuk. 6 berjaya di beli. Unit studio boleh didapati dibawah harga 80k. Unit Apt 2 bilik dalam lingkungan 90-110k. Unit2 TBR juga memang selalu masuk listing lelongan. Cuma dari segi harga, ramai yang tunggu harga reserve sekitar 70k untuk unit studio dan 90k untuk unit Apt. Bulan January juga ada 2 unit TBR untuk dilelong.

3)Teratak Muhibbah
Tidak sepanas Sri Penara. Kadang2 masuk lelong. 11 unit lelong yang kami masuk. Hanya 4 berjaya di menangi. Harga tidak segila Sri Penara. Masih boleh di beli bawah 65,000.00.

4)Vista Millenia
9 Unit di bida tahun ini. 6 berjaya di beli. Sebelum bulan Jun 2009, agak mudah untuk dapatkan unit VM di bawah harga 90k. Tidak lagi selepas bulan Jun. Kebanyakan pembida hanya masuk membida bila harga below 90k. Harga reserve terendah untuk unit VM adalah 51k dan lebih kurang 12 bidder masuk, akhirnya dimenangi oleh Wakata pada harga 88k. Harga terbaik dicatatkan, 80k dimenangi pada harga reserve oleh JuruUkur.

5)Lagoon Perdana
8 unit di bida tahun ini. 5 Berjaya di menangi. Kebanyakan unit dimenangi pada harga lingkungan 90k. Lagoon Perdana masih mempunyai 2 block yang belum siap. Kita tunggu tahun depan kalau banyak unit2 baru yang bakal di lelong di block2 baru tersebut.

6)Flora Damansara
8 unit di bida. Juga 5 berjaya di menangi. Harga terbaik dimenangi oleh Asrul, unit block D pada harga 55k manakala unit block F oleh Satu Solution pada harga 81k.

7)Pelangi Damansara
7 unit di bida. Hanya 3 berjaya di menangi. Unit2 di PD ini, tak menentu. Kadang2 boleh dapat harga reserve, kadang lawan sampai 70k ke atas, kadang tiada pembida langsung. Kes terbaru 2 hari lepas, Hafiz, client Satu Solution menang pada harga 74k dan 2 minggu sebelum itu Wan Azmi menang pada harga reserve 48k.

8)Cendana Apt.
7 unit di bida. Juga hanya 3 berjaya di menangi. Semenjak aku menang pada harga 67k dan kemudian terlelong semula, dan dimenangi kembali pada harga 67k juga.. tiada siapa yang boleh dapat harga seperti itu semula. Satu Solution juga pernah mencuba nasib untuk masuk, dan kalah pada harga 88k. Client Satu Solution, Palie menang pada 86k bulan lepas.

So.. aku dah bagi hint 8 property teramai yang orang masuk bid. Aku ambil kira jumlah unit yang client masuk, bukan ikut berapa pembida. Kalau nak ikut pembida, penara tetap unggul, satu unit kadang2 sampai 5 client dari Satu Solution, belum campur orang lain lagi.

Dalam seminggu aku tak update blog.. a few things happen. Perbincangan collaboration dengan big company masih berjalan. Sekarang Satu Solution sedang fikirkan macam mana nak sesuaikan dengan the big names yang kami akan collaborate ini. Lelongan seperti biasa, ada kalah, ada called off, ada menang. Percubaan Hafiz untuk lelongan ketiga berjaya, tetapi harga yang dimenangi agak tinggi. Apt Pelangi Damansara dimenangi pada harga 74k. Kesokan harinya terus kami buka rumah kerana rumah telahpun kosong. Rumah telah di renovate cantik. Bekalan air masih ada, api dah kena potong. Hafiz cargass sambungkan semula bekalan api dan telahpun mula iklankan sewa. Dah ada orang yang nak tengok rumah. Client SS Firdaus pun dah menang satu low cost di Puchong Permai hari ini, pada harga 46k. Pada aku, harga 46k masih lagi ok dengan kadar sewa sekitar 400.00-450.00. Monthly payment dalam lingkungan 200.00 sahaja.

Baru sebentar tadipun kami ke Penara yang Shukri menangi pada harga 58.5k. Rumah diduduki penyewa, dan penyewa bersetuju untuk sambung menyewa. Telah 2 tahun lebih penyewa menyewa di situ. Kadar sewa di naikkan dan penyewa bersetuju. Untuk tahun baru, Satu Solution akan mula ke acara lelongan 2 January nanti.

20 comments:

palie said...

1st ka..hehehe...
thanx u fariz dan bri..
insyaallah 2010 pulak...

Matjoe said...

Awesome success for 1 solution. Khidmat bagus.

bye the way, faris n other reader in this blog, aku buat perbandingan ASB ngan Unit trust.
Memang circle of investor yang aku kenal blog langsung xde mention pasal unit trust. hope bleh share opinion at my latest post here:

http://matjoe9498.blogspot.com/2009/12/asb-or-unit-trust-part-1.html

treec00l said...

Alhamdulillah, arini 31 Dis 09, esok dah 1 Jan 09 :)

trime kasih rakan2 SS di atas pengalaman & tunjuk ajar yg diberikan.

weh, aku berhutang briani lg ni. adus.

start tahun depan susah sikit nak lari2 dari opis, adus. huhuhuhu.

ojah said...

hehe thanks for the overview.... baru nampak kecargassan geng2 investors.. bagussss satu solution.. keep it up :D

carjunk said...

sikit lg carjunk nk joint masuk unit Penara semalam. disebabkan carjunk tak check lg condition umah tuh, tak jadi masuk bid. rumah yg nk masuk call off plak last minit. Rugi la plak.hehe.

Never mind.Rezeki ada di mana2. cuba lagi tahun 2010. amin!

wakif said...

Salam,

Tahniah SS coz dah sambut 1st annivesary... hope 2010 more success dan boleh tambah lagi rumah bawah SS management.

mailmat said...

Salam,

Nampaknya tahun ini makin cergas. tahniah atas kerja keras dan saya doakan anda semua akan terus berjaya.

bird said...

haha siap ada Carta Top 8 lagi..

tahniah Shukri dpt Penara 58.5k.. murah tu..

shooke said...

Thank you. alhamdulillah. rezeki dapat murah. tak sangka jugak sebenarnye akan dapat penara pada harga reserve. berkat kegarangan orang yang bidkan kot...hehehehe. anyway.. thank you satu solution. nanti kalau ade rezeki lagi boleh mintak tolong masukkan auction.

MattDemon said...

Thanks bro Faris for the info terhad nie...bagi yg baru berjinak-jinak ngan dunia lelongan, leh nampak la lubuk biasa kat mana. Tapi kena apply blue ocean strategy gak la...tengok timing terbaik untuk bidding. Juga cuba explore lubuk2 baru...:)

engkubujal2211 said...

tahniah...
sy mau guna khidmat SS...tp entah bila la agak nye boleh join..he3

to faris&tbr(tuan bri resort)
lubuk baru perlu d cari agar senang rp.... tp pasti kn ia tidak d bincang d sn.. bahya...
just my opanion

semperna tahun baru,sy ucap kn hepy new year....
eh tahun baru lagi ke????

Matjoe said...

dh 5 hari masuk tahun baru.
aper cerita SS??

kirana said...

wah siap ada carta lagik..caya lah!

zack said...

salam
saya baru belajar mengikuti blog2 investor dlm bidang hartanah ni. byk juga yg sy belajar.
saya nak tanya, Sri Penara tu dikira low cost ke? kalau low cost, tak ada masalah ke nak tukar nama? approval dbkl, syarat pemilik etc?

terima kasih.

Anonymous said...

salam,

nak minta pandangan tuan tanah... kenapa kebanyakan tiara unit yang masuk auction ni mostly block d? ada apa2 masalah atau observation saya silap?

tq

faris said...

@Zack : Penara memang low cost.. syarat pindah milik rumah lelong dengan rumah baru/subsale tak sama. Sebab tu ramai yang memilih rumah lelong bila nak beli low cost.. kalau nak beli subsale, kena patuhi syarat PBT.

@Anon: Base on case, dan past record yang awak boleh tengok di www.lelongtips.com, saya katakan, bukan mostly block D sahaja yang kerap dilelong. Semua unit boleh dikatakan sama banyak dilelong. Kenapa unit2 tersebut dilelong? Sama sahaja sebabnya, pemilik tak bayar installment bulanan pada pihak bank. Kes2 lain, pemilik diisytihar bankrupt lalu hartanah dilelong untuk dapatkan fund dan bayar hutang.

Anonymous said...

tq tuan,

atas reply yang sangat pantas.

studio unit dia ada banyak size, tuan mention boleh dapat bawah rm80k, tapi reserve price paling rendah rm70k, kalau tak silap saya. tak ramai yang masuk ke tiara ni? bukan antara yang terhangat? just curious...

tq in advance for reply... hehe

p/s: boleh share rp untuk unit yg ss berjaya bid dan harga menang for reference?

faris said...

@Anon : Harga Reserve tak semestinya bermula 70k, bergantung pada bank pelelong. 1-2 tahun lepas, ramai yang boleh dapat below 70k untuk unit studio. Pie sendiri dapat below 60k untuk unit studio. Tahun 2009 adalah tahun yang sengit untuk persaingan mendapatkan rumah lelong, maka terdapat peningkatan harga belian. RP 70k pun orang sebat membeli tanpa menunggu ianya turun lagi. Bulan ini ada unit studio RP 63k. Amacam?? Mau??

Anonymous said...

minat, tapi kalau dapat rp ok la.

one more thing, kalau letak bawah ss management macamana profit sharing? ada minimum guarantee return? owner still boleh duduk?

tq

Anonymous said...

oppps,

tertinggal. satu unit lagi rp rm80k and 506sqf tu betul ke ada 1 bilik? or is it a bigger studio unit?

tq

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com