Sunday, January 24, 2010

Masalah lepas buka rumah..

Semalam, lepas habis auction, aku gerak ke Puchong untuk buka rumah bersama client aku. Condo ni di menangi awal January yang lepas. Dari survey awal aku, tiada siapa di rumah. Aku tak dapat nak check meter TNB atau air sebab meter room berkunci. Dari bacaan meter air, minimum charges sahaja. Aku anggap tiada orang tinggal di situ lagi. Nak buka rumah, agak sukar. Ambil masa lebih daripada satu jam. Bila rumah dah siap buka.. fully furnish juga. Tapi dapat rasakan masih ada orang tinggal. Lantai tak berhabuk... barang2 dapur kebanyakannya dah expired bertarikh 2008 dan 2009. Tiada bukti2 baru bertarikh 2010 dalam rumah. Hati memang la tak sedap. Sembang2 dengan jiran sebelah, katanya orang Melayu yang duduk rumah ni, tapi jarang2 balik. Rumah ni atas nama Cina. Mungkin penyewa yang duduk. Kami tinggalkan notis untuk penghuni hubungi kami. Sehingga sekarang belum sesiapa yang hubungi. Itu baru masalah no 1..

Masalah no 2 pula.. petang2 sikit Khairul ajak aku buka rumah sewa dia di Serdang. Penyewa dari Yemen tinggal di sini. Kata khairul, diorang ni bayar tak ikut bulan. Kadang2 bayar untuk 6 bulan terus, kadang2 3 bulan terus. Sekarang ni dah 2 bulan tertunggak. Diorang pun dah tak dapat di hubungi. Mungkin diorang tinggalkan rumah tu macam tu sahaja. Aku dan Khairul gerak ke Serdang. Ops buka rumah lagi. Sembang dengan jiran2 diorang pun kata dah lama tak nampak penyewa tu. Nak buka pad lock pun ambil masa lama. Tenaga aku dah banyak habis tengahari tadi. Lebih kurang sejam, baru dapat masuk rumah.. Keadaan memang teruk.


Macam kena tsunami.. Khairul decide untuk suruh aku bersihkan balik rumah tu, dan nak mula iklankan semula. Bukti pendudukan terakhir mungkin dari roti gardenia berkulat bertarikh 5 January. Barang2 penyewa masih banyak lagi. Aku dengan Khairul pun berbelah bagi.. ragu2 juga penyewa akan balik semula atau tidak. Tapi Khairul tetap nak teruskan juga. Ok.. aku follow..


Petang tadi handyman aku gerak ke Serdang untuk settlekan rumah ni. Bersihkan dah selesai, repair apa yang patut dah selesai, last job nak buat cuma tukar tombol pintu depan. Sedang tukar tombol, tiba2 6 orang Yemen sudah balik rumah daa... Hahahahah. Kena marah juga handyman aku. Tapi dia tak cuak la.. dia suruh Yemen tu call aku. Aku mintak yemen tu bincang balik dengan Khairul, akhirnya Yemen tu masih duduk situ la.. tapi rumah dah siap bersih. Barang2 diorang pun dah siap packing. Heheheh..

11 comments:

Wida said...

Ala2 macam problem rumah aku dulu..

chop said...

abis tu ending cerita macamna faris

askrool said...

aku rasa gembira jugak yemen tu ada org tolong kemas rumah ....

bling2 said...

pastikan tenancy agreement clear dgn term n condition
lagi2 sewakan dgn foreigner
masukkan term 2 bulan x bayar owner ade hak pecah masuk n clearkan rumah


masalah macam ni jgn ambil mudah
sekadar mengingati

carjunk said...

Ayo yo.. ini mcm punye hal pun ada.
Cian owner. Yang best, tenant tuh ler. Ada org tolong kemaskan umah. claim jer la kat tenant tuh.hehe!!

p/s: kasi jer notis kat tenant tuh. kalo lepas nih tak bayar on time, kasi kuar.hehe. nk best letak jer iklan sewa umah kat depan umah tuh.hahaha

Matjoe said...

entry yang menarik. best laa org yamen tu, rumah sudah bersih.

semua keje ada masalah beb.

Matjoe said...

aku baru perasan rokok yemen. apa laa rasa dia...

MattDemon said...

pengotor lebih kurang sama ngan student kita...haha

khairul98 said...

klakar pulak aku dengar..kalu buat filem...dilakunkan oleh team DOREME...box ofis tuuhh..

Anonymous said...

Faridz..call aku balik! -paddle 15-

syada said...

ceh..hampeh..org yemen tu tau2 umah dah bersih..aha..

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com