Tuesday, December 22, 2009

Lelongan2 Minggi Ini

Lelongan2 minggu ini masih belum membuahkan hasil bagi client2 dan rakan2 Satu Solution. Pembida masih sanggup membida pada harga tinggi untuk hartanah2 di hot area. Di lelongan Resolution Alliance sabtu lepas, Endah Regal Condo terjual pada harga 174k dengan lebih dari 16 pembida. Low cost flat di wangsa maju dengan harga reserve 75k juga naik kepada 104k.

Di lelongan Ehsan semalam pun begitu juga. Unit di Putrajaya dengan lebih 10 pembida, dari harga reserve 75k naik lebih 100k. Penara called off. Teratak Muhibbah naik kepada 61k sahaja.

Untuk lelongan hari ini, percubaan ketiga Hafiz. Walaupun harga reserve 70k agak tinggi, beliau masuk membida, dan disahkan single bidder. Kegembiraan hanya untuk jangka waktu satu jam, bila pelelong Ehsan call hafiz semula untuk memberitahu yang unit ini sebenarnya telahpun called off. Pihak Public Bank lambat update info. Aku dah call pelelong juga untuk dapatkan kepastian, dan memang mereka akui Bank lambat update info. Implikasinya di sini, kalau bank teruskan pembelian, owner lama boleh saman pihak bank. Pada aku, cari property lain. Esok kita akan teruskan siri lelongan seterusnya.

*Ada member kita dalam masalah disebabkan loannya tak lepas. Bakal hilang wang deposit 10% bersamaan 6.6k tidak termasuk kos repair dll. Harga sewa memang baik dan rumah telahpun disewakan. Kalau masuk lelong semula, tak dapat harga RP. member kita ni pun dapat RP. Bantuan diperlukan untuk mengatasi kekusutan ini. More information boleh rujuk blog Pie.

4 comments:

-tuanbri- said...

rumah Mr. A ke ?

tu la...kan dah kata..
rumah dah cantik.penyewapun dah cantik.

Sebab tu aku pesan kat buyer, jgn excited sangat. Bagi settle dulu Loan application, baru repair rumah..so takde la kes camni


http://tuanbri.com

joefizi said...

takot yer dengan kes2 macam ni
hari ni aku pegi CIMB seksyen 18 shah alam,

die cakap komitmen cimb boleh amik sampai 70%.
(dalam ati aku cakap, biar betol banker ni, boleh caya ke?)
sifu2 aku cakap bank boleh bagi45%JER.

kene cek banyak cawangan rasenye. takot gak percaya pada satu cawangan jer

sourplum said...

byk tu 6.6k..
cane eh nk settle kn?
xle extend ke

LUKEMAN YUSOFF said...

Sesiapa yang 'berkelapangan wang' @ ada wang yang belum digunakan sama-samalah kita membantu sahabat @ Mr A itu...Hari ni hari dia, mana tahu esok-lusa hari kita pula...

Dunia ini bagaikan roda, sekejap kita di atas, sekejap kita akan dibawah. Ketika diatas beringat-ingat & lihatlah orang di bawah dan tika dibawah, berusaha dan belajarlah daripada orang di atas...

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com