Saturday, January 30, 2010

Tamat Lelongan Januari

Semalam adalah siri lelongan terakhir untuk bulan Januari. Aku ke Tancorp uruskan 3 unit yang perlu di bida untuk client dan Bri ke NCM untuk urusan bida 1 unit hartanah untuk client. Di Tancorp, lelongan semalam adalah untuk Alliance Bank dan Ambank. Satu unit yang sepatutnya client aku masuk, called off. Kecewa lagi Nija.. heheh.. 1 down.. 2 to go.. unit DVT yang Nizam masuk, sepatutnya tiada tentangan. Dengan RP 90k, aku rasa pembeli belum berani masuk. Tapi kalau next auction pada harga 81k, aku rasa mungkin akan ada pembeli berani masuk. Jadi, Nizam mencuba untuk membida pada harga 90k. Satu lagi unit di Seri Kembangan, harganya agak murah. RP 94k. Ada 2 client aku masuk. Hasil risikan dengan agent lain sebelum lelongan bermula, terdapat 4 pembida. Hasil perbincangan, Farhan sanggup compensate bidder lain untuk dapatkan pada harga RP atau mungkin menghampiri RP. Bila lelongan bermula, seperti di jangka, unit DVT dimenangi pada harga RP dan unit Seri Kembangan, pelelong menetapkan harga bermula pada 96k. Farhan menang pada harga 96k. Hanya satu unit di KL yang mencuri tumpuan, dari RP 270k, dengan hanya 2 pembida, harga akhir menjadi 314k. Unit Putramas Condo. Selain dari itu, unit Desa Mentari 60k pun orang beli juga. Untuk bulan Januari, SS bermula dengan baik, dengan 10 hartanah berjaya di bida. Tapi bila aku sembang2 dengan agent lain, diorang punya sales lagi hebat. Bulan ini, 30 unit yang berjaya di bida. Itupun diorang kata tak cukup bagus. Di NCM, Bri tewas.

Selesai lelongan, sementara menunggu kontrak siap, Farhan tanya aku tentang loan. Sama ada nak buat shorter tenure atau longer tenure. Pada aku, aku prefer longest tenure. Untuk masa sekarang, a few banks boleh bagi loan sehingga umur 70 tahun, atau loan sehingga 40 tahun. 2 sebab utama kenapa aku pilih longest tenure..

1) Minimumkan monthly payment, Maksimumkan monthly cashflow.

Sebagai contoh untuk loan amount 87k. Ambil kira interest rate pada kadar 4%pa. Dengan loan tenure selama 30 tahun, kita membayar 415.00 sebulan, Dengan loan tenure 40 tahun kita membayar 364.00 sebulan. Ada perbezaan sebanyak 50.00 sebulan atau 600.00 setahun yang kita boleh guna untuk bayar cukai taksiran, dan menanggung sedikit maintenance fee bulanan. Pada aku, dengan longest tenure juga, kita dah tetapkan nilai bayaran bulanan paling rendah setiap bulan, yang mana kalau kita nak cepat habiskan hutang rumah, kita juga ada option untuk bayar lebih (dengan syarat extra payment goes towards the principal) atau kita cuma ikut bayaran bulanan.

2) Minimumkan komitmen dengan bank, maksimumkan ruang untuk meminjam.

Kerana kebanyakan kita suka menggunakan konsep menggunakan OPM, kita perlu kira komitmen bulanan kita dengan kelayakan meminjam yang bank tetapkan. Kita perlu minimumkan komitmen bulanan untuk kita mempunyai ruang yang selesa untuk meminjam lebih banyak pinjaman perumahan,mungkin untuk 4, 5 atau 10 buah hartanah.

Atas 2 sebab utama itu, aku suka buat longest tenure untuk pinjaman perumahan. Hari ini, Sabtu, tiada lelongan kerana cuti umum Thaipusam. Hari Isnin pun tiada, sempena cuti umum Hari Wilayah. Rabu atau Khamis depan baru start turun lelong. Weekend, macam biasa, ada kerja post auction perlu dilakukan. Mungkin ke Genting dengan Renza nak usha unit yang dimenangi minggu lepas, dan juga ke Seremban, untuk buka rumah Kamal yang dimenangi minggu lepas juga.

*Masalah rumah yang aku buka minggu lepas belum selesai lagi. Masih menunggu penghuni menghubungi aku.

7 comments:

Nija Amri said...

Cuba lagi minggu hadapan...

MattDemon said...

saya sangat setuju ngan pandangan sifoo Faris..!!.:)

Anonymous said...

en faris,

aku dah lama bersabar,
hari kemenengan ku akan tiba nanti

joefizi

Anonymous said...

Asyik update lelong jer... update la rumah2 yg under SS maintenance. apa progress..... :P
-paddle 15-

Matjoe said...

10 umah menang. wow. all the best bro.

why i like it longest - totally agree

mohdnadzrul said...

Gibam aku nak tanya pendapat kau...kalau aku nak jual rumah aku agak2 ok tak? aku malas naks impan rumah lagipun aku tak duduk...apa cadangan ko boleh bg kat aku

nijoe said...

saya cadangkan awak jual dgn harga murah yg amat kat saya...ader stuju? hehe..

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com