Saturday, January 23, 2010

Lelongan Eon Bank Hari Ini..


Lelongan hari ini mencatatkan beberapa kejutan. Aku ke lelongan Eon Bank pagi ini untuk membida satu unit, manakala sepatutnya client aku datang sendiri untuk membida satu unit lain. Ng Chan mau penuh sesak hari ini dengan kehadiran pembida. Aku perasan sesuatu, tak ramai Melayu pada hari ini. Aku dapat rasakan beberapa hartanah Bumi Lot akan dapat pada harga reserve price atau pun tiada pembida. Lebih kurang pukul 10.30 pagi lelongan bermula, di mulakan dengan Federal Auctioneer. Unit Penara 45k mendahului senarai. Aku nak nampak muka client aku yang sepatutnya datang membida Penara. Pelelong mengumumkan single bidder untuk unit Penara 45k. Haih.. beberapa agent bertanya pada aku, bukan ini area kau ke?? Hahahahah.. nak buat macam mana.. pembida tak datang. Kalau no bidder, memang aku masuk.. 45k!! Unit Block C!! Perrgghh…

Seterusnya, satu apt di Bandar Sunway yang client aku masuk, terdapat 34 pembida. Hanya 1-2 nama yang aku kenal pasti Melayu. Yang lain Chinese. Aku dapat rasakan kekalahan. Lelongan terdahulu untuk unit di sini, harga naik kepada 140k dari RP 120k. Itupun bank tak tanggung maintenance. Sekarang, yang melelongnya Eon bank, mereka tanggung tunggakan maintenance. Bila lelongan unit ini bermula, pembida pertama menggunakan teknik Bri untuk mencantas. Beliau membida untuk 170k. Hahahah.. teknik cantas yang membuatkan ramai tewas. Pertarungan disahut 2-3 kerat sahaja. Harga akhir jatuh pada 202k untuk apt di Sunway ini, walaupun market value sekitar 180k. Dah la tingkat 5, walk up apt. Gila haper.. Tamat la riwayat aku untuk lelongan hari ini. Carjunk turut membida satu unit di area PJ, dan tewas juga. Apt lain yang menarik perhatian ramai, ialah satu apt di Subang, dengan 42 pembida. Dari harga 220k naik kepada 335k. Lepas selesai lelongan apt di Sunway ini, habis lengang bilik lelongan.

Yang bernasib baik hari ini ialah Bri dan Pie. Bri ke lelongan CIMB di Seremban dan Pie di lelongan CIMB di Melaka. Mereka berdua ada mencatat kemenangan. Kira ok la ada 4 unit yang di menangi hari ini. Semalam punya lelongan pun tiada hasil. Pagi semalam aku lelongan Maybank, terpaksa berlawan dengan pemaju untuk unit di Kajang. Kalau pemaju dah masuk line, memang tewas la.. petang pula, sepatutnya ada 5 unit yang perlu di bida, 4 called off dan satu tewas. Tiada hasil juga untuk hari semalam.. kita tengok minggu depan punya cerita pula macam mana nanti.

12 comments:

kayzen said...

xdak rezeki la dude...

Farid said...

Hahaha..Macam2 citer kay bilik lelongan.Tempat se hot penara pun leh dpt RP..45K tu bebbb.Rezeki lah sape yg masuk.Apapn,aku mcm biasa...rezeki xder.Kne mandi bunga nihhh..hahaha..Apapn,tq Faris coz tolong bidkan untuk aku..

palie said...

farizd..xbalik johor ka??
sultan mangkat...

Nija Amri said...

:)
xdek rezeki, nak wat camner...
aku bgn lambat...
dah gitau kat bri pun 50-50 masuk ke idak hehe

palie said...

xpa..mungkin rezeki tempat lain

kelang said...

wow 45k...

Anonymous said...

1st time masuk dpt RP..ingt tuan bri da lambat dah..salam kenal dari silent reader..


akay @ kamal

faris said...

@Palie : Sedih aku Sultan Johor dah mangkat.. Sultan favourite aku.

@Nija : Apa nak buat.. tiada rezeki.

@Akay : Tahniah.. minggu depan pecah rumah jom.. Hahahah

Anonymous said...

ari apa tu..mau ejas cuti..rumah tu sudah 2 taun xde org duduk..meter air n letrik sume da xde..kat pintu penuh ngan tangkal..huhuhu..



akay @ kamal

carjunk said...

Takde rezeki ler. Ingat leh dpt RP sbb umah tak famous.hehe. Mamat yg menang tuh plak bajet tinggi. jadik aku pun saja kasi harga up lg..hahaha

Tp lelongan kali nih gilos ler. Harga tak masuk akal. yang untung, mamat yg beli Penara. takde org masuk.hehe

kimi said...

jual kat aku lah.

kimi said...

contak aku 0123456940

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com