Friday, May 21, 2010

Lelongan esok..

Esok hari lelongan untuk beberapa buah bank, dan aku akan ke NCM untuk lelongan Eon Bank Berhad. Persediaan awal sudah di lakukan. Dari jumlah awal 6 unit yang aku patut bida, 4 telah pun called off tinggal 2 unit sahaja. 2 unit inipun memang hot area. Belum tentu boleh menang, tapi kalau tak cuba, kita tak tahu. Bri ke tempat lain. Mungkin ke Solaris untuk lelongan Etika Auctioneer atau mungkin ke Equatorial Hotel untuk lelongan Resolution Alliance. Salah satu unit yang aku perlu bida esok, baru sahaja aku survey sebentar tadi. Penyewa yang tinggal di situ dengan kadar sewa semasa, RM550.00 sejak bulan January yang lalu, disewa oleh lelaki2 bujang. Menurut kata mereka, pemilik rumah memberitahu mereka, tunggakan bank telah dijelaskan minggu sudah, jadi sepatutnya unit telah pun called off. Sehingga pukul 4 petang tadi, semakan aku dengan pihak pelelong menunkukkan unit masih untuk dilelong. Tapi.. kemungkinan untuk called off tetap ada. Kadang2 berlaku kemungkinan untuk last minute called off. Kita tengok esok macam mana.

2-3 minggu kebelakangan ini aku banyak uruskan hal2 berkaitan rumah aku dan rumah client di Flora Damansara. Ada beberapa perkara baru di sana. Yang pertama, sejak management baru mengambil alih pengurusan FD, mereka tidak lagi menggunapakai skim pembayaran ansuran untuk pembayaran tunggakan maintenance. Skim ini digunapakai oleh management sebelum ini, dan banyak membantu aku dan client aku dalam urusan penyambungan air. Selalunya, tunggakan maintenance di FD ini mencecah 4-5k dan bila kita beli dari lelong, kita bayar 1/5 dari jumlah itu, selebihnya kita tunggu cheque dari pihak bank. Baru2 ini, 3 unit FD under Satu Solution telahpun kena potong air sebab mereka belum terima cheque dari pihak bank, dan mereka tak terima skim ansuran. Tapi mereka masih boleh bertolak ansur. Disebabkan bank dalam proses akhir untuk mengeluarkan cheque tunggakan maintenance, kami bayar sedikit dahulu untuk membolehkan bekalan air disambung semula.

Yang kedua, ada perubahan pada market value di FD ini. Cuma perbezaannya tak berapa besar. Terdapat pengurangan nilai pasaran semasa di sini. Sewa not affected. Cuma nilai pasaran semasa yang dikurangkan. Dari pemerhatian aku pada selling price FD sekarang vs market value verbal yang valuer bagi pada aku, memang berbeza 2-3 tahun dahulu. Ada beberapa sebab yang menyumbang pengurangan nilai pasaran semasa di sini.

Yang ketiga. Sewa tetap hot. Senang cari penyewa. Harga sewa tetap maintain, malah ada yang meningkatkan sedikit nilai sewa disini. Kesimpulannya, kalau masuk lelong, tak payah bid tinggi2 untuk kawasan ini. Subsale pun ada tawaran yang menarik.

Kalau tak berjaya pada lelongan esok, minggu depan banyak lagi. Teruskan perjuangan!!

7 comments:

abang ensem said...

good luck for tomorrow bro.. jemput ke blog hartanah saya http://www.abangensem.blogspot.com

-tuanbri- said...

good luck jugak Macha!.

Jemput jugak ke blog Hartanah saya
http://tuanbri.com

fauzi said...

good luck jugak bro...jemput ke blog peribadi saya..hahaha
http://fauziahmad80.blogspot.com

bird said...

camne auction tadi? ade hasil tak?

hmm jemput makan jemput-jemput..

engkubujal2211 said...

belum cuba belum tau..
walau frush,cuba lagi sifu

apa2 pn tima kasih kerana mjemput sy..

Encik Azman said...

Salam,

Ada pergi solaris hari sabtu hari tu, takde jumpa tuan bri. Mungkin ke equtorial hotel kot. Ramai betul org masuk untuk the forum.

faris said...

Bri ke Solaris.. tak nampak ke macha yang paling tinggi di Solaris? Mungkin dia menyorok..

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com