Friday, February 12, 2010

Cerita Lelongan Minggu Ini



Dalam masa hampir setahun, setelah kemenangan terakhir yang di catatkan oleh Farid adalah pada 25 March 2009 untuk rumah Koi Tropika, akhirnya semalam, selesai juga misi Farid untuk mendapatkan hartanah ke 3 melalui lelongan. Ke 3 melalui lelongan, yang tak melalui lelongan aku tak tau.. heheh. Dalam tempoh masa dari March 2009 sehingga semalam, memang banyak siri lelongan yang Farid masuk, di wakili aku, semuanya hampa. Pelbagai tempat hot lain di masuki, tewas atau called off kesemuanya. Ya.. bukan mudah untuk dapatkan hartanah lelong sejak tahun 2009. Persaingan semakin sengit, apatah lagi dengan kehadiran bayak hartanah lelong, perkembangan network dalam bidang hartanah, kehadiran pelabur2 baru,, kemunculan blogger2 hartanah yang turut merancakkan, mewar-warkan dan menceritakan tentang pelaburan hartanah. Dan semalam, Farid turun sendiri untuk membida, dan kemenangan berpihak kepada beliau. Saingan sebenarnya sengit disebabkan terdapat 5 pembida dan salah seorang pembida adalah pengumpul apt di Bt Caves tersebut. Sebelum2 ini memang kami tewas kepada pembida ini. Hanya kerana pihak pelelong menyatakan kemungkinan terdapat kaveat bagi hartanah ini, pembida2 lain agak goyang untuk membida lebih tinggi. Dari RP 72.9k harga akhir 95k. Kalau kita bercerita tentang sejarah.. dulu2 apt di Bt Caves belakang Giant ini boleh di beli pada harga sekitar 60-70k sahaja. Itu dulu..







Aku hanya turun untuk membida satu unit sahaja. Keadaan di Tancorp, macam biasa, mengantuk disebabkan kelembapan proses lelongan yang dijalankan. Apt di Sepakat Indah, macam biasa, walaupun RP 66k, harga akhir 90k. Memang tak boleh dapat harga rendah secara teorinya. Secara praktikal, kadang2 boleh sahaja dapat harga rendah kalau dah rezeki kita. Selesai tandatangan kontrak, aku, Peruzz dan Farid gerak ke Pejabat Tanah Gombak untuk memeriksa kaveat. Agak lama kami di Pejabat Tanah kerana kami tiada no geran. Kena talipon lawyer dan pelelong untuk dapatkan maklumat. Makan tengahari dulu dan Bri join kami kemudian. Lebih kurang pukul 3 petang baru selesai urusan di Pejabat Tanah. Itupun kami tak dapat pastikan kaveat kerana status hartanah masih lagi berstatus master title. Terdapat lambakan kaveat dari pelbagai bank di atas apt itu. Kami terpaksa serahkan pada lawyer sahaja untuk urusan itu. Dari Pejabat tanah, kami gerak ke unit terbabit untuk ops buka rumah. Unit telah di pastikan kosong sebelum ini, jadi kami datang untuk buka. Tak banyak masalah. Unit walk up apt tingkat atas sekali ini adalah unit duplex, 2 tingkat. Tingkat bawahnya dapur dan ruang tamu, manakala tingkat atasnya 3 bilik tidur. Keadaan unit memuaskan. Perlu touch up sedikit sebelum boleh disewakan. Air dan elektrik masih ada.















Untuk minggu ini aku banyak settlekan hal2 rumah client. Di Lagoon Perdana, JMB dah take over management office, peraturan agak ketat sekarang. Kemasukan menggunakan access card berkuatkuasa. Tiada access card tak boleh parking dalam. Banyak kereta dah kena parking luar sekarang. Yang parking di luar pula, kalau tak parking di tempat yang betul, kena saman dengan MPSJ pula. Banyak clam2 baru di beli oleh pihak management, guna untuk clam kereta2 yang parking merata dalam kawasan LP. Maintenance fee kalau tertunggak 5-6 bulan, air pula kena clam. Penyewa ini pun, air dah kena clam waktu pagi. Dari pagi tak sempat nak mandi. Sebab itu aku kena datang LP untuk settlekan hal ini, selain buatkan access card untuk parking diorang.



Apt di Puchong yang aku dan owner buka 2 minggu lepas, sudah ada kesudahan. Kesudahan ceritanya,tenantnya call aku dan owner, sebab kami tinggalkan 2 nombor. Sebenarnya, tenant ini bekerja di Singapore dan hanya sekali sekala sahaja balik ke Puchong kerana anaknya belajar di Cheras. Pada dia, dari sewa hotel 100-200 satu malam, baik sewa condo fully furnish dengan rate 1100.00 sebulan. Dia pun tak kisah owner baru dah beli, dan akan sambung sewa untuk 2-3 tahun lagi dengan rate yang sama. Dengan owner lama pula, dia nak terus collect duit sewa sehingga loan disburse. Tiada masalah semua tu. Barang2 owner lama, dalam negotiation. Mungkin owner baru akan beli dari owner lama sahaja.




Semalam, dah selesaikan Apt Cendana Palie. Sebelum ini tenant lama menyewa di situ, dan mereka telahpun mengosongkan unit tersebut. Kami dah pasang lampu dan kipas tambahan, tukar tikar getah baru, dan siap untuk disewakan.





Minggu ini dan minggu depan memang kurang acara lelongan disebabkan Tahun Baru Cina. Minggu depan baru start masuk lelong semula.

8 comments:

Wida said...

Peruzz.. sokmo awak ada kat KL skrg ni..

tuanbri said...

Mana gambar MachaFaris dengan teknik "mentadak Mentadu" yang famous tu?

kalau nak tgk, tgk kat blog aku la...
hahahaha..

palie said...

wahh..boleh nmpak opis SS cendana...
boleh disewakan pada staff2 SS nnti..hehehe

zull said...

kalau ada kaveat camane nak settle balance rumah tu...loan belum tentu bole dapatkan...

Matjoe said...

auction sehhh!!! power ni. cendana, aku selalu dengar

ojah said...

pehh peruzz... merata2 aje skrg.. super power betuiii...

ooo.. apartment batu caves blkg giant tu yek... ok jugak eh.. dulu sewa kat casmaria .. dekat jek tu.. tatau plak kawasan hangat lelong skrg ;)

peruzz said...

besh tgk auction.. macam2 gelagat ade.. ade yg muka garang,.serius...style saiko..main jeling2.. hahaha... besh.. besh..
gian oo..mau masuk lelong lg..
adus... mggu ni ade byk lelong besh2..loan aku dah tak lepas..modal ade byk pn.. cam tak bergune sgt.. aduss.. leh tgk jerk laaa...

wida.. kak ojah..
saya ni keje despatch... anto surat merata2.. bos suh anto suruh sane.. pi sane.. anto surat sini..pi sini.. keje despatch..gituh laa..

tahniah org kaya farid...

faris said...

@Peruzz : Tengok aje konon.. Korang tengok la nanti.. Si Peruzz ni dah gian nak masuk lelong. Dia dah target a few unit dia nak tangkap.. Orang Kaya Peruzz kan?

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com