Sunday, January 10, 2010

Lelongan 9 January 2010

Lelongan pagi tadi bertempat di Ng Chan Mau. Sepatutnya kami masuk 5 unit hartanah, tetapi salah satu Penara telah pun called off. Ng Chan Mau penuh sesak hari ini. Memang ramai yang masuk membida. Kami bertarung untuk 2 unit Penara, 1 unit MC dan 1 unit apt di Shah Alam. Nija bertarung dengan 4 pembida lain untuk unit MC. Dari RP 93k, harga akhir 112k, Nija tewas. Untuk unit apt di Shah Alam, Nija menang harga reserve 50k.


Untuk unit Penara, dari harga reserve 60k, Matmin yang diwakili Macha Bri menang pada harga 77k menewaskan 7 pencabar lain. Bukan mudah nak dapatkan Penara. Sebelum ini aku ada cerita tentang kes yang menarik. Flashback kisah setahun yang lalu, ada 2 unit Penara yang di lelong oleh Eon Bank. Setahun yang lalu, harga Penara masih boleh diperolehi dalam lingkungan 60k. Aku dan Bri dah survey 2 unit tersebut, didapati satu unit kosong tetapi ada kesan simbahan cat meah di pintu depan, dan satu unit lagi berpenghuni. Unit berpenghuni di lelong oleh Federal Auctioneer dan unit kosong oleh Ng Chan Mau. Bri decide untuk masuk unit kosong. Pada hari lelongan, cuma terdapat 3 pembida yang membida unit kosong ini. Bri lawan sehingga 86k namun 2 pembida lagi masih bertarung. Harga akhir yang di menangi oleh pembida itu, 117k. Mahal gila... kami tak tau apa yang terjadi dengan unit tersebut selepas itu. Untuk unit berpenghuni pula, tiada siapa yang berminat untuk membeli. Time goes by.. 2 minggu lepas baru aku perasan unit tersebut dibuka semula untuk lelongan, pada harga reserve yang asal, 58k. Kali ini, client SS yang masuk. Unit ini juga terdapat 8 pembida. Harga akhir yang dimenangi, 80k. Client SS tewas. Gila apa nak beli mahal2.. Moral of the stories.. jangan beli mahal2.. Jadi, untuk hari ini, kami menang 2 unit.


Balik dari auction, aku terus ke pejabat SS. Meeting ALP Koop. A few agenda untuk 2010 dan pemilihan ahli2 baru dibincangkan. Koharta akan mula buka akaun bank tak lama lagi, kemudian Koharta akan mula collect funds dari ahli. Beberapa projek dibincangkan. Tunggu je lah bila nak start..


Petang tadi pula, aku ke Puhong Permai dengan Firdaus untuk jumpa owner rumah yang dimenangi end December hari tu. Masa Firdaus survey rumah, tiada orang di rumah. Hasil pertanyaan dengan jiran2, mereka kata owner yang duduk sendiri. Hari ini kami datang lagi. Ada orang di rumah, tapi owner tiada. Cuma anaknya sahaja yang ada. Anaknya baru habis SPM dan bekerja sebagai security guard. Katanya bapaknya driver lori. Kadang2 balik kadang tidak. Mak dah tiada. Adik2 ada yang masih kecil. Aku budget abang sulung dia ni la yang jaga adik2 dia. Aku tinggalkan no contact kita orang untuk bapak dia call.. untuk perbincangan lanjut.

7 comments:

Anonymous said...

faris,

shah alam 50k tu kat mane>?

joefizi

Wida said...

Gambar ALP Koop tu aku nampak Pie.. Juruukur.. Bling.. baju biru muda tu Tuah ke.. tak nampak dari belakang.. Baju biru tua n yg pegang tepon tu sape? Aku tak pernah jumpa..

peruzz said...

jom main teka2 siapa dia.. haha..
sebelah kiri tuan pengerusi koharta.. incik el.. sebelah kanan tuan pie lak.. incik anuar...
tuah lak.. tgk jawab call tuh.. org mau sewa tbr masa CNY nanti..hahaha
ada betui kaa.. kalo betul dapat adiah x?

Wida said...

Ooh.. ni ke Encik El yang glamer tu..

Saya tak pernah jumpa Encik El dan Encik Anuar.. salam perkenalan.. :)

KEOWN said...

sengit betul sekarang nie yek.... dulu kondo leh dapat 80k.. sekarang.. 0k rege kondo penara.... mmm

Matjoe said...

penera hot sebab location hot. lgpun mmg dh femes kt blog para belabur property. above 8ok sudah dikira stupid move

Matjoe said...

faris, tak balik dr s'pore lg ke.
apsal laa awal sgt abiskan TT tue.
aku ade story pasal TT aku yg phailed kt latest entry aku

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com