Friday, January 8, 2010

Kemenangan pembukaan untuk 2010

Kehadiran pembida memang ramai hari ini. Lelongan Maybank sekarang memang terbahagi kepada 2 sessi untuk membezakan syarat2 lelongan. Syarat2 lelongan sama ada bank cover tunggakan sebanyak 10% dari reserve price atau bank tak cover langsung. Aku sampai setelah lelongan sessi pertama selesai. Pun begitu, di dalam bilik lelongan masih ramai orang. Di luar bilik lelongan pun ramai juga orang, di kalangan mereka yang dah menang auction sambil menunggu kontrak di tandatangani.

Kecik dan Hafiz Kajang dah ada di dalam. Peruzz pun ada, sedang khusyuk mendengar lelongan sambil menandakan harga bidaan pada listing lelong. Bidaan pertama untuk client aku, unit di Batu Caves, terdapat 3 pembida. dari harga 88.5k naik kepada 100k dengan tinggal 2 serius bidder. Bidaan terakhir aku pada 105.5k di tewaskan oleh the other bidder pada harga 106.5k. Belum rezeki Farid lagi untuk unit ini. Tiba giliran Kecik, untuk low cost di Cheras, pelelong mengumumkan nama Kecik dan mengumumkan only single bidder, tiba2 dibantah oleh seorang makcik. Rupa2nya ada 5 bidder untuk unit ini. Auctioneer Idaman hari ini macam blurr sikit. Dari harga reserve 38k makcik tadi menang pada harga 43k. Unit ni tak boleh bida tinggi2 sebab maybank tak tanggung langsung tunggakan maintenance dll.

Keadaan semakin lengang bila tiba pada lelongan First Auctioneer. Aku lepak sebelah Peruzz. Dia kata maklumat dalam listing tak sama pun dengan yang dilelong, sebab tu dia tulis note tempat lain. Aku tengok listing dia pegang, tarikh 22 January. Sebab tu la tak sama.. hahahah.. Peruzz pun blurr... Unit terakhir yang client aku masuk, dari reserve 131k dengan 2 bidder, di menangi oleh client SS pada harga 137k. Cayalah.. kemenangan pertama untuk tahun 2010.


10 comments:

Farid said...

huhhhhsss...baru duk berangan nak menang...Lum ada rezeki untuk year 2010.Sabar jela..

k3cix said...

walaupun kalah kepada makcik yang taknak ngalah...tapi aku diberi peluang mengangkat kipas 2 kali...hehe...tahniah makcik!!

Hizam said...

takpe farid & kecik.....blom ada rezeki lagi...dont worry banyak lagi yg best2 menanti!!

palie said...

insyaallah...kalo dah rezeki...xkemana.....cepat ngan lambat jaa...

wakif said...

good start for 2010!

Anonymous said...

aku pun kalah gak semalam...harga yg another bidder tu menang lagi tinggi dari RP past auction..malas la aku nak lawan lagi..

carjunk said...

Tahniah pd SS. Menang bergaya nih! :D

Anonymous said...

tahniah pd yg menang...

-remy

peruzz said...

tuan faris.. ite ari sy manyak rushing..taim keje loo.. menapak dr monorail bukit nenas tuh.. sampai2 trs ambek listing kt lift bawah tuh..

sampai atas.. gilos ramai org.. masa tuh..seingat aku..dl aku pegi situh.. takder la ramai camgituh..aku pk nk duduk dl..letih.. pastu perasan listing salah.. mls doh nk bgn.. hehe..

kecik & ok farid ..sila cube lg..
tahniah utk pemenang..
lama tak jumpe tuan faris..
sekarang bertambah sehakk...sehak sangat2... hahahha

Matjoe said...

mcm penah tgk tempat ni...
nostalgia membida cemara

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com