Wednesday, June 23, 2010

Semalam punya cerita..

Jadual aku sehingga 30 June agak padat. Hampir setiap hari akan ada lelongan. Macam hari ini, dari pagi tadi sampai ke petang pun, banyak benda yang aku settlekan. Pegi bank cancelkan bank draft, submit loan, ke PBT Puchong dan Shah Alam untuk semak cukai taksiran, Pejabat Tanah untuk semak kaveat, jumpa client untuk pulangkan bank draft, jumpa lawyer untuk submit dokumen, ke pejabat pelelong untuk collect kontrak, macam tu la bila takde auction, selesaikan kerja2 pra dan post auction. Macha Bri kat opis jadi clerk aku, hahaha.. tukang mintak POS dan COS sambil tengok status terkini hartanah. Penat ni.. esok nak turun auction lagi..

Semalam punya cerita, kami ramai2 ke TBR untuk misi buka unit2 yang terlibat. On the way ke Port Dickson, aku masih tertanya2 kenapa penghuni unit Penara Bujal tak call2 lagi. Bukan patut dah naik sekolah ke..?? Cuti lagi..?? Bila hampir sampai ke Port Dickson, aku dapat satu panggilan.. Penyewa Penara tersebut yang call. Baru sampai dari kampong, bini nak masuk mengajar tengahari nanti. Ya.. mereka guru yang menyewa di situ. Patutpun balik hari Isnin, dia mengajar sekolah petang. Tapi aku tak dapat balik segera. Aku katakana pada mereka, petang nanti kita jumpa. Jadi aku dan Bri teruskan ke PD. Di pendekkan cerita, misi di TBR bersama Algu dan rakannya, Nik, Nogix, Saiful dan rakannya, boleh dikatakan 75% gagal. Heheheh.. ada cerita disebalik kegagalan misi ini. Kalau nak tau kena tanya Tuanbri. Suruh dia update blog..

Semalam juga Encik Orang Kaya Shah Alam dan Abuzar yang cuba mendapatkan satu unit apartment di Shah Alam, bersama 6 pembida lain, berakhir dengan kemenangan kepada Encik Orang Kaya Shah Alam. Dengan total 8 pembida, dari harga 134k, harga mati pada 174k. Aku rasa ini satu rekod baru untuk apartment disitu. Sebelum2 ini, harga yang diperolehi below 170k dengan kebanyakannya dalam lingkungan 150k sahaja. Cuma 2 lelongan terakhir harga mencecah 160k+. Tapi kini 170k pula. Haih.. persaingan sengit. Tahniah Orang Kaya.. heheheh

Balik dari PD pun dah pukul 6.30 petang aku tiba di Cheras. Nak jumpa dengan penyewa Penara. Tiada apa masalah. Cuma aku kena explain kepada mereka, yang aku terpaksa buka unit tersebut setelah notis yang aku letak tidak berjawab, dan setelah habis tempoh notis yang aku letak masih tak berjawab, aku terpaksa buka pintu bilik depan pula. Apa nak buat, memang mereka sedang bercuti masa tu. Masa aku survey rumah pun, dia takde di rumah, keluar pagi, balik malam. Aku pernah datang waktu tengahari, waktu petang dan waktu selepas maghrib, tiada orang dirumah. Diorang pun tahu yang ada notis lelongan, dan telah inform pada tuan rumah. Tuan rumah kata, dia akan ke KL untuk selesaikan. Tapi tak selesai juga. Baru2 ni pun dia ada call tuan rumah, tapi panggilan tidak berjawab, dan kalau berjawab pun orang lain yang jawab kan. Mula2 kata tuan rumah mengerjakan umrah. Lepas tu dah balik, ke Singapura pula. Penyewa ni dah lama tinggal di Penara, semenjak siapnya block tersebut 3 tahun yang lalu. Dia memang penyewa pertama di unit tersebut sehingga kini, dan dia masih nak tinggal di situ lagi. Mungkin juga tak lama, sebab dah minta tukar ke negeri lain. Apapun, sekarang rumah dah bertukar tuan, dia pun faham. Esok baru Bujal ke KL untuk sessi beramah mesra dengan penyewa dia.

*Bagi pembeli rumah lelong, biasa tak hadapi masalah amended letter offer? Jawapannya ya.. memang selalu (Aku jawab sendiri). Aku tau ramai yang kena. Sebab itu lepas menang rumah lelong, aku terus hantar kontrak kepada lawyer untuk buat kerja. Bagi client Satu Solution yang menggunakan panel lawyer Satu Solution, InsyaAllah kami dah tahu macam mana nak elakkan masalah berulang. Bila terjadi masalah amended letter offer ni, 2 benda utama yang aku tak suka. Yang pertama, kos membeli dokumen semula dengan bank, dan kena sign semula LO. Yang kedua, biasanya tempoh completion date kena extand. Kalau extand with penalty waive takpe, kalau kena penalty?? Kos lagi kan..

11 comments:

tuanbri said...

Macha Faris,

Kau kan Macha, kenala buat job Runner...

Siap kereta Macha Faris kena tarik lagi dengan Majlis Perbandaran.

Pergi TBR tak ajak aku...pergi dengan Nogix je ?

Berapa ramai yang dah register untuk Sesi Game CshFlow anjuran SatuSolution ?

tuanbri

azlie said...

aku ade kelmarin kat ehsan mase lelong apartment shah alam tu, dah le mula2 nama aku xde mase die announce bidders, mmg mcm 'dipersendakan' hehe.. dah ramai2 tu, aku tgk jelah, x angkat paddle pun..

abuzar yg muka muda2 remaja tu ke? org kaya shah alam yg mane, kene berkenalan ni hoho...

faris said...

Macha : Bising aaa macha..

Azlie : Yang muda macam baru lepas SPM tu adik ipar Bri.. mewakili Abuzar. Abuzar akan masuk bertarung lagi hari ini, Aku dan Bri nak ke NCM ni. Kesian korang di'persenda'kan oleh pelelong.. hahahha

tuanbri said...

Orang Kaya Shah Alam (OKSA) kau tak kenal lagi ?

OKSA

Samsul Brunsfield?
Azhar Teratak ?
Faris Macha ?

Ramai lagi yang kau tak kenal kot..

kelang said...

apa perbezaan biasanya ada pada amended LO tu faris?

Anonymous said...

salam. en azlie, sya pun ada masa lelong kat EHSAN, sya perasan awk buat bantahan pasal dah register tapi nama tak ada dlm list. Apa pun try next time, shah alam tu hot unit. anyway saya berjaya belasah satu unit at BTKesuma.(itu pun selepas dikacau)

azlie said...

hehe, bkn bantahan, cuma mengingatkan auctioneer je. mmg x mengharap pun area tu, tapi dah lame x dtg auction, so nak dptkan feel blk :)

Anonymous said...

Bri..
Jangan ltak nama aku sebaris bersama dgn orang-orang kaya tu....aku insan biasa...aku tak layak berada sebaris dgn list orang kaya tu...huhuhu
-Azhar-

faris said...

@ Azhar : Bri memang.. nama aku pun nak di letaknya nama dia jugak kat sebelah..

@ Kelang : Kadang2 hartanah yang kita beli belum keluar title masa POS di keluarkan, tapi lepas lelongan sebenarnya title dah pun keluar. Kalau lawyer dan banker ikut POS tanpa semak status sebenar, maka.. ammended letter offer terpaksa dikeluarkan untuk membetulkan status hartanah.

Anonymous said...

salam.. thn 2007 ,1st time boli umah auction sya ada masalah dgn Title. kat POS master title, dah done auction individu title pulak kluar. kena amend LO dan sebagainya. nasib baik boleh settle urusan dlm 120 hari. Hari ni pakcik sonyum pasai umah dah double price.

faris said...

@ Pakcik Anon : Betul.. itu yang saya maksudkan.. kalau ikut POS tanpa check status sebenar..

Home Loan Calculator

Loan Calculator
Free loan calculator by Bankrate.com