Monday, June 21, 2010

Aku update blog.. wwoo hoooo...!!

*Korang ni, asal jumpa aku, asal email aku, Tanya bila nak update blog, lama tak update blog.. tekanan betul.... Hehehh.. Tertekan ni.. tertekan..

Sepanjang-panjang aku tak update blog ni, agak sibuk turun lelong. Banyak benda aku nak cerita, banyak benda boleh dikongsikan, banyak perkara yang berlaku. Kadang2 aku dah taip draft untuk blog, tapi rasa malas.. aku padam balik. Last2 tak update juga blog. Hahahah.. Setakat ini, untuk bulan June, daripada 22 yang kita masuk, 10 kemenangan telah dicatatkan, selebihnya tewas bertarung ataupun called off. Kira cemerlang jugak la. Agak susah nak capai kemenangan sekarang. Bila aku turun auction, kadang2 dapat lihat muka2 baru. Ada yang dah jadi rakan cum client, ada yang tak sempat kenal lagi. Semakin ramai yang berminat membeli hartanah lelong. Dari hari ke hari, bulan ke bulan, semakin ramai yang aware dan mula menceburi bidang hartanah. Bagus, memang bagus. Jangan serik bila kalah. Lagi bagus kalau kita saling kenal mengenal. Biasanya dah habis acara lelongan baru nak kenal mengenal, baru nak cerita baca blog aku, baca blog Tuanbri, baca blog Pie2020. Cerita awal2 kan senang. Tapi.. aku faham, kadang2 aku guna teknik register last minute, sebab tu ada yang tak sempat nak tegur aku. Masuk dewan lelong, takat angkat je la.. heheh.

Untuk RHB Mega Auction 19 June , banyak juga unit yang telah called off. Banyak juga rakan2 kita yang berjaya membeli dengan harga rendah. Bagi client SS sendiri, 2 unit di menangi pada harga reserve. Satu di Ampang, menang pada harga RM120k++ dengan market value sekitar RM200k, dan satu lagi di Sri Kembangan pada harga RM26k++ dengan market value sekitar RM45k. Apa yang lebih menarik sekarang, client dan rakan2 Satu Solution, tidak lagi bergantung pada hot2 area sekitar Lembah Kelang. Ada yang sudah berani membeli di luar KL. Seperti saudara Zam yang menang unit di Klang minggu lalu. Dengan harga lelong sekitar RM30-40k, market sewa RM350-400.00, itu sudah cukup baik. Aku tak dapat nak bagi petunjuk tempat2 baru yang kita mula masuk, sebab kita tak nak persaingan baru wujud. Tahniah pada Ridzuan, Akhi, Mokhsin, Isan, Yob. Untuk Ameen, Shukur, Azman cuba lagi. Oh.. Ameen agak bersyukur sebab tak menang. Dia terlewat register. Unit tersebut dimenagi pada harga reserve oleh pembida lain. Tuan rumah datang pada hari lelongan dan katanya dia dah settlekan dengan bank, cuma bank tak sempat nak tarik balik listing. Tuan rumah meminta pembida jangan teruskan pembelian. Complicated issue.

Aku jangkakan selepas tamatnya lelongan Sabtu lepas, boleh la relax2 sikit. Tidak.. hari ini aku dan Tuanbri ada 5 appointment. Pukul 12 malam baru sampai rumah. Appointment pertama di Penara saudara SNJ, penyewa bagitau ada satu power point yang rosak dan perlu di perbaiki. Dia dah beli satu soket baru dan pasang sendiri. Awek. Kagum juga la aku dia ada inisiatif nak repair sendiri. Bila aku dan Tuanbri datang dan tengokkan, tak rosak pun, dia pasang tak ketat sahaja. Atau mungkin saja2 nak jumpa Tuanbri. Cayalah Macha!! Kemudian kami ke Penara Engku Bujal. Blog Tuanbri ada cerita pasal unit yang kami buka ini minggu lalu. Kita dah letak notis untuk penghuni menghubungi aku, namun tiada panggilan diterima. Unit telah pun kami masuki dan tukar kunci. Ringkasan cerita, minggu lalu kami masuk unit ini, dan keadaan unit memang bersih. Tak banyak barang, tapi macam masih diduduki. Air dan elektrik masih ada. Satu bilik masih berkunci. Kami tak berani nak buka lagi, lalu kami tinggalkan notis. Hari ini kami datang lagi. Kami buka bilik yang berkunci tersebut, dan… ada banyak barang. Baju2 penghuni dan barang2 peribadi. Kami dapat tahu sedikit sebanyak tentang penghuni. Patutpun dia tak contact kami, masih cuti sekolah lagi. Mungkin juga esok lusa dia hubungi kami.. mungkin. Sempat bersembang dengan jiran sebelah yang sibuk memasang jejaring pada gril. Katanya, keadaan tak berapa selamat. Fius elektrik dan meter air selalu dicuri. Kadang2 ada flasher yang mengganggu. Flasher datang rumah, ketuk2 pintu rumah jiran (Awek) dan tayangkan kemaluan. Dia ada anak perempuan sekolah rendah, rasa risau kalau biarkan anak nya berjalan balik seorang diri, naik lift seorang diri, selalu pesan suruh jalan dengan jiran yang balik sekolah sama. Kerisauan seorang bapa. Ada pak guard kat bawah pun tak boleh nak tolong kalau berlaku apa2 di atas. Akhir cerita, aku pesan, kalau jiran ni dah balik, suruh call aku.

Kemudian kami ke Kajang. Minggu lepas Shaari menang satu unit di Kajang. Hari ini kami nak buka unit ini. Kalau unit2 di Sepakat Indah biasanya kami dah tahu kat mana. Cuma unit ini low cost, tak pernah sampai. Sesat la pulak.. hahahha. Terpaksa tunggu Shaari datang tunjuk jalan. Sambil tu lepak depan pejabat jualan. Ramai juga yang mengunjungi pejabat jualan. Nak beli Pearl Avenue kot. Harga boleh tahan, minimum 200k. Sesampai kami di unit tersebut, terus buka rumah. Nak buka unit tiada masalah. Bila dah buka, banyak tinggalan owner lama. Lebih kurang macam semi furnish jugak la. Ada meja makan, sofa, pinggan mangkuk, set hi-fi dan barang2 yang telah dipackkan dalam kotak. Mungkin penghuni dah bersiap2 nak pindahkan barang2nya. Tak dapat lama di sini, kami gerak ke Kelang pula, berjumpa Zam yang baru menang unit di Meru. Zam kata dah lama follow blog, tapi nak main area KL nampak competition tinggi. Kawan2 sama minat di sana pun tiada. Bila ada peluang beli di Kelang dengan harga murah, sewa pun boleh tahan, dia rebut peluang. Minggu lepas dia masuk 2 unit di apartment yang sama. Menang satu, tewas satu. Kira ok la. Ala.. Zam pun dah ada beberapa unit rumah sewa sebelum ini, cuma ini baru first time masuk lelong. Tak pernah sampai Meru, sesat sikit2. Sampai pun dah dekat lewat petang. Mula2 sampai tengok meter elektrik dulu, letaknya dibawah tangga nak ke atas sahaja, sebab itu tengok sekejap. Meter ada, cuma tiada fius. Aku ada bawak spare. Bri kata kita pasang je la. Bri bersusah payah nak pasang fius, lepas pasang ada seorang Tuan Haji yang bersiap nak ke surau tegur. Apa awak buat? Katanya… Akupun explain la.. kami baru beli unit disini dari lelong. Hari ni datang nak tengok unit. Pasang fius sebab nak tengok elektrik ada ke tidak.. bla bla bla.. Tuan Haji pun sound la lebih kurang. Awak takde surat dari TNB mana boleh pasang suka2, kalau macam ni semua orang akan buat macam ni. Bila TNB potong elektrik, awak pasang fius lain. Fius ni TNB punya, mana boleh awak pasang suka2. Kena dapatkan kebenaran dari TNB bla bla bla.. Saya ni orang maintenance. Sebab tu saya tanya. Saya yang pegang kunci maintenance. Heheheh.. kena bebel la pulak. Datang pulak sorang makcik tanya, ni penduduk sini ke?? Kami pun.. bagitau dia hari ini kami datang nak tengok sahaja. Esok lusa kami datang lagi ke maintenance office untuk selesaikan hal2 maintenance dan lain2. Selesai. Naik ke atas, pintu depan tidak bergril, dan tidak berkunci. Kami masuk dalam, tengok unit, dah jadi stor simpan barang. Tengok DB Box, takde.. cis.. DB Box pun takde, nak check elektrik ke hapa.. sia2 kena bebel kat bawah dengan Tuan Haji. Ni Macha Bri punya pasal la ni, nak pasang fius konon..

Selesai lebih kurang di Kelang, gerak ke Shah Alam pula. Berjumpa dengan Puan Doc yang berminat nak masuk lelong minggu depan. Katanya selalu baca blog kami. Dia dah biasa beli rumah, cuma tak pernah beli rumah lelong lagi. Ada satu unit yang dia berminat, harga pun boleh tahan. Kita tengok minggu depan macam mana nasib Puan Doc kita, berjaya atau tidak. Last appointment hari ini, jumpa Abuzar yang berminat nak masuk lelong esok. Abuzar akan berhadapan dengan Encik Orang Kaya Shah Alam esok. Sama ada Abuzar akan menang atau Encik Orang Kaya Shah Alam yang akan menang, kena tunggu esok. Samsul Brunsfield pun tak berani masuk kalau Encik Orang Kaya Shah Alam mau masuk.. Heheheh. Tapi aku tak dapat nak ke acara lelongan petang esok. Macha Bri dengan aku akan ke TBR untuk buka unit2 direct nego yang client SS beli. Pihak bank kata dah boleh buka, kalau ada masalah call je Unit Manager diorang. Jadi, kami ke TBR esok.

**Korang minat nak main game cashflow tak?? Satu Solution nak anjurkan sessi game cashflow hari Sabtu ini, 26 June 2010, pada pukul 2.00 petang. Tempat terhad untuk 16 orang. Dari pihak SS akan ada 4 orang mentor termasuk aku dan Tuanbri, dan 2 orang tetamu misteri. RM10.00 dikenakan. Expected bermula pukul 2.00 petang sehingga 6 petang. Kalau berminat, tinggalkan komen, atau email aku atau Tuanbri. Tempat di markas Satu Solution.

13 comments:

Fauzi said...

huh..lama x update.skali update punya la panjang

faris said...

Ingat nak type lagi panjang.. nanti org tak sanggup baca pulak. Kita release siki2.

Matjoe said...

sekali update dah macam 1 juzuk....

Ameen said...

wahaha.. satu juzuk tuh.. orait.. taknak putus asa.. mmg syukur x dapat register unit yg akoo nak tu.. tgk muka bidder yg menang tu mcm hangin je ngan tuan rumah tuh..

bak kata kecik: "tak malu punya tuan rumah.. dah tak bayar lagi berani tunjuk muka' - wallahua'lam.. yang penting akoo x pening :D

nk try this week plak.. and thx faris sbb banyak bantu!

akhi said...

thanks SS. sronoknya bila dpt berita gembira masa kt kampong..bila boleh dpt kontrak ?

k3cix said...

ameen...tu ayat emosi...hanya sesuai dipakai di luar blog sahaja....namun aku tak maksudkan btol2 begitu....haha

mayb tuan rumah ade pelbagai masalah tak dapat dielakkan...dan die ade effort nak selamatkan tempat berteduh utk anak bini die (kot) and i respect that...hehe

Ameen said...

wahhaha.. ayat selamat kan diri.. :p

akoo sokong ayat positif ko :D

SAMSUL brunsfield said...

orang kaya shah alam sudah menang semalam.. maybe dia mandom la sebulan dua ni.. buleh la aku mencelah.. hehehe

faris said...

Ya ke mandom?? Heheheh..

@ Akhi : Kontrak baru collect petang tadi..

Nija Amri said...

mandom tu mende?
huhuhu

faris said...

mandom = tak aktif.
tu yang aku musykil.. nija mandom?? heheh... kita tengok nanti.. sekali keluar seksyen 13 punya listing.. dapatkah nija mendiamkan diri??

Nija Amri said...

kena tahan napsu = mandom
mem sudah bising :)

Anonymous said...

sekali dia update.....mcm balas dendam daa....ok tu bro..lama tak dngar ko nye cite...skali skala...berbaloi pe......

bugee

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com