Monday, February 22, 2010

Lelongan Hari Sabtu lepas..

Satu minggu sebelum raya cina dan selepas raya cina memang tak banyak lelongan. Baru semalam aku turun lelong. Ada client nak masuk. 3 unit sahaja yang kita masuk semalam. Itupun tewas kesemuanya. Cendana, dari RP 65k naik kepada 84k, Permai Ria 87k naik kepada 124k dan Condo di Setiawangsa dari 200k naik kepada 214k. Lelongan2 Pelelong Ehsan lebih mencabar kerana hartanah yang di lelong lebih menarik. Bila tiba part pelelong Ng Chan Mau, kebanyakan pembida menang pada harga reserve sahaja. Lebih kurang pukul 12 tengahari lelongan selesai, kami ke Restoran Kg Pandan lepak2. Ramai juga yang turun auction, sama ada untuk membida atau untuk memeriahkan suasana. Izwan yang dah lama tak turun auction, saja2 turun auction nak tengok suasana lelongan sekarang. Kimi yang belum berpeluang menang, akan terus mencuba. Sanggup turun dari Manjung, Perak setiap kali lelongan untuk membida sendiri. Tak kisah katanya untuk turun setiap kali lelongan, dia seronok macam tu. Kos apadahal.. lagi pun dia kerja sendiri. Razo yang baru nak berjinak2 menceburi bidang hartanah lelongan, nampak gaya akan bermula tak lama lagi. Sedang lepak di Restoran Kg Pandan, Ali Ehsan pula datang menghangatkan lagi topik perbualan. Sedar2 dah hampir pukul 4 petang TT di Restoran Kg Pandan.

Bri ajak aku ke Keramat, survey rumah. Ada satu unit landed untuk di lelong minggu depan. Kena pergi ke unit berkenaan untuk dapatkan kepastian, penghuni di sana. Untuk kurangkan masalah, sedapat2nya kita kena bersemuka dengan penghuni. Tenant atau owner yang duduk, semua itu bakal mencorakkan bagaimana kita akan hadapi proses seterusnya sekiranya kita menang unit tersebut, atau sebagai permulaan, sama ada kita mahu teruskan niat membida atau tarik diri. Untuk unit ini, sesampai kami di sana, tengah panas terik, ada seorang anak muda keluar setelah kami memberi salam. Kami tanyakan betul ke unit ni akan dilelong. Dia kata tunggu sebentar ya. Kemudian seorang makcik keluar. Makcik ni faham yang rumah nya akan dilelong. Dia owner rumah tersebut. Rumah sebenarnya telah habis bayar tetapi di cagar untuk tujuan perniagaan. Dipendekkan cerita, rumah akan dilelong, pihak bank menjual pegangannya kepada pihak lain untuk tujuan dilelong. (Banyak company seperti ini, seperti contoh Resolution Alliance, Gale Force, Sinesinga dll..).Worse case scenario, Makcik tersebut akan masuk lelong semula, iaitu sekiranya beliau tidak dapat menyelesaikan tunggakan terlibat atau tidak dapat meminta pihak bank withdraw kes dari lelong. Jika begitu keputusan makcik tersebut, sebaik2nya kami tidak akan masuk lelong berlawan dengan makcik tersebut. Rumah investment atau rumah sendiri yang kena lelong lain situasinya. Kalau rumah tenant yang duduk, pada aku itu rumah investment. Lebih baik pada aku, membeli rumah lelong yang, sama ada kosong, atau penyewa yang duduk. Itu lebih mudah, berbanding owner yang duduk. Pengalaman aku sendiri beli rumah lelong, rumah yang di tinggalkan kosong dan rumah yang penyewa tinggal sahaja aku beli. Kalau kau tanya Tuanbri, 3 unit rumah lelong yang dia beli, kesemuanya owner yang duduk sendiri. Jadi, kalau nak belajar macam mana nak keluarkan owner, kena belajar dengan Tuanbri, hahahah..

Kerja2 macam biasa, cari penyewa untuk beberapa buah unit yang masih belum dapat penyewa. Sekarang dah hampir ke Bulan Mac, untuk area Cyberjaya, sekarang adalah musim untuk rumah anda menjadi pisang panas. Setelah lebih kurang setahun lebih aku perhatikan area Cyberjaya, ada musim2 tertentu yang unit2 disana menerimakemasukan penyewa dan ada musim2 yang sejuk. Bermula akhir Februari, ramai yang mula mencari unit di sana. Semua ni bakal memeningkan kepala aku, sebab kita Cuma ada satu unit sahaja, iaitu unit Wida yang akan kosong hujung Februari ini. Dari panggilan2 yang aku terima, semua nak aku book kan untuk mereka, semua nak tengok rumah dan kalau berkenan terus nak letak deposit dan masuk terus.

Untuk minggu ini, esok lusa aku akan ke Ehsan, dan ng Chan mau untuk acara lelongan lagi.

10 comments:

Wida said...

Alhamdulillah.. harap OK semuanya.. ada sorg ni kata.. kalau OK.. dia nak letak deposit esok dah.. Bhawesh namanya..aku prefer muslim tapi kalau macam ni serba salah jugak aku.. hopefully urusan tukar tenant dari yang lama ke baru pun ok.. aku doa2.. nnt aku call ko lagi..

wakif said...

semakin meriah nampaknyer.... tak sabar rasanyer nak masuk lelong pulak...:)

kimixr said...

singgah sebentar. terima kasih atas semua info n tunjuk ajar.
lu org punya geng memang baguzzzz.

jeguk said...

emmm...macamana nih???ramai yg nak tgk rumah...macamana nak pilih???waduhh...kalo tengok pahtu terus letak deposit...tapi masih ada yg masih lum tgk rumah camane ek???padahal dah janji nak kasi tgk rumah dulu....emmmm...

kasi share sikit macamana TTanah pilih bakal2 tenant yg ramai tgk rumah yg nak disewakan...( ke sapa cepat dia dapat??)...pahamke soalan aku nih???heheh

bird said...

Wida, dah demand tinggi, tak naikkan sewa ke?..

Simple Economics: Demand naik, Price naik la.. Hehe.. Aku berjiwa capitalist..

Wida said...

Hehe.. bird.. sewa yang aku letak pun dah cukup tinggi.. memang naik berbanding tenant lama.. aku bagi apa yang apa aku dah advertise.. sebab kira macam dah berjanji kan.. no more and no less.. even orang mintak kurang pun aku tak dapat bagi.. sebab ramai yang sudi bagi rate yg aku nak..alhamdulillah ni semua rezeki Allah..

Sian gak kat Faris, aku tak dapat tunjuk orang rumah.. aku pass kan kat dia utk tgk2kan.. terima kasih banyak2 Faris..Faris yang pening kepala..

Matjoe said...

bri mmg perpengalaman menghalau keluar owner asal

wow faris dh pandai kaji climate kt cyberjaya.

Anonymous said...

kalau nak halau benda2 halus mcm mana.... terutama rumah yg dah kosong lama.... :)

semang

Wida said...

Yang nampak memang tau pakar dia Bri..yang tak nampak.. sapa ek pakar dia.. hahaha

k3cix said...

yang tak nampak pun leh panggil bri gak...die ade ilmu tuh...hihi

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com