Monday, May 17, 2010

Setelah sekian lama.. Aku update blog akhirnya.

Assalamualaikum semua. Terima kasih atas ingatan, call, sms dan email bertanya khabar, walaupun dah lama tak berjumpa dan tak update blog. Dunia hartanah lelong sekarang kurang menyebelahi Satu Solution. Harga2 sekarang teramat mengecewakan. Disebabkan kekecewaan itu, aku pun kecewa nak update blog. Walaupun aku cuba tukar strategi untuk naikkan budget client, tak semuanya berjaya. Terbaru, pagi tadi aku ke lelongan mahkamah KL untuk membida satu unit condo di Cheras. Dari RP 129k dengan 15 pembida, harga mati pada 183k walaupun market value sekitar 160-170k. Betapa sukar dunia hartanah lelongan sekarang, aku harap semua orang tidak berputus asa. Bukan mudah untuk menjadi juara lelongan hartanah sekarang. Kenaikan kadar BLR tidak memberi kesan.

Semenjak dua menjak, aku banyak berfikir hala tuju yang aku nak bawa untuk diri aku. Sama ada nak menyepikan diri, atau nak teruskan perjuangan. Sama ada nak venture perniagaan baru, atau teruskan dengan dunia lelongan hartanah. Sukar untuk aku tinggalkan dunia lelongan hartanah. Lelongan hartanah telah menjadi satu bentuk sukan bagi aku. Sukan yang membawa kepada ketagihan. Sukan yang mencabar minda, mencabar masa, mencabar strategi baru untuk menjamin kemenangan. Kadang2 debaran hadir dalam acara yang di hadiri. Kadang2 hambar dan bosan. Bila dah lama tak jumpa kawan2, tak jumpa x-factor untuk menaikkan moral, aku jadi down. Lantas aku habiskan masa untuk berfikir. Banyak benda yang aku fikirkan. Aku akan buang beberapa portfolio business sampingan dalam Satu Solution, untuk aku lebih fokus dalam kerja aku dan lebihkan membuat benda yang aku minat dan aku pakar. Kesimpulannya, buat masa sekarang aku akan terus menjadi perunding hartanah lelong. Kalau ada yang berminat nak masuk mana2 unit hartanah lelong, email pada aku. InsyaAllah aku akan cuba tolong.

Separuh pertama bulan Mei, tak banyak hartanah lelongan yang menarik untuk di bida, tapi mulai minggu hadapan, terdapat banyak hartanah2 menarik di tempat2 hot untuk di bida. Teruskan perjuangan, jangan putus asa. Kalau kita tak mulakan langkah untuk membida, kalau sudah mengalah sebelum berjuang, kita tak kemana.

Tengah malam ini, Air Asia akan membuka jualan tiket free seating untuk perjalanan Bulan Januari hingga Mei 2011. Aku sedang berkira2 kemana pula destinasi pelancongan aku tahun hadapan. Haih.. Tahun ini punya pelancongan seberang laut pun tak settlekan lagi, dah sibuk2 nak booking untuk tahun hadapan. Bulan Julai aku dijangka akan ke Bandung untuk 5 hari sahaja. Sebagai persediaan awal, aku dah mula survey tempat2 menarik yang bakal dilawati, tempat yang bakal diduduki, dan pengangkutan utama semasa di sana nanti. Antara hotel dan rumah, aku sedang fikirkan untuk menyewa rumah sahaja. Dari survey awal, aku gunakan carian rumah untuk disewa, Homestay Bandung, Apartment Bandung dan Hotel Bandung. Ada juga jumpa 2-3 homestay dengan harga yang menarik. Tetapi, kalau gunakan kata kunci Villa Bandung aku jumpa lebih banyak rumah sewaan harian di sana. Agak menarik harga dan tempat penginapan di sana. Duduk di atas gunung dengan pemandangan gunung ganang atau Gunung Tangkuban Perahu. Atau villa yang walking distance dengan Kota Bandung. Masih tercari2 tawaran terbaik.

14 comments:

abang ensem said...

Pasai tu la teman dah 4 tahun tinggalkan dunia umah lelong ni. Lebih baik beli yg sub-sale, kekadang tu beli pun blh dpt duit. Jemputle ke blog teman http://www.abangensem.blogspot.com

faris said...

aku memang selalu gi blog abgensem. Jadi silent reader. Heheheh..

k3cix said...

akhirnyaa!!!
lame menyepi bang...rindu dengan tulisan2mu....haha
tadi aku lalu opis, tapi tak sempat singgah la bro...next time pasti turun....

abgensem....nak blaja trick subsale pulak aa....hehe

~tuah.rimbun~ said...

aku doakan ko berjaya faris..

bird said...

korang boleh venture into property consultation.. yg seminar semua tu mmg good idea..

concentrate market melayu pun ok.. sbb ramai yg still tak tau asas beli rumah, kenapa perlu beli rumah, macam mana nak pilih rumah, proses beli/jual, dll..

tak semestinya yg lelong je.. asalkan melibatkan hartanah.. rumah, tanah, kedai.. lelong, subsale, baru..

bila nak tulis buku?

engkubujal said...

salam...
sifu jgn pencen awal..sy sgt perlukan tunjuk ajar sifu.
wa tgh khatamkan blogjsifu.byk ilmu free wa dpt..tq sifu
..cek email bro...

faris said...

dah check.. takde pun.. mana??? hahahh...

tulis buku eh bird.. rasa macam tak cukup pengalaman lagi.. heheh

Anonymous said...

salam,

setuju dengan bird, jd consultant buat seminar, crash course, workshop dan pelbagai lagi berkaitan hartanah, topic boleh pecah jadi beberapa module. tapi marketing kena lebih la, p kem. belia, ipta/ipts, kem pengajian tinggi, kem pelajaran.

plus dengan cashflow punya class dan personal finance management, memang rangup dan menggigit jari.

selain berniaga, dapat beramal kepada belia malaysia khususnya dan rakyat malaysia amnya. bebudak sekarang ni, ilmu kewangan tu bukannya zero, tapi dek kerana nak bergaya, sanggup menjerat diri dengan hutang tak baik tambah pula dengan keadaan sekarang yang segala-galanya materialistik ni.

selamat maju jaya.

kang kung fu

Matjoe said...

matjoe always recommend satusolution! keep bidding bro.

Wida said...

Ooi bila nak buka auction house.. orang kalah ke orang menang ke ko tetap menang..

hehe saja ganas sket.. jangan marah pulekkkk...

sam said...

bro.. pegi opis ko semalam dengar expert kita en. bri bagi seminar.. ko takde.. keep it up bro.. u have done good job..

drInspirasi said...

akhirnya..terupdate jugak blog ini..sifu faris..jangan mengalah..kalau tak, tiadalah tempat bergutu..terus berjuang!

MET said...

chayo bro...demi sekarang dan masa depan..

wish u luck.

mailmat said...

Salam,
Biasalah tu dalam perniagaan ni ada masa baik ada masa kurang baik, yang penting fokus...

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com