Saturday, March 20, 2010

Lelongan Resolution Alliance Hari Ini..

Pertamanya, aku ucapkan tahniah untuk adik lelaki aku dan member kita Jeguk yang baru dapat baby semalam. Adik ipar aku, Anizah, selamat melahirkan baby boy seberat 3kg di Hospital Sultanah Aminah JB pukul 10.00 pagi semalam. Anak saudara aku, di beri nama Marhakiem. Isteri Jeguk juga selamat melahirkan baby girl di Hospital Sultan Ismail JB semalam juga. Anak ke tiga Jeguk. Rezeki dia untuk dapat baby girl setelah 2 yang pertamanya boy.

Untuk hari ini, aku ke lelongan Resolution Alliance bertempat di Hotel Equatorial KL. Lelongan di tempat2 lain juga berlangsung, seperti lelongan CIMB di Renaissance Hotel dan Eon Bank di Ng Chan mau, cuma tiada client SS yang masuk lelongan tersebut. Selain itu, member kita di JB, Zulazhan juga masuk membida untuk satu unit apartment di JB. 2 unit yang perlu di bida di lelongan Resolution Alliance ini. Pada awalnya, unit di Shah Alam, terdapat 2 pembida dari SS dan unit di Pandan juga ada 2 pembida, satu dari Bri dan satu dari Izwan. Semalam baru Izwan confirmkan yang pembidanya cancel disebabkan risau tentang tunggakan maintenance yang agak tinggi.

Untuk unit Shah Alam, member aku Maarip mencuba nasib kali pertama membida setelah 2 percubaan awal sebelum ini, unit2nya called off. Selain dari Maarip, heavyweight contender Nija juga mahu membida unit Shah Alam ini. Untuk unit di Pandan, Farid Adam yang kecundang minggu lepas di Lelongan Mega RHB mencuba nasib sekali lagi. Lelongan bermula untuk unit di bawah Ehsan, dengan style unit2 pembida terbanyak jalan dulu. Setelah sekian lama, lot 15 tidak dipanggil, kami rasakan unit di Pandan tersebut akan menang reserve price. Dan tekaan kami benar, bila farid adam di umumkan pembida tunggal, menang pada harga reserve 90k. Tahniah. Selesai unit2 di bawah Ehsan, bermula unit2 lelongan di bawah Ng Chan Mau. Unit terhangat merupakan lot kilang dengan RP 600k yang mempunyai 45 pembida menurut kata Mr Foo. Dari harga 600k, dengan setiap kenaikan 10k, percuma 2 aircond, harga akhir jatuh pada 790k. Untuk unit di Shah Alam, rupanya hanya ada 2 pembida iaitu Maarip dan Nija. Hasil pertarungan, Nija menang pada harga 96k. Heheheh.. Selesai lelongan, Jeguk sms aku, mengatakan Zul menang harga reserve untuk unit di JB tersebut. Dengan 3 unit yang kami masuk, 3 kemenangan di catatkan. Tahniah semua…

9 comments:

tuanbri said...

tahniah jeguk...

Farid Adam said...

alhamdulillah...dapat menang reserve price...

pasnih nak pi pecah rumah...tak tau lagi nak pi bila

semang said...

tahniah bro...

mdizone said...

tahniah farid. rezeki ko dapat rumah tu. aku dah survey dah.mmg best. :)

engkubujal2211 said...

tahniah jeguk...
lepas ni boleh lah tambah lg rmh.... kekeke

Matjoe said...

tahniah n congrat. yg menang rumah, yg dpt anak.

jeguk said...

TQ..TQ..
engkubujal..tambah rumah??...aduyaii..da start ngeri nak masuk lelong la nih..loan rumah yg lepas pun bank bagi 80% jek..huhuh..
CPO plak kot....(beranikah aku????)heheh..

zul said...

TQ...unit 2nd last, lama jugak tunggu tapi berbaloi la.

share sikit cerita kat JB;

ada satu unit kecoh sikit kat HB JB aritu.

dua bidder claim menang reserve price utk unit yg sama (???). Bidder A bg alasan auctioner tak nampak dia angkat nombor dia. Bidder B tak puas ati sbb auctioner dah ketuk dgn reserve price siap countdown 3 kali. Nak puaskan ati dua-dua bidder terpaksa repeat auction.

Akhirnya RP=rm83k, naik sampai RM100k.

Matjoe said...

fuhh zul - mmg interesting cerita anda. 17k naik tu

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com