Monday, January 18, 2010

Singapore Trip & Lelongan Hari Ini

Malam sebelum bertolak ke Singapore, Aku dan Bri sempat ke Kota Kemuning untuk Ops buka rumah client yang baru menang lelong seminggu yang lalu. Nak buka rumah tiada masalah. Air masih ada, cuma bekalan elektrik telah tiada. Dalam kegelapan, dapat lihat rumah ada sedikit sampah sarap sahaja. Lepas cuci dan masukkan bekalan elektrik, memang boleh sewakan. kemudian baru gerak ke Ramal Junction untuk TT. Lebih kurang pukul 1.30 pagi TT pun tamat. Aku dan Tuah ikut Pie balik Lavender. Pukul 6 pagi nak gerak ke Singapore. Lebih kurang pukul 2 pagi, Matjoe pulak sms aku, tanya TT ada lagi tak. Heheheh.. dah habis la geng.. Next time sila sms sebelum kau gerak dari rumah.

Di rumah Pie, Pie ngan Tuah layan tidur, jap lagi Pie nak drive.. aku layan movie. Pukul 4 lebih Bling2 pulak sampai rumah Pie. nak layan PS3 tak reti nak bukak, layan astro saja la.. Pukul 6 pagi semua dah bangun, mandi.. terus gerak ke selatan tanah air.. Dalam kereta, layan borak2.. masing2 tak mengantuk lagi.. pagi2 pun dah ada kemalangan jalanraya melibatkan bas dengan lori.. jalan belum jammed lagi.


Kami sampai JB lebih kurang pukul 9 pagi. Baru terhegeh2 nak keluarkan duit dan tukar duit. Lepas selesai tukar duit, sarapan dulu di kedai mamak. kemudian baru gerak ke Singapore. Masing2 tiada borang putih kemasukan ke Singapore. Aku minta dari imegresen Johor, diorang suruh minta dari Imegresen Singapore. Sampai di Imegresen Singapore, passport tiada borang putih, kami kena ikut satu pegawai Imegresen ke pejabat mereka. Isi borang di sana. Disebabkan Pie first time bawak kereta wira dia ke Singapore, kena beli Autopass. Selesai urusan di pejabat imegresen, terus masuk que semula untuk pemeriksaan kastam Singapore. Pie tersalah lorong, masuk goods to be declare lane. Pegawai Imegresen di lane tersebut, mukanya ketat2 belaka. Habis satu kereta kena inspect. barang2 pun kena selongkar. Heheheh.. Selesai masalah pertama.

Kalau aku pergi Singapore, aku bawak adik aku. Aku memang buta jalan2 kat Singapore ni. Kali ni, ada gps. Itupun bila dah sampai Jurong baru gps berfungsi. Destinasi pertama, ke Motoworld. Pie nak cari barang exhaust motor. Hampa bila harga tak murah sangat dan Stock pun tak banyak. Terus shoot ke Jalan Besar.


Di Jalan Besar ni, kami habiskan masa dari tengahari sampai malam. Memang habiskan masa di kawasan ini sahaja. Mula berjalan2 sekitar Jalan Besar untuk cari kedai helmet. Pie dan Tuah yang kecewa di Motoworld terus kecewa bila di kedai Regina pun tiada stock helmet agv. Sampai ke petang jalan2 di Jalan Besar, kami ke Sim Lim Square untuk tengok barang2 elektrik. Makan dulu di Burger King. Tak jumpa barang2 yang menarik di Sim Lim Square..


Untuk tidak pulang dengan tangan kosong, Pie beli juga helmet. Budget nak jual semula.. kemudian dari Jalan Besar, kami ke Jalan Syed Alwi untuk ke Mustaffa Centre. Sebelum2 ini aku ke Mustaffa Centre cuma pergi tempat2 tertentu. Tak pernah pergi bahagian pakaian lelaki, electrical dept dll. Hari ini habis semua aku ronda. Beli DVD player untuk anak aku, perfume untuk wife aku.


Sebenarnya diorang ni semua nak pergi Arab Street nak makan murtabak Singapore. Masing2 tak tau jalan, layan murtabak mamak dekat dengan Mustaffa Centre sahaja. Milo Dinasour kalau kat JB, Milo tabur.. standard la.. JB lagi murah. Balik JB aku dah ngantuk gila.. seharian jalan kaki ke hulu ke hilir.. Naik kereta, aku pass gps pada Tuah. Baru sampai Bukit Timah, gps habis battery. Aku cakap ngan Pie, follow singboard Woodland sudah.. hahah.. dekat2 nak sampai causeway Pie gerak, nak sampai Imegresen dah. Balik takde problem dengan imegresen. Tuah je yang cuak, buang tag harga, sorokkan perfume dia takut kena tax.


Sampai JB di New York hotel, lebih kurang 9.45 malam. Terus check in, mandi jap.. Jeguk call. Geng2 JB dah tunggu kat Banafe Village. Lepak ngan Jeguk, Hangtoshi, Sepul_jb rumput2 advanture dan Zul. Geng2 JB makin berkembang, cuma belum ramai macam geng KL. Itupun bagus, kurang persaingan. Makan malam, Hangtoshi payungkan, terima kasih. Lebih kurang pukul 2 pagi, masing2 dah ngantuk.. balik hotel.. tido..


Pagi2 pukul 10.00 Pie ngan Tuah datang bilik aku.. nak kejutkan suruh balik KL.. hahah.. Mandi2.. terus gerak balik KL. On the way.. singgah di Batu Pahat, makan Nasi Beriyani, gerai Mohd Shah. Memang layan betul la.. harga pun tak la mahal sangat. Nasi Beriyani kambing RM6.00 sahaja sepinggan. Aku tapau 2 bungkus bawak balik KL. On the way balik KL aku ngan Bling2 sambung tido lagi.. heheh..

Penat jalan2 kat Singapore tak hilang lagi, hari ni pukul 10.00 pagi baru aku bangun tido. Check email, layan listing dll.. tengahari baru aku buat bank draft. Pukul 3 petang ada lelongan di PAH dan Ehsan. Aku ke PAH untuk bida TBR dan Bri juga bid untuk TBR dan unit Putrajaya di Ehsan. Keputusan hari ini, kalah semuanya.. Unit TBR 63k naik kepada 70k, unit 80k called off, Putrajaya, satu called off dan satu lagi ada 19 pembida. Dari 75k, harga akhir 114k.

9 comments:

Goldman said...

Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com.

Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

Terima kasih.

cengkok said...

lain nampak komen ngan posting.
takziah yg kalah...susah mau cari makan harga rendah..nk dpt tbr below 70k pun pyh..x sangka putrajaya 750 kaki leh pergi more than 100k..mv mcm mn.kan kena top up byk..x paham aku

palie said...

biasa la cengkok...duit bukan alasan depa tu...giloss...

Matjoe said...

@goldman - ni tanah untuk dirikan rumah, bukan utk mendulang emas. nnti sifu faris marah aku taktau...

@cengko n palie - depa ada duit biaq pi kat depa.

azlie said...

murtabak kat arab street tu restoran victory name die, mmg sedap, tapi bkn btul2 kat arab st tapi kat jalan2 kecik kat area situ, x igt dah, pegi masa boxing day aritu..

btw aku wife dgn baby pun takde disembarkation form (borang putih) masa masuk singapore aritu.. tapi xdela smpi kene ikut masuk pejabat imigresen.. isi dkt lane tu je, diorg pun layan ok je.. korg muka mcm smuggler kot hehehe..

zul_jb said...

salam...
tak sangka, TT dengan old-boy EC rupanya. hehe. nak cerita bnyk segan lakk, sbb lepak dgn otai2. last2 bukak cerita psl sekolah. haha.

bling2 said...

sume yg pergi muke pecah rumah mmg la suspek...

nasib baik dlm bonet kete xde cutter.. haha

sorang pon xnk amik pic awek 7e s'pore... keciwa tuah.. haha

hari malang utk tuah

cayalah...
spam? hehe

abdhakim said...

adeih bila laar sy nak pi singapore nie,

padahal sebelah kampung mak jer

but its a good info n idea nak pegi mana pasnie

hurmmm...

Osman raheem said...

I am a private loan lender which have all take to be a genuine lender i give out the best loan to my client at a very convenient rate.The interest rate of this loan is 3%.i give out loan to public and private individuals.the maximum amount i give out in this loan is $1,000,000.00 USD why the minimum amount i give out is 5000.for more information contact us Email osmanloanserves@gmail.com

Your Full Details:
Full Name :………
Country :………….
state:………….
Sex :………….
Address............
Tel :………….
Occupation :……..
Amount Required :…………
Purpose of the Loan :……..
Loan Duration :…………
Phone Number :………
Contact Email osmanloanserves@gmail.com

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com