Thursday, January 21, 2010

Survey rumah.. Buka rumah..

2-3 hari ini, kerja aku cuma survey rumah dan buka rumah sahaja. Pun begitu, tak masuk lelong pun. Setakat survey sahaja. Disebabkan outstanding maintenance terlampau tinggi, tambahan pula bank pelelong tidak mahu menanggung tunggakan tersebut, lebih baik cari hartanah lain. Reserve price hanyalah 60k++ berbanding market value 150k++ dan tunggakan maintenance 50k++. Haih.. lebih kurang 12 tahun tiada bayaran langsung dibuat kepada pihak maintenance. Walaupun lokasi cantik, harga murah.. tinggalkan sahaja.

Hari Isnin malam yang lepas, penyewa rumah yang SS manage beritahu, bekalan air telah dipotong kerana tunggakan maintenance unit tersebut belum dijelaskan. Semalam aku dan Bri cuba selesaikan masalah tersebut. Sebenarnya bekalan air tidak di potong, Cuma terdapat gangguan bekalan air sehingga pukul 4.00 pagi sahaja. Maintenance office yang dikendalikan oleh pihak JMB pula hanya di buka setiap hari Ahad dari 10.00 pagi sehingga 2.00 petang. Jadi, kami tak dapat nak settlekan lagi tunggakan maintenance. Bekalan air tidak di potong pun sebenarnya. Bikin gempak saja.. penat kami ke Shah Alam nak settlekan.




Hari ini, pergi survey rumah lagi, dan petang tadi pergi buka rumah yang client menang beberapa hari yang lepas. Hari tu Kecik ada bagitau nak masuk unit ini juga, tapi last minute tak jadi. Jadi, client ini menang pada harga reserve. Setelah unit di buka, eerrgghh.. fully furnish. Dari semakan awal, rumah memang tidak diduduki lagi oleh owner. Dari bill2 yang terdapat di rumah, paling terbaru pun bertarikh tahun 2007. Lebih 2 tahun di tinggalkan kosong. Habuk pun agak tebal di luar dan dalam rumah. Menguntungkan sekiranya owner tidak dapat dikesan lagi. Barang2 pun cantik.. rumah pun cantik. Build in wardrobe di semua bilik, kitchen cabinet, meja makan, tv, sofa, cabinet, washing machine, peti sejuk, katil, tilam.. semua ada. Kain baju pun ada juga.. kalau nak pindah terus pun boleh.

Beli rumah dapat hadiah... Set Periuk.

Tengok lantai.. Habuk tebal..



Selesai di Kepong, gerak ke Shah Alam untuk siri survey rumah lagi. Agak2 dah nak malam, aku gerak ke Bangi pula. Lepak dengan Kayzen dan Ezrin. Mamat 2 orang ni tak sabar2 nak masuk lelong. Ada 2-3 biji lagi rumah lelong yang diorang nak beli. Sambil makan sambil bincang listing2 bulan Januari. Ada beberapa yang disenarai pendekkan, dan ada yang berdekatan dengan Bangi. Lepas makan kami cargass pergi survey unit terbabit. Harga memang murah. Boleh dikatakan 50% di bawah harga pasaran. Sesampai di unit terbabit, lampu terang benderang, pintu hadapan tidak tertutup rapat. Banyak kasut bersepah di luar unit. Dari luar pun dah boleh nampak dalaman rumah, cuma tak nampak orang. Kami ketuk pintu, keluar lelaki Cina yang tidak boleh berbahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris. Dia panggil kawan perempuannya yang boleh berbahasa Inggeris. Boleh ke hapa.. lebih kurang sama je.. Tanya tenant ke owner.. dia tak tau owner tu apa.. tenant tu apa.. tapi, dari apa yang kami faham, diorang student, sewa 1k sebulan.. owner datang kutip sewa tiap2 bulan, diorang datang dari China. Ok.. Kayzen confirm masuk unit ini. Selamat berjaya..

13 comments:

Farid said...

1st...heheh,

Memang berbaloi2 la beli umah dah fully furnish..Rezeki2..
Xkurang juga beliumah n ready tenant..1k beb sewa tu..Mana mau cari..Apapn,Gud luck pada kayzen.

Wida said...

Cantik rumah..

~tuah.rimbun~ said...

kasi cuci terus buat homestay...\
rezeki la tu, fully furnish + baju2..

Ju@Lucky^Mummy said...

pergh.. giler best la umah fully furnish tu... rezeki besar punya!!!

Yop said...

Nak tau tunggakan maintenance check ngan bank atau auctioner?

MattDemon said...

wow...marvelos oo fully furnish...tahniah kpd yg dapat..:)

k3cix said...

tahniah2....walaupun fully furnish...aku tak rase terkilan sangat sbb tak jadi masuk...hehe...

Matjoe said...

arak tu kau simpan. lagi lama lagi mahal. dh tahun2020 ko jual balik. mesti dh nilai ribu2

tahniah pememang umah fully furnish

payed4115 said...

perghhhh.... fully furnish tu... untung banyak la owner baru ni... kawe tunggu duit OD jer, ader rezeki nak cari area shah alam gak

Mohd Fadzly & Intan Azanni said...

Salam,sy baru terbaca blog ini,sangat interesting.sebenarnya baru nak belajar tentang hartanah ni,klu ade property di sekitar bangi minta sampai2kan la ye,fadzly 019-2685724

ManFx said...

salam. masih baru dlm bidang nie. tgh nuntut ilmu. 2 soalan tuan:
1. mcm mn nak check kos maintenance dan siapa perlu bayar.
2. lepas menang auction terus boleh masuk rumah ke? depa kata kena tunggu loan lulus dulu. kunci masih dgn owner lama.
tq tuan.

faris said...

12th.. hahah..
@Yop : check dengan maintenance office. Bank atau auctioneer tak tau.

@ManFx : Check syarat2 lelongan (POS & COS) untuk tahu syarat2 bank cover maintenance tertunggak atau tidak. Ikut procedure, tunggu loan disburse baru masuk rumah. Kunci memang dengan owner lama. Bank tak ambil tahu pasal kunci.

ManFx said...

apa hukumannya jika ada org report kita ceroboh. sy ada beli rumah lelong 5 hari lps. teringin nak masuk utk bersihkan rumah sblm valuer dtg spy nilaian lebih tinggi. mmg xde penghuni. cuma ada perabut skit2 yg dh berhabuk. tgk surat2 pn yg tarikh tahun 2007.

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com